Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Tomok Juara One In A Million Musim Ke 3

Tahniah kepada Tomok kerana telah berjaya bergelar jutawan OIAM musim ketiga. Ini menjadikan Tomok adalah juara lelaki pertama OIAM sepanjang musim.

JUTAWAN OIAM… Tomok melakar sejarah menjadi pemenang lelaki pertama.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail yang pada awalnya `tersingkir’ telah berjaya menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta, semalam dengan peratusan undian paling tinggi sebanyak 39.3%.

Ini kerana sebelum persembahan bermula, pengacara Marion Caunter mengumumkan penyanyi utama New Boyz itu tersingkir ekoran mendapat jumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah sepanjang minggu lalu.

Bagaimanapun, Tomok seolah-olah `mati hidup kembali’ apabila orang ramai membuat keputusan mengkehendaki tiga finalis beraksi di peringkat akhir.

KUCUPAN DAN DAKAPAN ibu bapa tersayang mengiringi kejayaan Tomok.

Sebelum ini, mereka berpeluang berbuat demikian menerusi undian di laman web www.8tv.com.my/oiam. Ternyata Tomok membalas kepercayaan mereka dan menterjemahkan peluang keemasan itu dalam bentuk persembahan terbaik pada malam itu.

Tomok membawakan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu Terhenti yang merupakan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan dilirikkan Tinta S.

TIGA FINALIS OIAM …(dari kiri) Esther, Tomok dan Aweera.

Penyanyi berusia 24 tahun itu dalam sidang akhbar berkata, dia bersyukur diberi peluang untuk membuktikan keupayaan.

“Saya memanfaatkan peluang itu dengan memberikan apa-apa yang termampu. Alhamdulillah, saya berjaya akhirnya selepas menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran,” katanya.

Pertandingan OIAM peringkat akhir diadakan di Stadium Malawati di sini, semalam. Dalam sidang akhbar itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8tv, Ahmad Izham Omar mengumumkan Tomok meraih undian SMS tertinggi sebanyak 39.3 peratus diikuti Esther dengan 33.29 peratus dan Aweera (27.41 peratus).

Untuk rekod, keputusan sebenar itu hampir menyamai keputusan tinjauan mStar (sehingga 2 Mei, 1 pagi) sepanjang minggu ini iaitu, Tomok (39.8 peratus), Esther (34.5 peratus) dan Aweera (25.7 peratus). [sumber]

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Esther, Tomok dan Aweera, Siapa Juara One In A Million?
  • Oprah Winfrey Is One Rich TV Star
  • One In A Million Musim Kedua Kembali di 8TV
  • Siapa Juara One In A Million?
  • Mahu Tiket Percuma Malam Final One In A Million?
  • Ucapan Tomok Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Gambar Sekitar Sidang Media One In A Million Top 12
  • One In A Milion Season 3 Top 12 Finalists Roadshow
  • One In A Million Musim Baru Kembali Lagi
  • Tomok Bakal Jadi Juara OIAM 3?



  • 35 Komen untuk entri “Tomok Juara One In A Million Musim Ke 3”

    1. LARASATI ANGGUN kata:

      taniah tomok…mmg rejeki dia kan…..smlm nak nanges bile tgk dia duk paling rendah n tkuar……x sangka dia leh mengatasi si ester tu….x bape bkenan sgt dgn ester tu..smlm baju tu tlalu open la…cam x sesuai jek.

    2. WOW!!!! kata:

      yeahhh…tomok mng…besnye…congrats n performance mmg gempak smlam….

    3. nurul kedah kata:

      waaaaaa tahniah ka tomok menang oiam3…. mmg dah agak dah ko menang…. bgus la ko bleh atasi ester n aweera….. kalau ko kalah malu beb dgn deorang….. ko tu dah artis…. pepe pum ur the bestttttt…

    4. jelita kata:

      tahniah tomok

    5. jelita kata:

      da agk tomok menang..teruskan pjuangan mu dlm industri okay

    6. saya kata:

      tahniahlah..
      moga dapat menggempakkan lagi industri malaysia

    7. noni kata:

      aku lg suke aweera…

    8. zaty kata:

      yeahh… alhamdulillah. TOMOK berjaye buktikan
      yg dye mampu wat the best. i luv u tomok..!!!
      u memang rawk larhh..!!! after u dah menang
      nie.. jom vote sis tomok.. ISMA larhh..!!
      huhuhuhuhuhuhuhuuuuu…………………

