in

Titisan Darah Pahlawan Lakonan Adam Shah

Drama bersifat patriotik sememangnya menyumbang kepada memupuk rasa sayang dan cintakan negara. Tidak dinafikan semangat ini semakin pudar di kalangan masyarakat negara kita. Justeru secara tidak langsung usaha pelbagai pihak untuk berkongsi menyiarkan drama dengan genre sebegini dapat mengembalikan rasa hormat dan cinta negara.

[pullquote align=”right”]26 Episod Drama “Titisan Darah Pahlawan” Pupuk Semangat Cintakan Negara Di TV1[/pullquote]

Nyata RTM tidak pernah menghampakan penonton dengan tayangan program mahupun drama bergenre sebegini. Malah dalam setiap program RTM turut diselitkan dengan unsur-unsur memupuk semangat cintakan negara kepada segenap lapisan penonton terutama di kalangan remaja yang bakal menjadi pelapis kepada kepimpinan negara.

Menampilkan gandingan pelakon lama dan baru termasuklah Anding Indrawani, Yuswaisar, Ako Mustapha, C Kumaresan, Lan Sero, Raja Azrey, Shajery, Adam Shah, Sathias Rao, Saiful Zelwany, Qazem Nor dan Kenji Sawahi, RTM mengajak penonton menyaksikan drama bersiri bertajuk “Titisan Darah Pahlawan” mulai 7 Jun 2013, setiap Jumaat, jam 2.00 petang mengisi slot Murni di TV1.

Drama bersiri 26 episod arahan Yusof Kelana yang memilih lokasi menarik di sekitar negeri Perak ini membawakan penonton kembali ke zaman komunis dan Jepun serta pengorbanan pasukan tentera dan polis untuk melawan musuh negara itu.

Drama bersesuaian untuk generasi muda ini berkongsi pengajaran supaya tidak terjebak dalam isu menjual maruah dan negara kepada orang luar demi kepentingan diri sendiri sekaligus menghargai keringat serta usaha pasukan tentera dan polis berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan tanah air.

Menariknya lagi, drama diterbitkan pelakon Serina Redzuawan yang menjalankan penggambaran di sekitar Hulu Kinta dan Kuala Kangsar ini turut dibantu oleh pasukan PGA selain mendalami watak utama dalam diri pegawai-pegawai polis yang pernah menerima pingat PGB sewaktu bertugas di zaman darurat.

Kepada anda yang cintakan kedamaian dan kemakmuran negara, usah ketinggalan menyaksikan setiap episod “Titisan Darah Pahlawan” hanya di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Maya Karin Kini Sedang Bercinta?

Catch Tune Hotels’ Room On Wheels This School Holiday