in , ,

Tayangan PERCUMA Filem Khurafat di FINAS

Meskipun Filem Khurafat yang kini sudah menjangkau kutipan RM7juta sedang ditayangkan di pawagam tempatan, namun bagi korang yang belum berpeluang menonton filem tersebut boleh menonton secara percuma di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), pukul 8 malam, 11 Februari ini.

Tayangan percuma itu merupakan salah satu aktiviti yang akan berlangsung sempena program Malam Bersama Bintang (MBB) anjuran agensi itu.

Program ini akan turut dimeriahkan dengan persembahan Siti Sarah Raisudin, Zul Handy Black dan Ain AF8.

“Kami telah melakukan program ini sejak dua tahun lalu dan mengalu-alukan kehadiran ramai pengunjung untuk memeriahkan program ini pada setiap minggu kedua dalam sebulan (Jumaat), bermula pukul 8 malam di Dataran Karyawan Finas,” kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi Finas, Mohd Zulkifli Ab. Wahab dalam satu sidang media di Finas, di sini, Selasa.

Program ini merupakan permulaan sebelum Hari Terbuka Finas 2011 yang akan berlangsung pada 12 dan 13 Februari depan di Kompleks Merdeka Finas.

poster-khurafat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Desperate Housewives Season 7

Peraduan Jom Menonton Sini Ada Hantu