in

Video Pesanan Anuar Zain Untuk Pemegang Tiket Konsert Anuar Zain 3 Dekad

[dropcap]Y[/dropcap]es, hari ini adalah harinya, hari berlangsungnya Konsert Anuar Zain 3 Dekad di Stadium Malawati Shah Alam pada jam 8 malam. Tak perlu nak countdown lagi lah, memang hari ini, 16 Februari 2013, adalah tarikh keramat buat penyanyi Anuar Zain. Pastinya di kala ini, Anuar Zain berdebar-debar untuk menanti saat mengerah vokal dan memukau khalayak peminat fanatik beliau.

Kepada semua peminat Anuar Zain yang akan ke sana, Budiey nasihatkan datanglah awal sedikit untuk mengelakkan kesesakkan dan juga parking yang disediakan juga agak muat-muat untuk korang. So, siapa cepat dia dapat la kan.

Juga kepada peminat Anuar Zain yang mahu tukar tiket juga bolehlah datang ke Stadium Malawati untuk tukar tiket di kaunter Ticket Charge yang dibuka pada jam 2 petang ini. Kepada pemenang peraduan tiket konsert dari Budiey Dot Com juga, diharap dapat mengambil tiket anda pada jam 6 petang. Nanti ktia tweet-tweet ya.

Kepada anda semua, apa kata kita kasi trending hashtag #KonsertAnuarZain3Dekad #AZ3Dekad di Twitter memandangkan hari ini adalah harinya, jom kita meriahkan bersama.

Budiey ingin mengambil peluang ini untuk ucapkan jutaan terima kasih buat Anuar Zain Network kerana sudi memilih Budiey Dot Com sebagai Blog Rasmi #KonsertAnuarZain3Dekad #AZ3Dekad. Semoga konsert pada malam ini mencapai kejayaan dan mencipta kenangan manis untuk semua peminat setia Anuar Zain.

Jika ada line maxis broadband yang cukup pantas di Stadium Malawati Shah Alam malam ini, Budiey akan update gambar dan sepanjang acara berlangsung di Instagram Budiey. Ikuti dan follow instagram Budiey ya, follow: Budiey.

Video Pesanan Anuar Zain Untuk Pemegang Tiket Konsert Anuar Zain 3 Dekad

Pesanan Anuar Zain Buat Semua Pembeli Tiket Konsert Anuar Zain 3 Dekad 

Sebab Mengapa Anda Perlu Hadir Ke Konsert Anuar Zain

Promo Anuar Zain Blog Rasmi #KonsertAnuarZain3Dekad

Anuar Zain Umum Konsert Bertukar Ke Stadium Malawati Shah Alam

Hikmah Di Sebalik Pertukaran Lokasi Konsert Anuar Zain

See u all tonite ya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

1 Hari Menjelang Konsert Anuar Zain Tiga Dekad

Gambar Anuar Zain di Konsert Anuar Zain Tiga Dekad