Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Video Klip Sampai Syurga Aku Muzik Kamu Faizal Tahir

JADILAH ORANG YANG PERTAMA MENYAKSIKAN MUZIK VIDEO FAIZAL TAHIR!
Saksikan siaran eksklusif hanya di 8TV

Korang masih ingat lagi tak saat cemas yang hampir meragut nyawa Superman Malaysia, Faizal Tahir? Kepada korang yang minat sangat Faizal Tahir akan dapat menyaksikan buat julung kalinya, secara eksklusif di 8TV, tayangan muzik video Faizal Tahir yang pertama, yang mana telah berlakunya insiden yang hampir membuatkan beliau lemas ketika rakaman dibuat. Di samping itu, korang juga berpeluang menyaksikan rakaman di sebalik tabir pembikinan muzik video ini.

Satu lagi sejarah tercipta buat Superman Malaysia, Faizal, selepas kejayaan besar yang diraih beliau di Anugerah Industri Muzik 15 (AIM 15). Faizal kini dapat tersenyum lebar apabila muzik video sulung beliau akan disiarkan menerusi stesen 8TV pada 16 Jun 2008 (Isnin), pada pukul 9.30 malam!

Selain memukau para penonton dengan persembahan bertenaganya di malam Anugerah Industri Muzik 15, Faizal juga telah membolot 4 anugerah besar pada malam tersebut iaitu Album Terbaik, Album Rock Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album, dan Artis Baru Lelaki Terbaik.

Kemunculan muzik video sulungnya yang dipetik dari album ‘Aku.Muzik.Kamu’ menerusi lagu hit beliau ‘Sampai Syurga’ adalah merupakan kesinambungan dari kejayaan demi kejayaan yang anugerahkan pada tahun ini.

Muzik video ‘Sampai Syurga’  ini mengisahkan tentang cinta sejati seorang lelaki yang meratapi pemergian kekasihnya. Walaupun diperlihatkan segala kenangan manis mereka bersama, muzik video ini sebenarnya menceritakan segala dugaan dan cabaran yang terpaksa lelaki ini hadapi dalam menempuhi kehidupan sehariannya tanpa kekasihnya.

Muzik video ini telah mendapat sentuhan dari pengarah Douglas Khoo, dan telah menjalani penggambarannya pada 12 Mei 2008 di Commercial Hub Studio dan juga Pusat Akuatik Shah Alam. Apa yang menariknya tentang muzik video ini adalah ia menampilkan kumpulan  koir dan juga penggambaran dibuat di dalam air.

Penggambaran muzik video ini merupakan satu pengalaman berharga buat Faizal di mana beliau turut mendapat peluang bekerjasama dengan perenang berirama kebangsaan, Katrina.   

Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Encik Ahmad Izham Omar turut berkongsi pandangan beliau tentang pembikinan muzik video tersebut, “Pihak kami amat teruja dengan penghasilan muzik video ini. Semua pihak telah bekerja keras dalam pembikinan muzik video ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Faizal dan kepada semua yang telah terlibat, secara langsung mahupun tidak,dalam menghasilkan muzik video yang hebat ini. Saya percaya Faizal akan menempah lebih kejayaan. Album dan juga muzik video ini hanyalah suatu permulaan.”

Para peminat Faizal Tahir dan juga penonton 8TV juga akan dapat menyaksikan rakaman di sebalik tabir pembikinan muzik video  Aku. Muzik. Kamu – The Faizal Story yang bakal menemui anda semua pada 22 Jun 2008 (Ahad), jam 10.00 malam.

Jangan lupa menyaksikan semua ini secara eksklusif hanya di 8TV. 8TV juga boleh ditonton menerusi Astro di saluran 708.

The Music Video - 16 June 2008
Aku.Music.Kamu – The Faizal Story (the-making-of) 22 June 2008

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Faizal Tahir Lemas Ketika Shooting Video Klip Sampai Syurga
  • Sejauh Mana Kreatifnya Video Muzik Faizal Tahir Sampai Syurga?
  • Promo Minggu Setiausaha Faizal Tahir & Sharifah Aleya
  • Keputusan Pemenang Anugerah Industri Muzik 15
  • Quote of the Day: Faizal Tahir Work Out di Fitness First
  • Gambar Isteri dan Anak Faizal Tahir
  • Senarai Finalis Anugerah Planet Muzik 2008
  • Senarai Lagu Berjaya Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik
  • Video Adik Hadziq Tom Tom Bak Baca Skrip Filem Syurga Cinta
  • Senarai Pencalonan Anugerah Industri Muzik ke 15



  • 3 Komen untuk entri “Video Klip Sampai Syurga Aku Muzik Kamu Faizal Tahir”

    1. lady_carlorino kata:

      Hmm.. tak sabar nak tengok tang rakaman di sebalik tabir video clip ni… macam mana rupa faizal bila nyaris nak lemas dalam kolam tu…

    2. budak saggi kata:

      nak buka video klip die mcmne bagi la tahu

    3. DIANA kata:

      walaupun lemas tp dia tetap cool.. bez plak tu video klip dia. puas ati la walaupun dia lemas. go faizal go…..

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET