in

Sekitar Santai Hujung Minggu Bersama Klik Suria

Pada 25 April lalu, Suria FM telah mengagakan Acara Santai Hujung Minggu Bersama ‘KLIK SURIA’ yang turut dihangatkan dengan kehadiran ramai selebriti dan barisan penyampai Suria FM bermula 10.00 pagi – 2.00 petang di Desa Water Park.

3489249154 5Df00F167A O | 4

Acara dimulakan dengan sesi penerangan yang akan dilakukan oleh penyampai Suria FM, Akhtar dan Bob Ringgo. Pelbagai aktiviti dan permainan diadakan seperti ‘Kayak Race’, ‘Tarik Tali’  ‘Formula One’.  Manakala ‘Fire Briged’ khas untuk disertai oleh kanak-kanak. Disamping itu, acara akan diserikan dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi fotografi.

3489249432 B862127E76 O | 5

Seramai 25 pemenang dipilih menerusi kuiz yang dianjurkan di Radio Suria fm yang mana mereka perlu daftarkan diri terlebih dahulu sebagai KLIK SURIA menerusi sms dengan menaip KLIK<NAMA PENUH> ke 33511.

3489249254 A1Fe55Aaba O | 6

Setelah itu, mereka perlu dengarkan isyarat untuk Kuiz ini dan jadi pengirim sms terpantas dengan menaip SANTAI 25<NAMA PENUH> ke 33511. Manakala 5 pemenang lain dipilih menerusi kuiz di www.suriafm.com.my yang mana mereka perlu daftarkan diri dan lengkapkan slogan ‘kenapa saya harus dipilih untuk menyertai ‘SANTAI HUJUNG MINGGU BERSAMA KLIK SURIA….’.

Setiap pemenang diberikan 4 tiket untuk menyertai acara ini dan secara total, seramai 120 orang menjayakan acara yang berlangsung pada hari ini, tidak termasuk barisan penyampai Suria Fm, Tuah Qoqarnain, Zizi, Myra, Naim, Zaff, Akhtar dan Bob Ringgo selain wakil media dan selebriti antaranya Zehra Zamri, Nas Adilla, Sahri dan ramai lagi.

3489249350 75F4Cb8C74 O | 7

3488435659 Bdb4563A8F O | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dialog Anak Wayang, Sesi Anak Wayang, Sesi Anak Wayang

Tomok Juara One In A Million Musim Ke 3