in , ,

Tidak Mengalami Sebarang Simptom, Emma Maembong & Suami Positif Covid-19

Setelah beberapa artis disahkan positif Covid-19 sebelum ini, yang terkini pelakon Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar pula berhadapan dengan situasi sama.

Pelakon cantik jelita, Emma Maembong telah memaklumkan menerusi Instagramnya bahawa dia dan suami disah positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan.

Hal tersebut pastinya membuatkan Emma begitu risau apabila bayi sulungnya yang baru sahaja berusia dua bulan lebih turut terpaksa menjalani ujian saringan yang agak menyakitkan itu.

Selain Emma dan suami, turut menjalani ujian swab adalah anaknya iaitu Shariq Gabriel. Namun keputusan ujian terhadap anaknya adalah negatif. 

Tidak Mengalami Sebarang Simptom, Emma Maembong & Suami Positif Covid-19

Menerusi perkongsiannya di Instagram anaknya Shariq Gabriel, dapat dilihat si kecil itu menangis sambil ditenangkan Emma yang turut sebak melihat bayinya terpaksa menjalani prosedur tersebut.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Emma yang telah membuat ujian swab di rumahnya.

“Melakukan ujian swab di rumah dengan @kumpulan_megaklinik_zahran. Terima kasih banyak kerana datang dan terima kasih @kai_armd @nafidzrazak kerana memberikan maklumat yang kami perlukan. 

“Sangat bagus n sangat profesional. mereka boleh datang ke rumah anda dan melakukannya,”

– Instagram Emma
Tidak Mengalami Sebarang Simptom, Emma Maembong & Suami Positif Covid-19

Menurut Emma, dia sama sekali tidak mempunyai sebarang simptom, namun hasil ujian yang dikeluarkan adalah positif.

“Saya sama sekali tidak mempunyai simptom, tetapi hasil yang diperoleh adalah positif.

“Jadi, walau pun rasa sihat buat je swab test sebab kita tak tahu kalau kita ada ke tak. Sila jaga dan ikuti sop. Selamat kuarantin kepada saya,”

– Instagram Emma

Emma dan suami disahkan positif Covid-19 walaupun tiada sebarang simptom ataupun kontak rapat. Walau bagaimanapun, keputusan saringan ujian anaknya menunjukkan negatif dan membuatkan sedikit lega.

Sehubungan dengan itu, Emma menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga protokol kesihatan dan ambil peluang melakukan swab test walaupun tidak mempunyai sebarang gejala.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berhubung Dengan 88GB Hotspot Percuma & Kuota Internet 88Gb Percuma

Kes Saman Fitnah Siber, Emelda Rosmila Enggan Mediasi Bersama Zarina Anjoulie