in

The Buried Life

IMPIAN ANDA BAKAL MENJADI KENYATAAN!

Eksklusif di 8TV!

TARIKH SIARAN: 1 DISEMBER 2010
HARI: SETIAP RABU
MASA: 9.30 MALAM
EPISOD: 6
BAHASA: INGGERIS

Ada perumpaan mengatakan yang kita perlu menjalani hidup sepenuhnya! The Buried Life merupakan sebuah siri dokumenatri yang membawa subjek ini ke mata penonton!

Ini merupakan kehidupan sebenar empat jejaka yang ingin membuktikan kita semua mampu melakukan sesuatu! Mendapat inspirasi dari soalan: “Apa yang anda ingin lakukan sebelum anda mati?” telah membawa empat jejaka ini kepada sebuah rancangan televisyen yang pastinya memberi inpirasi kepada semua penonton.

Pastikan anda berada di depan kaca TV anda untuk menonton program yang menjadi bualan ramai – The Buried Life yang bakal menemui anda bermula 1 Disember ini (Rabu) jam 9.30 malam di saluran hip 8TV!

The Buried Life merupakan sebuah program realiti yang membawa penonton mengikuti perjalanan empat sahabat Ben, Jonnie, Duncan dan Dave untuk memenuhi ‘100 impian yang ingin mereka lakukan sebelum mereka mati’. Setiap kali mereka berjaya memenuhi impian mereka, mereka perlu membantu orang lain untuk merealisasikan impian mereka.

Anda pasti terhibur menyaksikan pelbagai impian dan ragam manusia dalam program ini antaranya ada yang mempunyai impian untuk bermain bola keranjang dengan Presiden Obama, tidak kurang juga yang mempunyai impian untuk menghadiri parti ‘Playboy’!

Walaupun program ini merupakan sebuah program hiburan, namun anda tidak dapat membandingkan The Buried Life dengan realiti komedi yang lain kerana rancangan ini penuh dengan aksi bersahaja dan pasti anda tidak kering gusi melihat telatah dan aksi ‘gila-gila’ keempat-empat sahabat ini!

“Program ini merupakan sebuah program yang harus ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Ia cukup menghiburkan dan membuat anda terfikir tiada yang mustahil di dunia ini sekiranya anda mempunyai impian dan kesungguhan untuk melakukan sesuatu!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Kim menambah, “The Buried Life bukan sahaja menghiburkan malah anda pasti dapat belajar sesuatu setelah menonton program ini.”

Keempat-empat sahabat ini mendapat idea membuat program ini ketika mereka baru sahaja menamatkan sekolah peringkat menengah sekitar tahun 2006. “Kami cuba fikirkan apa yang kami perlu lakukan dalam kehidupan kami selepas ini?” cerita Jonnie yang sekarang berumur 23 tahun.

Mereka kemudiannya merancang untuk menyenaraikan impian dan keinginan masing dan menamakan projek mereka The Buried Life. Nama ini diambil dari sebuah puisi hasil nukilan Matthew Arnold. Di dalam puisi Matthew ini menceritakan bagaimana impian seseorang bakal terkubur begitu sahaja kerana kita semua terlalu sibuk dengan aktiviti harian masing-masing dan akhirnya mereka tidak mempunyai peluang dan masa untuk merealisasikan impian mereka.

Kita juga dapat melihat keakraban keempat-empat sahabat ini sepanjang program ini. Masing-masing bergabung tenaga dan menggunakan kelebihan masing-masing untuk memastikan rancangan mereka berjaya. Ben melakukan tugasan komunikasi melalui telefon, Jonnie merangka rencana besar mereka, Dave banyak berkomunikasi dengan orang ramai sementara Duncan pula memastikan kesemua rancangan berjalan dengan lancar.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan episod pertama The Buried Life apabila empat sahabat ini berjaya menyelinap masuk ke parti ‘Playboy’ namun mereka akhirnya mendapati mereka berada di jalanan untuk membuat persembahan bagi mengumpul derma sebuah sekolah asas. Apa yang terjadi? Bagaimana mereka boleh terperangkap dalam situasi yang berbeza? Anda perlu menyaksikan rancangan ini untuk mengetahui kesudahan cerita ini!

Jangan ketinggalan untuk menonton The Buried Life yang bakal menemui anda setiap Rabu jam 9.30 malam bermula 1 Disember 2010. Saksikan dokumentari menarik tentang potensi seorang manusia yang berusaha untuk merealisasikan impian orang lain. Segalanya dapat anda tonton dalam The Buried Life eksklusif di 8TV!

Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di lama sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Sudahkah anda fikirkan: “Apa sebenarnya yang ingin anda lakukan sebelum anda mati?”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Millionaire Matchmaker di ntv7

Gambar Idola Kecil 3 di Zoo Negara