    9. karissma ngulupor kata:

      smua finalis bagus2 dan ada pontensi utk menang…cuma malam tu tomok lbih menonjol…tahniah wat tomok…buat easther dan awera anda juga bagus,jadikan ini platform untuk anda berjaya dimasa hadapan…tahniah smua…

    10. mimiy kata:

      kalau paul moss pun kata bagus,mmg atot tomok jd juara,tahniah…

    11. mimiy kata:

      lepas ni bole bersaing dgn faizal tahir,meperbanyakkan lg artislelaki yg best…

    12. serafeena kata:

      go tomok!
      go tomok!
      don’t break my heart, tomok!

    13. Anita Yusof kata:

      Seperti dijangkakan, Tomok juara OIAM3. Satu yg aku suka ttg Tomok Shah Indrawan ni (spt juga Amylia), ialah setiap lagu yg dinyanyikan akan jadi spt lagu sendiri. Showmanship pun dinamik & bertenaga, communication dgn audience pun bagus. Memang selayaknya lah dia menang. Tapi frankly speaking, aku tak caya sgt dgn pengumuman di awal rancangan yg mengatakan undian Tomok paling rendah. Bg aku tu semua strategi 8TV nak kaut untung. Semua org tau Tomok adalah calon favourite utk jadi juara, so buat la gimik apa2 yg patut utk make sure undi terus masuk, tak gitu ? Esther & Aweera pun best juga, tapi terbukti Tomok the best. Kenapa pakaian Esther camtu ? Tak berkenan la, especially masa dok gelek2 lagu Rihanna dgn pakaian camtu, tak sesuai ditonton oleh kanak2. Aweera semestinya akan jadi rock star lepas ni. All the best guys.
      Satu pertanyaan buat Tomok…aku ingat lagi di awal2 musim OIAM3 dulu, Tomok ada cakap akan tetap bersama New Boyz, tapi sekarang dah jadi citer lain ? Walaupun itu hak dia, tapi manusia berpegang pada kata2…tepuk dada tanya selera.

    14. hapee_phantom kata:

      Tomok deserved the cool million. Good luck dalam menempuhi dunia muzik Malaysia yang susah nak jual album ni.

    15. MeKaP-MeKaP kata:

      Yes.. He deserve to grab the One Milliom Ringgit.. Lagu Rindu Terhenti ciptaan Aubrey Suwito pun sangat best!! tahniah buat Tomok..!!

    16. to bi du bi du kata:

      tahniah tomok moga dapat nyanyi lagu best gitu untuk kami semua

    17. LADY D kata:

      alhamdulillah..tahniah ye tomok..jangan ad yang mendengki pulakss…kuatkan semangat,teruskan perjuangan mu dik…..sujud syukur pd allah ye……

    18. norzah mohamad kata:

      tahniah buat Tomok, Juara OIAM3 dan tahniah kpd 8TV kerana berjaya mengaut keuntungan tanpa berpeluh..

    19. mat gila gila kata:

      Congratulation to Tomok for being a new OIAM3 Champion and an instant
      millionaire.Hopefully you’ll be better than Faizal in turn of singing dan discipline.As for 8tv,your station accumulate a lot of profit so,why not the second and third placing be rewarded with a reasonable sum i.e. rm300000 and rm200000 respectively!

    20. june kata:

      ohh tomok menang ek..tk dpt tgk ler…

    21. ohi2 kata:

      Anita Yusof..

      rasanya dari awal oiam tomok dah ckp dia nak buat album solo dan album new boyz sekali…dia nak dikenali sebagai tomok new boyz dan sebagai shah inderawan-artis solo..mlm tu dia mmg best..tapi kalau ada amylea mesti lagi best fight dia..dgn esther dan aweera tak berapa nak fight kot.. pendapat aku jelah..

    22. ain_lazerella kata:

      tomok masih bersama newboyz,dier takde ckp pon nak tinggalkan newboyz..
      malah dier dah ade perancangan utk newboyz,cuma skrg nie bergantung kepada 8tv la..kalau 8tv boleh beri kelonggaran kpd tomok utk wat special project dgn New Boyz,dpt la tomok wat..

    23. Ejan kata:

      dulu xberapa suka tomok,
      tp bila tgk OIAM3 nie
      nampak bdknye usaha keras
      nk jd penghibur…so terus suka
      ape pn tahniah tomok.

