in

Shrek Ceriakan Cuti Sekolah di TV2

CERIAKAN CUTI SEKOLAH ANDA DI DALAM KHAS CUTI SEKOLAH: SHREK DI TV2

Pelbagai aktiviti pastinya telah diatur untuk mengisi cuti sekolah yang bakal tiba. Ada yang memilih destinasi pelancongan namun ada juga yang mahu meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di rumah. Bagi peminat setia filem animasi, waktu inilah pelbagai kisah-kisah animasi dapat ditonton sambil memahami mesej yang disampaikan oleh watak-watak animasi itu.

Oleh itu, Radio Television Malaysia (RTM) di saluran Dunia Ria, TV2 menyiarkan filem animasi yang mendapat kutipan box-office seluruh dunia, Shrek pada 15 Disember 2010 (Rabu), jam 10.30 malam.

Shrek

Diadaptasi daripada buku cerita kanak-kanak, Shrek menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Mike Myers, Cameron Diaz dan Eddie Murpy yang meminjamkan suara mereka untuk kejayaan filem animasi Shrek.

Watak seekor raksasa (ogre) yang baik hati tinggal di kawasan hutan, ditakuti oleh sekalian makhluk yang berada di negara Duloc kerana mempunyai fizikal yang hodoh. Apabila pemerintah Duloc, Lord Farquaad memerintah agar semua makhluk-makhluk kisah dongeng dipaksa berpindah ke kawasan hutan yang mengakibatkan rasa kurang selesa kepada Shrek kerana kehilangan keamanan di kawasan rumahnya.

Shrek merancang untuk bertemu dengan Lord Farquaad dan meyakinkan beliau untuk menghantar kembali makhluk-makhluk kisah dongeng ke tempat asal mereka tanpa menggangu ketenteraman rumahnya.

Lord Farquaad bersetuju tapi dengan satu syarat, Shrek mesti mencari seorang puteri raja yang cantik bernama Fiona yang akan menjadi teman istimewa Lord Farquaad. Bermulalah permulaan perjalanan Shrek yang menemukannya dengan seekor keldai bernama Donkey, yang kemudiaan menjadi kawan baiknya.

Pertarungan hebat dengan seekor naga berjaya ditumpaskan oleh Shrek lalu menyelamatkan Fiona yang ditawan oleh naga tersebut. Malangya, Fiona kecewa dengan rupa paras penyelamatnya kerana berlainan daripada apa yang dibayangkan. Siapa sangka, disebalik perbezaan rupa, mereka tertarik di antara satu sama lain.

Shrek dan Donkey menuju ke istana dan menghalang perkahwinan Fiona dan Lord Farquaad. Berjayakah mereka menghalang perkahwinan tersebut? Dapatkah Fiona menerima Shrek? Jangan lupa untuk menyaksikan kisah dongeng luar biasa dan pengembaraan seorang raksasa di dalam mencari erti kekuatan diri yang sebenar serta jalinan persahabatan di dalam filem animasi Shrek pada 15 Disember 2010 hari Rabu jam 10.30 malam di saluran TV2,Dunia Ria.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie & Program Sempena Aidil Adha di TV3

The Spiderwick Chronicles di TV2