Wan Noraini, Filem Mek Ani & Mak Yung

Sikit masa dulu, kita pernah dengar tentang filem yang bercorak epik, MEK ANI yang ingin diterbitkan oleh Wan Noraini. Ketika itu, macam-macam yang dilontarkan dan diperkatakan tentang usaha ini. Budiey pun tak tahu, mengapa ada yang tidak percaya warisan Mak Yong boleh ditransformasikan kepada sebuah filem. Tidak kurang juga ada yang memperlekehkan kerja-kerja mendokumentasikannya, malah ada yang terbahak-bahak apabila idea ini diceritakan kepada umum.

Sebagai penerbit, Wan Noraini yang sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam dunia penerbitan ini sudah masak dengan gurauan karyawan seni Malaysia. Apa-apa pun perjuangan untuk merealisasikan filem ini harus diteruskan.

Kalau dulu, Wan Noraini pernah mencetuskan kontroversi dengan filem Wanita Bertudung Hitam. Kali ini Wan Noraini kembali dengan kontroversi untuk merealisasikan filem MEK ANI dengan cara dan gaya serta ideanya sendiri tanpa dicampuri atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Segala cabaran dan kontroversi yang melanda telah mengajar usahawan yang berasal dari Kelantan ini untuk belajar mengenal erti keperitan hidup.

Dan segala keperitan sepanjang perjuangan itu akan diterjemahkan dalam filem MEK ANI. Budiey kira bukan senang untuk menyiapkan sebuah filem epik. Sudah tentu filem mega ini akan menelan belanja yang besar sesuai dengan tema filem ini iaitu warisan negara MAK YUNG. Untuk info pembaca, Mak Yung telah diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 2005 sebagai warisan dunia. Jadi, adalah wajar bagi orang Melayu yang berasal dari Malaysia ini mengekalkan budaya warisan kita sendiri.

Ketika majlis beramah mesra bersama Wan Noraini pada jam 4.40 petang hari Jumaat lalu (23 Mei 2008), penerbit ini telah meluahkan segala yang terbuku di hatinya kepada media yang hadir tentang segala perancangannya. Secara ringkas, filem Mek Ani akan berkisarkan kepada perjuangan seorang primadona dan penari Mak Yung yang mempertahankan warisan seni itu hingga ke hembusan nafas terakhir.

Menggunakan pengarah lama kerana filem ini adalah sebuah filem epik. Skrip filem ini pula ditulis oleh Sharifuddin Sharif yang memakan belanja besar sebanyak 5 juta. Filem ketiga yang diterbitkan oleh Wan Noraini akan menjalani pengambaran mulai 5 Julai dan akan diselitkan dengan kesan khas CGI. Tanah seluas 6 ekar setengah di Bukit Rambai Melaka dan memilih kawasan pantai di Besut, Terengganu sebagai lokasi utama sepanjang 2 bulan pengambaran.

Namun, senarai pelakon filem ini masih lagi menjadi tanda tanya. Siapakah yang layak memegang watak MEK ANI?

[tags]filem mek ani, film epic, wan noraini, wan noh, show mak yong, wanita bertudung hitam, enhancements, entertainment hollywood, free paris hilton sex tape, girls party, abraham dungot, air asia air hostess, air india, intan sarafina, izham omar, joni tham, josh lim advertlets, keputusan one in a million 2, khas cgi, shooting location[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan TM Rewards Loyalty Contest

The Happening M. Night Shyamalan Movie