in

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan TM Rewards Loyalty Contest

Pada jam 12 tengahari tadi, telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah untuk Peraduan TM Rewards Loyalty Contest di Tingkat bawah, Concourse, Amcorp Mall, Petaling Jaya. Dianjurkan oleh Telekom Malaysia, peraduan ini memberi peluang kepada pelanggan setia TM untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah pakej pelancongan ke Old Trafford bagi mengikut perlawanan bolasepak Manchestr United. Pelanggan hanyalah perlu menjawab 3 soalan kaji selidik dan menerangkan tentang Streamyx dengan tiga patah perkataan yang kreatif.

Sebelum ini, peraduan ini lebih dikenali dengan Streamyx Loyalty Contest di mana penyertaan diterima daripada pelanggan Streamyx dan Program Rewards Telekom Malaysia.

Emcee: Shebby

Tahniah!

Sebanyak 4,500 penyertaan telah diterima dan 6 orang pemenang telah dipilih dan ditentukan berdasarkan kriteria dan slogan paling kreatif. Tahniah! Kepada Ramli Abdullah kerana telah memenangi hadiah utama Pakej Untuk Menonton Perlawanan Manchester United di Old Trafford, Manchester bernilai RM20,000. Sementara, 5 orang pemenang telah membawa pulang produk Sony seperti LCD TV dimenangi oleh Chin Chee Thoy, komputer Sony Vaio dimenangi oleh Elene Toh Li Kim dan Video Network Walkman di menangi oleh Tan Boon Din, Allen Kok dan Joyce Perera.

Majlis penyampaian hadiah ini bersempena dengan sesi jelajah Karnival Streamyx 2008 ke-6 yang diadakan di 30 buah lokasi mulai 29 Mac 2008 hingga November 2008. Sebagai memberi kesedaran masyarakat tentang produk dan servis Telekom Malaysia, pelanggan juga akan diberikan promosi tawaran, rebates dan tawaran istimewa sepenjang karnival berlangsung.

Hadiah disampaikan oleh Puan Zainab Hashim selaku Naib Presiden Pemasaran Integrasi, Malaysia Business Telekom Malaysia. Memetik kata-kata beliau,

“Di TM, kami sentiasa menghargai pelanggan. Oleh kerana itu, kami sentiasa memberi kepentingan untuk menghadiahkan pelanggan setia kami yang selama ini menyokong produk dan perkhidmatan kami. Salah satu antara program kesetiaan paling popular ialah program ganjaran Streamyx yang kami mulakan 2 tahun lalu. Melalui program ini, pelanggan streamyx yang layak akan diberi peluang untuk menikmati tawaran istimewa serta diskaun yang disediakan oleh kami.”

[tags]ceremony, prize giving, telekom malaysia, tm, ads tm, hari raya iklan, youtube.com[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Terbaru Sein Ruffedge & Nana FO3

Wan Noraini, Filem Mek Ani & Mak Yung