in ,

Tayangan Filem Hebat dalam Slot Sinema

Telemovie dan Filem Hebat Setiap Hari, Jam 10.00 Malam menerusi Slot Sinema, Terbaharu Di TV2

Membuka tirai 2012, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 cuba menarik perhatian penonton seisi keluarga berhibur dengan tayangan drama dan filem-filem terbaik setiap hari, jam 10.00 malam menerusi slot terbaharu yang diperkenalkan, Slot Sinema. Slot yang menyaksikan variasi drama dan filem Melayu, Inggeris, Cina dan Hindustan ini pastinya bakal menyerikan lagi malam anda mulai Januari ini.

Sebagai permulaan setiap Isnin, TV2 mengekalkan tayangan filem-filem lakonan P.Ramlee menerusi Teater Legenda yang sememangnya menarik perhatian penonton dan memiliki pengikutnya yang tersendiri saban minggu.

Menyusul kemudiannya Citra, setiap Selasa yang menjanjikan telemovie-telemovie menarik sarat dengan kisah masyarakat dengan menampilkan pelakon-pelakon terkenal tanah air sebagai watak utama. Kepelbagaian kisah yang ditonjolkan berjaya menarik minat penonton terutama apabila isu yang ditimbulkan dekat di hati mereka selain menampilkan pelakon-pelakon mantap dengan watak yang mencabar.

Tahun baharu 2012 ini menyaksikan RTM turut membuka peluang kepada penonton setia salurannya berhibur menyaksikan filem-filem hebat Hindustan menerusi tayangan Bollygood (Rabu) dan istimewanya sepanjang Januari 2012 ini, peminat aktor terkenal Shah Rukh Khan berpeluang menyaksikan filem-filem popular lakonannya termasuklah Diwale Dulhaniya Leh Jayenge (11 Januari), Ram Jaane (18 Januari) dan Maan (25 Januari).

Golden Dragon pula yang disiarkan setiap Khamis pula pastiya amat dinantikan siarannya oleh peminat filem-filem popular Hong Kong. Penonton bakal disajikan dengan filem Fight Back To School 2 (12 Januari), Fight Back To School 3 (19 Januari) dan Wushu : The Young Generation (26 Januari) yang bersesuaian dengan ‘mood’ penggal persekolahan yang baru bermula.

Hujung minggu sepanjang tiga hari berturut-turut pula diisi dengan filem-filem English Blockbusters dimana setiap Jumaat sepanjang Januari ini saksikan filem Australia (13 Januari), Meet Dave (20 Januari) dan Spy Kids (27 Januari) manakala setiap Sabtu luangkan masa menonton S.W.A.T (14 Januari), Hancock (21 Januari) dan The Happening (28 Januari).

Usah ketinggalan menyaksikan filem Inggeris hebat setiap Ahad bermula dengan tayangan filem 27 Dresses (15 Januari), Shaolin Soccer (22 Januari) dan Holiday Engagement (29 Januari) yang menyaksikan babak-babak melibatkan aksi dan percintaan selain konflik kekeluargaan dan persahabatan.

Berhibur menerusi telemovie dan filem-filem hebat hanya di TV2.

Golden Dragon...Khamis

Filem Australia ... Jumaat...

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amanda Misbun & Ana Dahlia Dalam Slot Kasih TV2

Teen Choice Awards 2011 di 8TV