in ,

Wajah Klasik Anak Gadis Que Haidar Buat Netizen Terpukau

Anak gadis pelakon, Que Haidar dan Linda Jasmine sekali lagi meraih perhatian netizen kerana terpesona dengan keanggunan serta kecantikan yang dimiliki oleh anak-anaknya.

Baru-baru ini, perkongsian di TikTok Que Haidar menjadi perhatian apabila dia memuat naik gambar anaknya, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra berbusana tradisional.

Raut wajah Tengku Ratu menjadi bualan ramai kerana kejelitaannya yang kini meningkat dewasa jelas kelihatan persis Linda.

‘Muka klasik sangat!’ – Wajah anak gadis Que Haidar buat netizen terpukau

Malah, rata-rata netizen memuji kecantikan Ratu serta ada yang mengatakan raut wajahnya begitu ‘klasik’.

Bukan sahaja Ratu yang mempesona, si bongsu, Tengku Cleopatra turut mencuit perhatian warga net dek kecantikkan matanya yang seperti Que.

‘Muka klasik sangat!’ – Wajah anak gadis Que Haidar buat netizen terpukau

Meskipun masing-masing baru berusia 14 dan 11 tahun, namun kecantikan yang dimiliki mereka memukau pandangan orang ramai.

“Muka mereka klasik sangat, vibes puteri kerajaan dulu-dulu,” tulis netizen.

“Muka klasik, muka orang dulu-dulu zaman P Ramlee, Saloma,” komen netizen

“Diorang ini macam aura-aura puteri gitu,” luah warga net

‘Muka klasik sangat!’ – Wajah anak gadis Que Haidar buat netizen terpukau

Untuk rekod, Que Haidar mendirikan rumah tangga bersama guru tari terkenal, Linda Jasmine pada 14 Februari 2009. Pasangan ini turut dikurniakan dua anak perempuan, iaitu YM Tengku Ratu Haidar, dan YM Tengku Cleopatra Haidar.

Linda juga mempunyai seorang anak lelaki hasil dari perkahwinan pertamanya, iaitu Qalif.

‘Muka klasik sangat!’ – Wajah anak gadis Que Haidar buat netizen terpukau

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Hijrah Jannah Lakonan Remy Ishak & Daniella Sya

SHARNAAZ AHMAD

Sharnaaz Dedah Cabaran & Kesukaran Berlakon dalam POLIS EVO 3