in ,

Wanna One World Tour ONE : THE WORLD di Kuala Lumpur

Bersiap sedia untuk satu fenomena! Band popular Korea, Wanna One bakal menggegarkan dunia. Penganjur Konsert, YJ Partners dengan bangganya membawakan band diminati ramai ke Kuala Lumpur pada 21 Julai 2018 untuk satu konsert bersejarah.

Sejak penubuhan Wanna One yang lahir dari pada rancangan Produce 101 Musim ke-2 (2017), band tersebut telah menikmati kejayaan hebat sehingga berjaya mengumpul ribuan peminat dan menjadi duta untuk jenama-jenama hebat. Wanna One merupakan band K-pop pertama berjaya mencatatkan jualan album melebihi jutaan unit sejak album debut mereka dilancarkan.

WNO WORLD TOUR TEASER - KL_4April2018

Album kedua band tersebut, 0+1=1 (I Promise You) dilancar kanpada 19 Mac 2018. Wanna merancang untuk memberikan seluruh energi mereka bagi menjadikan tahun ini tahun terbaik untuk para peminat serta menjadi satu keraian sepanjang mereka bersama.

Wanna One juga dijadualkan akan membuat persembahan di bandar-bandar utama sekitar Amerika Syarikat seperti San José, Dallas, Chicago, dan Atlanta. Mereka juga akan menjayakan konsert di Singapura, Jakarta, Hong Kong, Bangkok dan Melbourne.

Persembahan mereka akan diadakan di Axiata Arena pada 21 Julai 2018. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/YJPartnersOfficial.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari sosial media rasmi YJ Partners:

Facebook: https://www.facebook.com/YJPartnersOfficial
Instagram: https://www.instagram.com/yjpartnersofficial
Twitter: https://www.twitter.com/YJPARTNERS

YJ Partners bersamarakankerjasama di Malaysia, IMC Live Group akanmembawakankonsertsatuhariini di Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia X Malaysia Dapat Perbaharuan Pendaftaran IOSA

Hebat Negaraku daripada Celcom