    24. qistina kata:

      semua orang patut appreciate bakat besar tomok dan memberi peluang sebaiknya kepada dia untuk benar-benar membuktikan keupayaan dia sebagai penghibur…..semua pihak termasuk media massa perlu memberi peluang untuk tomok menyerlahkan bakatnya kerana dia memang antara satu dalam sejuta yang sangat berbakat sebagai penghibur…..

    25. aree kata:

      cayala tomok…

    26. Anita Yusof kata:

      Whatever it is, suka hati dia la kan, why should I care (not that I’m Newboyz fan anyway). Aku cuma rasa semacam sikit sebab sepanjang aku follow OIAM (concert & diary), memang nampak perubahan kata-kata Tomok ttg band dia ni….masa awal2 OIAM, bila cerita pasal Newboyz, semua ok jer, the band gv him full support bla bla bla….but towards the end kalau korang perasan, kata2 Tomok ttg band dia semua yg negatif belaka, ttg bagaimana susahnya perjalanan dia bersama Newboyz, kena baling botol, kena kutuk bla bla bla……the way he sound it, seolah2 he had nothing but only bad experiences dgn NB, macam dia dah serik dgn NB. Well…kita tunggu dan lihat sama ada Tomok dan Newboyz akan kekal bersama atau tinggal sebagai sejarah.

    27. Budak Otai kata:

      Gua tak bopa percaya undian SMS ni..

    28. Afiez NB kata:

      towards the end dier cakap tentang perjalanan dia tu masa ngan old newboyz.. not NB skang. dia tidak tinggalkan NB, bukan sebab kami minta dia stay but sebab dia sendiri tau berapa banyak support yang NB dah bagi dalam masa 2 tahun ini..

    29. putriliza kata:

      congrate to Tomok..
      u deserve to win rm1,000,000

    30. jelita kata:

      salam semua….
      sudah seminggu oiam3 grand final blalu..
      namun khangatan nyer mc terasa..
      ada yg puas hati ada gak yg x puas hati atas kemenangan tomok..
      tp bagi sy di antara mereka btiga..
      sememangnya tomok yg paling layak…
      masing2 ada kelebihan dan kekurangan…
      tomok bijak mpergunakan klebihan nyer dr segi arrangement muzik..dan mbuat psembahan yg amat gempak dan mhiburkan…walaupun tomok suara nyer x berapa namun dia bijak mgawal suara dia…itu ada kelebihan tomok…
      esther kita akui memiliki suara yg mantap…namun…pd malam final tue dia x bg 100%…suara dan sebutan nyer x jelas..terutamanya nyanyi lg bm..dia hanya ok nyanyi lg bi…dan psembahan nyer kurang tarikan…
      aweera plak mpunyai suara high yg tinggi..namun..aweera punya psembahan kurang mnarik..dan sepanjng sy mgikuti oiam 3…sikap aweera nie kurang elok sikit,,,dia seolah2 mmiliki kdegilan dan x terima apa yg d’kritik tentang dia….
      apa2 pun semua hebat..tp lagi best jika amylea juga masuk final…
      tp sememng2nyer tomok yg paling layak…hope u all terus maju..

    31. ain_lazerella kata:

      Anita Yusof..

      org yg betul2 kenal tomok je faham ape maksud tomok..
      tomok betul2 sayang band dier..
      kalau u betul2 fan newboyz,i rase u mesti tau camne kuat diorg punye bond skg..rapat..

      hmm,tgk AFIEZ NB dah bg statement..ahli2 NB sgt2 faham tomok tu camne orgnye..:)

    32. aree kata:

      ya btl2..spnjg tomok kt oiam3,tomok sndri ckp yg ahli2 NB byk support kt dia..

    33. ain_lazerella kata:

      tu la pasal..tomok tak pernah nak lupa diri pon..
      tapi ade yg cuba nak cari salah tomok..
      buktinye,artikel yg keluar dlm MINGGUAN MALAYSIA arini,sgt2 menyedihkan bile ade org sengaja putar belit kenyataan tomok..

    34. aku kata:

      ape2lah ko org ni…
      klu dah tompok ttp tompok gak xkan jdi org lain…
      fhmkanlah

    35. ira_sadali kata:

      shah indrawan mmg patut menang…

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!