in

Warga AIA Sasar Kutipan RM180,000 dari Bazar Amal

Kita sering mengambil mudah pelbagai perkara kecil dalam kehidupan, daripada senyuman yang kita berikan kepada orang yang kita sayangi, kepada degupan jantung yang menghidupkan kita. Perkara-perkara ini yang kita terima tanpa persoalan boleh menjadi satu perjuangan yang berterusan untuk orang lain, khususnya kanak-kanak dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital atau klef bibir / lelangit. Adalah dianggarkan kira-kira 5,000 bayi dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital setiap tahun di Malaysia1, dan mereka yang dilahirkan dengan klef bibir / lelangit mencecah lebih 5002.

Pic (1)

AIA Bhd., melalui program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) AIA Touching Lives, cuba memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik bermula pada tahun 2013. AIA memulakan program ini dengan menubuhkan Dana AIA Touching Lives dan melalui usaha mengumpul dana yang diterajui oleh kakitangannya, berjaya mengutip RM380,000 pada tahun itu untuk kanak-kanak menghadapi penyakit jantung kongenital dan kleft bibir/ lelangit.

Tahun ini, sempena Hari Jantung Sedunia dan Hari Senyum Dunia, AIA mengesahkan sekali lagi komitmen terhadap dua usaha tersebut dan berhasrat untuk mengumpul RM180,000 melalui Bazar Amal tahunan yang dikendalikan sepenuhnya oleh warga kerjanya.

Bercakap di Bazar Amal AIA Touching Lives tahun ini, Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif AIA berkata, ” AIA Touching Lives lahir daripada keinginan untuk menggalakkan kakitangan kami untuk berhubung dengan masyarakat dan memahami kehidupan orang di sekeliling kita supaya kita tidak lupa mengapa kita wujud sebagai penanggung insurans hayat. Satu cara yang baik untuk menghayati ini ialah dengan membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik dilahirkan dengan kecacatan jantung dan klef bibir menjalani pembedahan pembetulan supaya mereka boleh menjalani kehidupan yang normal. ”

Pic (3)

Sebanyak RM100,000 daripada jumlah dana diperoleh dalam majlis itu akan segera diperuntukkan untuk membantu enam orang kanak-kanak yang dijadualkan untuk menjalani pembedahan jantung pembetulan, manakala RM50,000 akan diperuntukkan kepada Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM), yang bekerjasama dengan syarikat ini mengetengahkan kes kanak-kanak mengalami klef yang memerlukan bantuan kewangan.

Zainal Azhar Ahmad, Pengerusi CLAPAM menjelaskan kepentingan kerjasama tersebut, “Satu dalam setiap 700 kelahiran di Malaysia mengalami klef bibir / lelangit. Pada peringkat global ini merupakan keadaan kelahiran keempat paling kerap dialami. Ini adalah satu keadaan kesihatan yang serius yang melanda bayi dan kanak-kanak, yang jika tidak dirawat, boleh membawa kepada trauma fizikal dan emosi selanjutnya. Dana AIA Touching Lives membawa perbezaan sebenar dalam kehidupan kanak-kanak dan keluarga mereka, dengan memberikan mereka peluang untuk membetulkan kecacatan ini, dan menjalani kehidupan yang normal, “katanya.

Setakat ini, AIA telah mengutip lebih RM655,000 untuk Dana AIA Touching Lives. Wang ini telah meningkatkan kehidupan lebih daripada 350 kanak-kanak dilahirkan dengan kecacatan jantung dan klef bibir / lelangit melalui penajaan pembedahan pembetulan dan botol susu khas. Tahun ini, seperti tahun-tahun sebelumnya, AIA akan menyumbang jumlah setara dengan jumlah dikutip oleh kakitangannya.

AIA Touching Lives memberi tumpuan kepada gaya hidup yang sihat dengan penekanan kepada pengaktifan dan program-program yang membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih baik dan sihat, mencerminkan betapa AIA mementingkan sumbangan kepada kelestarian dan kesejahteraan masyarakat sekeliling.

Untuk mengutip sasaran RM180,000 tahun ini, warga kerja AIA menyediakan lebih 15 gerai menjual pelbagai barangan termasuk makanan, pencuci mulut & makanan ringan, peralatan rumah, aksesori perjalanan, permainan dan juga perkhidmatan seperti rawatan spa dan urutan kaki. Satu lelong amal juga telah diadakan pada 10 September di mana para pekerja boleh membida untuk barangan yang didermakan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif AIA.

Anusha menjelaskan, “Para kakitangan di semua peringkat memberi idea dan menerajui projek penjanaan dana supaya mereka boleh belajar dan berkembang, secara peribadi dan profesional. AIA Touching Lives telah menjadi satu platform penglibatan pekerja yang amat berkesan serta mempunyai misi sosial yang kuat. Para kakitangan kami menjalin hubungan yang rapat dan ini telah membantu kami mewujudkan budaya yang berpandukan bukan sahaja kepada prestasi tinggi tetapi juga perikemanusiaan dan kerja berpasukan untuk mencapai hasil.”

Pic (7)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Filem OUR TIMES Meet The Fans at Paradigm Mall

Acara Wira Lagenda WarnerTV di Sunway Pyramid