in ,

Komedi Pentas Kelainan Sambut Tahun Baru 2014

DALAM pelbagai penganjuran persembahan percuma disusun sempena sambutan Tahun Baru 2014, Selasa ini, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) tetap meyakini Geng Lawak @ PICC masih mampu mendapat sambutan penonton.

Apatah lagi tidak mempertaruhkan konsert nyanyian seperti mana semua penganjuran sambutan Tahun Baru yang diadakan di seluruh negara.

Persembahan Geng Lawak yang berkonsepkan persembahan komedi pentas daripada pelawak popular tanah air menjadi antara persembahan berbayar di negara ini sempena sambutan Tahun Baru 2014. Ia dilihat sebagai usaha memartabatkan industri komedi negara.

Acara Lebih Eksklusif

[dropcap]K[/dropcap]etua Pegawai Eksekutifnya, Badlishah Ahmad, berkata dalam keghairahan masyarakat menyambut detik bersejarah dengan pengisian sama, PICC tampil menganjurkan acara berbeza yang lebih eksklusif yang lebih sesuai untuk seisi keluarga.

“Inilah cabaran buat kami menganjur satu persembahan lain daripada yang lain. Meskipun seluruh negara mengadakan pelbagai acara sempena sambutan Tahun Baru 2014, pastinya persembahan itu tidak akan lari daripada acara konsert nyanyian daripada artis tempatan. Inilah bezanya PICC apabila berani tampil satu kelainan dengan persembahan pentas komedi daripada artis pelawak popular tanah air seperti kumpulan Jambu (Yus dan Tauke), OSAMA (OS dan Isma Alif), SYJ (Shuk, Yassin dan Jihan) dan Kuah Jenhan.

Nafi Tiket Mahal

“Bagaimanapun, saya menolak dakwaan mengatakan jualan tiket untuk menyaksikan Geng Lawak @ PICC, mahal. Bagi saya ia satu pengiktirafan kepada industri komedi yang berusaha untuk mengangkat genre itu lebih jauh. Jika penonton mampu membayar tiket yang mahal untuk konsert artis luar negara, apa bezanya artis tempatan yang memiliki kualiti setanding,” katanya yang merangka persembahan berkeluarga lebih eksklusif dan berbaloi.

Selain persembahan Geng Lawak @ PICC yang dijadualkan bermula jam 9 malam, PICC turut merangka acara sempena sambutan Tahun Baru 2014 bermula jam 10 pagi hingga 1 pagi.

Antaranya Bazar Tahun Baru @ PICC, Buskers & Clown Show, New Year Cocktail Countdown dan Meet & Greet Geng Lawak @ PICC.

Cabaran Buat Pelawak

Menurut Yus, tawaran menjayakan acara itu dilihat sebagai usaha mengangkat kelompok pelawak ke tahap lebih profesional sesuai dengan selera penonton yang semakin menggilai komedi.

“Tidak dinafikan, inilah persembahan kami yang mengenakan harga tiket paling mahal pernah diterima. Kami sedar, kesanggupan penonton membayar harga tiket yang mahal kerana mereka mahukan persembahan yang berkualiti. Secara tidak langsung ia memberi kebimbangan dan tekanan kepada kami yang akan membuat persembahan. Inilah cabaran yang terpaksa kami tempuhi apabila bayaran tiket yang dikenakan kepada penonton untuk melihat persembahan kami boleh dikatakan mahal. Jika penonton boleh membayar tiket yang mahal untuk persembahan antarabangsa yang kita sendiri tidak faham, kenapa tidak persembahan tempatan yang juga berkualiti. – Sumber: Berita Harian

Info: Geng Lawak @ PICC
Tarikh: 31 Disember 2013
Masa: 9 malam
Tiket: Bronze (RM85), Silver (RM125), Gold (RM155), Platinum (RM205) dan New Year Eve Cocktail (RM88)
Maklumat: 03-88876000 atau www.ticket2u.biz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Razak Senang Hati Emma Maembong Bertudung

Pemenang Peraduan PETRONAS My Dream Getaway Terima Hadiah