Wedding Que Haidar & Linda Jasmine Dapat Tajaan Habib Jewels
Wow… tuah orang berbadan cantik dan bakal menjadi isteri kepada pelakon terkenal… Linda Jasmine dapat tajaan barangan kemas dari Habib Jewels… Memang gempak… tapi tak leh lawan Mawi… setakat 3 juta… mmm apa sangat. Selepas ni, mesti ada lagi kot yang nak sponsor tilam bantal…
Dianggarkan lebih RM3 juta harga barang kemas tajaan Habib Jewels yang akan digayakan oleh jurutari profesional Linda Jasmine, 37 semasa majlis perkahwinannya dengan aktor Que Haidar, 30 pada 14 Februari depan di Bora Ombak, di sini.

Kejelitaan Linda Jasmine bagaikan puteri raja ketika mengenakan taira dan anting-anting tajaan Habib Jewels.
Antara aksesori tersebut untuk tiga persalinan dan upacara berbeza adalah:
Akad nikah
- Anting-anting: RM127, 830
- Gelang: RM165,000
Persandingan (Set safir biru dan berlian)
- Rantai: RM2.35 juta
- Anting-anting: RM629,000
- Gelang: RM74,800
- Cincin: RM21,000
Memotong kek (Set ‘white south sea pearl’)
- Tiara: RM156,395
- Anting-anting: RM88,325
Menurut Linda, Habib Jewels menjadi pilihan kerana pelbagai pilihan koleksi aksesori yang terdapat di situ.
“Bukan sahaja saya yang gemar memilih aksesori Habib Jewels untuk koleksi peribadi malah ahli keluarga terutama ibu saudara saya selalu ke sini,” kata Linda ketika hadir untuk memilih barang kemas di Habib Jewels, Ampang Point, di sini hari ini.
Ketika sesi pemilihan dilakukan, Linda ditemani oleh rakan sekerjanya, Zuhana dan penolong pengurus komunikasi dan pemasaran Habib Jewels, Yasheedah Yashaiya.
Linda mengaku beliau agak cerewet membuat pilihan. Bagi beliau, sikap tersebut penting untuk menentukan aksesori yang benar-benar cantik dan sepadan dengan pakaian yang bakal disarungkan semasa majlis perkahwinannya nanti.
“Saya tak mahu nanti orang mengata ‘itu’ dan ‘ini’ semasa majlis berbahagia kami. Kalau boleh saya nak nampak ringkas tetapi menarik dipandang orang,” luahnya yang sebolehnya ingin tampak kelihatan seperti seorang ‘Ratu’ pada majlis yang penuh bermakna itu.
Tinggal kira-kira dua minggu lagi, dan sehingga kini sudah 75 peratus persiapan perkahwinan yang dilakukan oleh beliau dan bakal suaminya.
Setakat ini, cincin nikah untuk kedua bakal mempelai ini telah dibeli, dan pakaian pengantin perempuan yang dijahit menggunakan khidmat tiga pereka iaitu Datin Kirana (baju nikah), Saiful Bahrin (Sanding) dan Calvin Thoo (potong kek) juga telah disiapkan.
Selain itu, antara pihak yang turut terlibat di dalam majlis perkahwinan pasangan berbeza usia tujuh tahun ini adalah Lord’s Tailor (pakaian Que), AZ Saloon and Bridal House (mengurus resepsi di Johor), Jakel (fabrik), Polkadotted Creative Solutions oleh Jeslina Hashim (dekorasi) dan The Blooming Cake.
“Saya dimaklumkan ketiga-tiga pakaian yang akan saya pakai nanti telah disiapkan tetapi setakat ini saya belum tengok dan cuba lagi Kad jemputan juga telah siap dicetak tetapi belum diedarkan kesemuanya. Saya anggarkan dalam 400 tetamu yang dijemput ke majlis nikah kami nanti. Kalau boleh saya nak jemput semua tetapi tak dapat buat. Jadi, saya ingin memohon maaf kepada mereka yang kami tidak dapat jemput,” beritahu Linda yang akan membawa turun ahli keluarganya dari Amerika Syarikat semasa majlis itu nanti.
Resepsi perkahwinan sebelah Que pula akan diadakan di Felda Taib Andak, Johor pada 15 Mac. Majlis resepsi di Bora Ombak sempena Hari Valentine akan diserikan oleh anak didik Linda dari Akademi Fantasia iaitu penyanyi Amylea, Farhan dan Riz. - kredit: Mstar Online
Tags: Linda Jasmine, Que Haidar
Tags: Que HaidarClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





January 30th, 2009 at 1:54 pm
cam pondan ler dia ni..
January 30th, 2009 at 2:26 pm
June: Hahahahhaha
kelako
bertuah btol derang ni yek
semoga bahagia selamanya
amin
January 31st, 2009 at 2:10 am
…Hmmm…Muka ‘kasar’, macam muka lelaki. Manis lagi muka Que…
February 1st, 2009 at 8:13 pm
Korang tak baik tau ngutuk org..muke korang cam ner…orait ker…
February 2nd, 2009 at 8:44 am
memang macam ratu Linda Jasmin nih.. comel.. putih.. cam ratu inggeris jer..
February 2nd, 2009 at 8:58 am
Que Haidar n Linda Jasmine macam ok jer.. apa yg nk dikesahkan sangat dengan umo kan.. lagipun Linda kan Miss J..
February 2nd, 2009 at 10:26 am
tak dapat bayangkan kehidupan diorang nanti…Felda VS London
February 2nd, 2009 at 11:05 am
dr jauh cantik bagai puteri raja bila dekat mak oi mcm pondan hantu raya
February 2nd, 2009 at 11:07 am
ala, biarlah diaorang tu, yg nak kawin diaorang, tua ke muda ke, no hallah skrg ni, pandai2lah nak hidup nnt.
February 3rd, 2009 at 12:01 am
she does look like a pondan
February 3rd, 2009 at 1:58 am
janganlah nak kutuk org je…entah2 muka kambing lagi cantik dari muka org2 yang suka mengutuk ni…
February 5th, 2009 at 1:48 pm
hi..budiey hihi2 kalau budiey ada masa dan terbaca komen i..budiey perasan tak muka QUE HAIDAR…2 time2 tertentu tengok apa yang dia gaya kan la kan…sebijik cam arwah sudirman…..kan…dan tahniah tok jasmin dan que nk kawin..cinta tak mengenal usia…betol tak…masjid yang nak di bina….memang bagus sangat-sangat….doa kan dorang bahgia hingga ke akhir hayat masing-masing..hihi budiey bila lagi?????
February 7th, 2009 at 12:23 pm
NO KOMEN…………..~
February 9th, 2009 at 3:42 am
<> Que does look a bit like arwah Sudirman…esp when he smiles…. <>> your comment about ‘Felda vs London’ ….I can tell you that there are some places in London which is worst than any Felda….so just bcos she is half Mat Saleh jangan pikir she is of a higher class than a successful young man from Felda…
August 28th, 2009 at 5:37 pm
sape yg kaci komen yg pompan tua tk boleh kawin dgn lelaki muda…memang sah lah fikiran korang tu kolot n kuno..mmg org melayu sekarang tk boleh terlepas dari fikiran kuno mcm korg.dunia boleh berubah apelagi manusia kan.tapi aku tgk fikiran melayu nie masih tk berubah mcm tu jugak…suka mengutuk org pandang hanya pada buruknye..bila melayu nk berubah nie? tanye diri sendiri bangsa lain dah jauh pergi kite masih kat sini dgn alam kuno.