Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Temasya Pantun Aidilfitri RTM-RTB



MENARIK AIDILFITRI DI RTM : TEMASYA PANTUN AIDILFITRI RTM-RTB DI TV1

Dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri dengan hidangan program-program menarik termasuklah filem, muzikal, drama yang disiarkan stesen-stesen televisyen lain, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memilih untuk tidak ketinggalan menghidangkan program istimewa kombinasi dua negara serumpun menerusi program Temasya Pantun Aidilfitri RTM-RTB pada 22 September 2009 (Selasa), jam 2.05 petang di TV1.

Pastinya keceriaan meraikan lebaran yang cukup bermakna ini cukup bermakna kerana program terbitan Unit Hiburan TV RTM ini turut menggandingan penyanyi dan pelakon terkenal dari dua buah negara serumpun ini. Antara artis dari Malaysia yang menjayakan program ini termasuklah Norlia Ghani, Danny, Ameer Sofaz, Lydia Ithisam dan Sabri Yunus. Sementara itu artis dari Brunei pula memperkenalkan kemunculan Haji Amilin, Dayang Hjh Rokiah, Hj Muhammad Syukri, Maya Murni, Murni Hj Japar dan Normazlina Emran.

Bersiaran satu jam, Temasya Pantun Aidilfitri RTM-RTB membawakan tumpuan penonton menghayati bait-bait indah pantun berisikan kata-kata yang mengandungi maksud yang amat dalam, tepat lagi manis, begitu lembut ia berayun. Pantun yang dicipta oleh nenek moyang kita pada umunnya dipergunakan untuk menyatakan rasa hati yang kasih, rindu dan dendam, kekecewaan, kebahagian dan segala macam perasaan yang ada di hati dan jiwa manusia.

Jika didasari lagi, patun dari segi sosial, pantun menjadi alat yang bukan sekadar menyampaikan maksud seseorang pada orang-orang lain tetapi memberikan rasa puas dan penerimaan yang baik pada orang di sekeliling. Malah istimewanya pantun yang dilontarkan mereka menyentuh sambutan Aidifitri yang sedang diraikan seluruh umat Islam di dunia.

Babak-babak Temasya Pantun Aidilfitri RTM-RTB menyentuh kisah sebuah keluarga dari Brunei mengikuti program Keluarga ‘Homestay’ di salah sebuah negeri di Malaysia. Sepanjang berada di sana, mereka didedahkan dengan aktiviti membuat batik dan kesenian persembahan Dikir Barat yang secara tidak langsung membuatkan mereka tertarik hati untuk mendekati dan mendalami tentang keistimewaan negara Malaysia yang tidak diketahui sebelum ini.

Pengisian program ini cuba membawa keluarga dari Brunie ini untuk diberikan pengenalan dan pendedahan tentang kesenian dan budaya masyarakat Pantai Timur di Malaysia. Istimewanya cara memperkenalkan negara kita kepada keluarga dari Brunei ini dilakukan dengan pendekatan berbeza. Ianya turut diselangselikan dengan acara berbalas pantun, sketsa dan persembahan nyanyian artis kedua-dua negara yang pastinya disampaikan secara bersahaja dan unik sesuai dengan budaya Melayu yang lemah lembut dan bersopan.

Untuk lebih mengenali dua buah negara ini yang disampaikan lebih menarik lagi dengan cara berpantun, usah ketinggalan menyaksikan siaran Temasya Pantun Aidilfitri RTM-RTB pada 22 September 2009 (Selasa), jam 2.05 petang di TV1.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri
  • Pantun Hari Raya Aidilfitri Akademi Fantasia 5
  • Muzikal Raya Ratu Rock Ella
  • Sambut Aidilfitri Bersama Stesen Radio RTM
  • MaJAZZtic Aidilfitri di Sungei Wang Plaza
  • Program TV Aidilfitri di Saluran Muzik Aktif
  • Stadium Angkasa Musim Ke 3 & Sorakan Emas 1Malaysia
  • 22 PROGRAM SAJIAN KHAS AIDILADHA DI TV1
  • Peraduan Menangi Album Terbaru Waheeda – Melodi Ahlan
  • Peraduan Menangi Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza



  • Satu Komen untuk entri “Temasya Pantun Aidilfitri RTM-RTB”

    1. comel kata:

      eheh aku ada dlm shw ne.. saksikn beramai2 ye.. BRUNEI YAKIN!!

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK