in

Tonton Perkenal Saluran Baru Raudhah

Portal video TV nombor satu Malaysia Malaysia, Tonton kini menawarkan sebuah lagi saluran baharu Tonton Raudhah menerusi laman web www.tonton.com.my/raudhah. Majlis pelancaran saluran tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Zainul Ariffin Md Isa, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Digital di Dataran Sireh, Kota Bharu Kelantan pagi ini bersempena program Raudhah Aidiladha di Kelantan anjuran kumpulan Media Prima Berhad.

Tonton Raudhah Logo

[pullquote align=”right”]Saluran Baharu Mula Diperkenal Sajikan Program Ilmiah Dan Hiburan Rohani![/pullquote]

Tonton Raudhah menghimpunkan pelbagai program kerohanian terbaik daripada stesen televisyen TV3, TV9 dan program ‘online’ terbitan Tonton sendiri. Antara rancangan menarik yang ditawarkan termasuk bual-bicara ‘Tanyalah Ustaz’, ‘Semanis Kurma’ serta banyak lagi. Manakala sisipan rohani menerusi program keagamaan menampilkan klip program ‘Muhammadku’, ‘Halaqah’, dan ‘Al Kuliyyah’. Tambah menarik, pelayar berpeluang mengikuti perkongsian informasi dan trend muslimah masa kini menerusi siri ‘Safiyya’ dan ‘Hijab Stailista’.

Tonton Raudhah turut membawakan seleksi drama religi terbaik antaranya ‘Tahajjud Cinta’, ‘Runtun Qalbu’, ‘Ustaz Amirul’, ‘Nur Kasih’ dan banyak lagi buat tatapan pelayar. Ikuti kupasan mudah soal-jawab persoalan ibadah dalam ‘1001 Persoalan bersama Ustaz Kazim Elias’ menerusi siri ‘online’ terbitan Tonton sebanyak 20 episod. Saluran yang tampil menerusi hiburan ilmiah secara santai ini turut boleh ditonton secara global dengan tawaran lebih daripada 200 tajuk program terhebat secara PERCUMA sehingga penghujung tahun!

“Kerjasama strategik antara Tonton bersama TV3 dan TV9 ini juga turut dilihat sebagai sesuatu yang menguntungkan pengguna dengan tawaran lebih banyak program dan hiburan berkualiti berunsurkan keagamaan; dan kami berharap saluran ini akan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat,” menurut Lam Swee Kim Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital.

Layari www.tonton.com.my/tontonraudhah sekarang untuk menonton pelbagai program ilimiah dan hiburan rohani terbaik! Layari Tonton di komputer, tablet dan telefon pintar hari ini secara PERCUMA, di mana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa! Saksikan juga Tonton menerusi SAMSUNG SMART TV anda!

madrasah 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Miera Liyana Fitting Baju Alia Bastamam RafflesiaStyleUz

My Tam Best Southeast Asia Act 2013 MTV EMA