in ,

Hasnol Rahmat Drama Komedi Raya Hidup Bersama dan Gabra

DRAMA KOMEDI RAYA MENCUIT HATI TERBITAN UNIT DRAMA TV RTM DI TV2

Drama komedi sememangnya menjadi pilihan penonton apatahlagi berpeluang menontonnya bersama keluarga dan insan-insan tersayang ketika sambutan perayaan Aidilfitri yang menjelang tiba. Di samping berhibur dan bergelak ketawa, penonton turut dijanjikan pengajaran berguna menerusi mesej yang disampaikan terus kepada mereka.

Malah istimewanya tahun ini Unit Drama TV RTM menerbitkan dua drama komedi hebat menerusi Hidup Bersama (21 September 2009, jam 11.00 pagi) dan Gabra (22 September 2009, jam 11.00 pagi) yang kedua-duanya disiarkan menerusi TV2.

Sarat dengan babak-babak penuh gelak ketawa dan menghiburkan, drama komedi Hidup Bersama menampilkan gandingan kemunculan pelakon Hasnol Rahmat, Idris Md Diah, Hamdan, Hamid Gurkha dan Wan Suhaimi membawakan peranan masing-masing yang bakal meninggalkan kesan di hati peminat dengan lawak mereka yang bersahaja.

Drama arahan Wan Afzam Wan Daud ini membawa tumpuan penonton singgah ke Kampung Hulu Bengkok yang pernah dinobatkan juara pertandingan kumpulan muzik yang telah diadakan setiap 30 tahun diantara 5 kampung yang lain. Leka dengan kejayaan sejarah lama, penduduk Kampung Hulu Bengkok terlupa tentang pertandingan yang akan diadakan. Kedatangan seorang pemuda bekas anak pemuzik mereka yang dulu, mengembalikan peluang mereka untuk berjuang memenangi pertandingan yang hanya berbaki 7 hari lagi.

Pemuda tersebut berjaya membentuk kumpulan yang mantap dalam masa yang singkat. Mereka nekad berlatih dengan bersungguh-sungguh dan berharap dapat mempertahankan kejuaraan yang lepas. Namun tanpa diketahui oleh ahli-ahli kumpulan, salah seorang ahlinya sebenarnya seorang pembelot.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Dapatkah Hero menyatu-padukan kelima-lima kampung tersebut dengan muziknya?

Tidak sekadar terhenti di situ, Gabra arahan Mohd Kharib Bujang yang menyusul kemudiannya pula tidak kurang hebatnya membawa kisah tiga beranak, Jay, Fatty dan Sam. Jay seorang pengacara profesional. Manakala isterinya Fatty, jururawat unit psikiatrik di sebuah hospital, sedang mengandung anak kedua. Anak sulung pasangan Jay dan Fatty, Sam murid tahun 4 seringkali menimbulkan salah faham. Bukan niatnya untuk menyakitkan hati apalagi memperbodohkan orang lain tetapi ia mungkin reaksi spontan dari sikap naifnya.

Personaliti dan karakter Sam dipengaruhi karektar ibu dan ayahnya. Jay lebih senang berjenaka dengan anak dan isteri. Ia melahirkan satu hubungan kekeluargaan yang mesra dan ceria. Sebaliknya Fatty lebih sensitif, tegas, keras kepala dan cemburu.

Jiran dan guru kelas serta rakan-rakan sekelas Sam sering menjadi mangsa keadaan. Sehingga guru kelasnya, Cik Intan terpaksa dimasukkan ke wad kerana tekanan darah tinggi dan stres yang melampau gara-gara bersoal jawab dengan Sam.

Namun masalah mula timbul apabila Fatty mengesyaki Jay telah menikah kali kedua dan untuk mengikuti kesudahan drama komedi lakonan Yus Waisar, Adik Fimie, Mek SPT, Darling Ngasri dan Maimon Talib ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Temasya Pantun Aidilfitri RTM-RTB

Filem & Program Menarik Aidilfitri di Astro