in , ,

“Director Terawal Kesan Bakat Saya, Hadiahkan Amy Mat Piah Dan Deris,” – Que Haidar

Pemergian pengarah tersohor, Mamat Khalid sememangnya meninggalkan kesan mendalam terhadap peminat-peminat filem tempatan. Karya-karya yang dihasilkan allahyarham bukan sahaja menghiburkan malah mempunyai pengajaran yang tersirat.

Di media sosial, tular pula rakaman siaran langsung memaparkan pelakon terkenal, Que Haidar yang terkejut selepas mendapat berita pemergian tersebut. Difahamkan, ketika itu dia sedang ‘live’ di aplikasi TikTok. 

Sedang asyik melayani peminat, tiba-tiba bahagian komen ‘live’ itu dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai.

Selepas mendapat kesahihan berita itu, Que dilihat memuat naik ucapan takziah beserta beberapa keping foto kenangan bersama allahyarham Mamat Khalid.

Menurutnya, Mamat Khalid adalah antara pengarah terawal yang mengesan bakat di dalam dirinya.

Perjalanan karier seninya bermula dengan sebuah iklan di Putrajaya. Dia kemudian dihadiahkan watak Amy Mat Piah (Rock Oo!) dan Deris (Zombi Kampung Pisang).

Meninjau ke bahagian komen, orang ramai turut meluahkan rasa hiba dengan pemergian sebuah permata itu. Mereka mengakui akan merindui karya-karya istimewa daripada Mamat Khalid.

Al-Fatihah dan salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga allahyarham. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mamat Khalid Meninggal Dunia

SAJAT

Saya Bukan Scammer – Sajat Jawab Dakwaan Sudah Murtad, Nafi Dirinya Bankrap