in ,

The Spiderwick Chronicles di TV2

FILEM FANTASI ‘THE SPIDERWICK CHRONICLES’ HANYA DI TV2

Cuti sekolah ini pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan filem fantasi dipetik daripada salah sebuah buku cerita yang laris hasil tulisan Holly Black bertajuk The Spiderwick Chronicles yang mempunyai unsur-unsur pengembaraan kanak-kanak yang begitu hebat sekali.

Filem fantasi Inggeris The Spiderwick Chronicles khas untuk tontonan anda ini memaparkan plot-plot yang menarik seperti sebuah rumah berhantu, misteri rahsia keluarga, seorang kanak-kanak yang memiliki anugerah luar biasa, dan beberapa subplot yang menarik lagi. Filem fantasi ini bukan sahaja menghiburkan, malah ia mengandungi unsur-unsur pengajaran yang berguna yang boleh dijadikan tauladan kepada para penontonnya.

tv2

The Spiderwick Chronicles bakal muncul di kaca televisyen anda pada 8 Disember, 2010, jam 10.30 malam di TV 2 ini mengisahkan tentang Keluarga Grace – Jared, Simon, Mallory ibu mereka yang ingin memulakan satu babak baru di dalam kehidupan mereka dengan berpindah ke sebuah rumah lama dan besar yang dimiliki oleh bapa saudara mereka, Arthur Spiderwick.

Jared sedang menghadapi krisis disebabkan daripada perpindahan mereka dan juga perpisahan ibu bapanya. Jadi apabila sesuatu keadaan yang aneh mula berlaku disekitar rumah baru mereka, semua orang di dalam keluarga itu menyalahkan Jared.

Jared telah melakukan siasatan berkaitan peristiwa-peristiwa yang aneh tesebut. Siasatannya itu telah membawanya ke sebuah buku lama yang dipercayai telah di tulis oleh Arthur. Jurnal itu mengandungi tentang penemuan-penemuannya mengenai satu dunia ghaib yang wujud sekitar mereka, walaupun mereka tidak boleh melihatnya.

Tidak lama kemudian, Jared mendapati bahawa terdapat bahaya besar yang menyelubungi keluarganya di rumah baru mereka dan makhluk jahat itu akan membuat apa sahaja untuk mencapai tujuan memperoleh jurnal bapa saudaranya dan gunakan rahsia-rahsia di dalamnya untuk mengambil alih alam ghaib serta alam manusia. Pada mulanya, Jared menghadapi masalah untuk meyakinkan keluarganya mengenai makhluk-makhluk tersebut. Tetapi, tidak lama selepas itu, Simon dan Mallory mula untuk mempercayainya.

Mereka perlu melindungi buku tersebut dari goblin dan makhluk-makhluk lain. Malahan ibu mereka juga terpaksa menyertainya apabila musuh mereka ingin melancarkan serangan terhadap keluarga Grace. Dengan adanya kerjasama di antara mereka, perhubungan mereka yang agak renggang dapatlah di baiki semula.

Di antara barisan pelakon yang membintangi filem The Spiderwick Chronicles ini adalah Freddie Highmore, Mary-Louise Parker, Nick Nolte, Joan Plowright, David Strathairn, Seth Rogen dan Martin Short. Jangan lupa menonton filem fantasi yang menarik ini hanya di TV2.

tv2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shrek Ceriakan Cuti Sekolah di TV2

Qushairi Razali & Sharifah Shahirah Hos Malam Kemuncak Impian 1Malaysia