Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]







Support Sponsor Budiey.com. Ads Text Pakej 5


+ Duit Masuk Setiap Minggu
Promote Website Sahaja!


+ Pinjaman Peribadi Dana Kewangan
Klik Unt Video Artis Melayu, Malaysia!


+ Rawatan Dadah Cara Tradisional Islam
Sila Klik di Sini!




Senarai Penyampai Trofi & Persembahan Anugerah Industri Muzik 15

time April 28th, 2008 | category Category: Anugerah Industri Muzik |
comment 11 Comments »

Tinggal lima hari lagi, iaitu tanggal 3 Mei ini, Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bakal menyaksikan satu lagi acara anugerah penuh gilang gemilang khusus untuk mengiktiraf hasil kerja karyawan tempatan khususnya dalam bidang muzik.

Inilah juga masanya untuk pengiat seni berkumpul di satu lokasi sekali gus meraikan pencapaian teman seperjuangan yang bertungkus lumus menghasilkan kerja seni yang terbaik supaya industri muzik tanah air terus relevan dan tidak tersungkur dek pelbagai tekanan yang menerjah.

Sebagai acara penuh glamour dan bertaraf Anugerah Grammy, Anugerah Industri Muzik ke 15 bukan sekadar mempamerkan persembahan artis terkenal tetapi turut menyelitkan acara permaidani ‘biru’ untuk artis dan selebriti yang diundang, bergaya sakan dengan penampilan mewah dan bercitarasa tinggi. Mengapa permaidani biru? Yea, sudah tentu kerana penaja utamanya Celcom!

Bakal dipancarkan secara langsung oleh Stesen TV Rasmi AIM15, NTV7 pada jam 9 malam dan dapat didengarkan secara langsung melalui Stesen Radio rasmi Hot FM & Fly FM, antara artis yang akan memperdengarkan kelunakan vokal mereka terdiri daripada:

  1. Anuar Zain
  2. Atilia
  3. Boomerangx
  4. Dafi
  5. Dato’ Siti Nurhaliza
  6. Dayang Nurfaizah
  7. Estranged
  8. Faizal Tahir
  9. Fiq (Mentor)
  10. Hazami
  11. Karen Kong
  12. Mawi
  13. Pop Shuvit
  14. Rahim Maarof
  15. Suki

Budiey dikhabarkan Dato’ Siti Nurhaliza akan mengenakan pakaian rekaan dari Azura. Harapnya rekaan kali ini tidak sama dengan busana yang pernah dipakai Siti di Anugerah Planet Hollywood.

Untuk persembahan Siti, Budiey ada dengar Siti diletakkan dalam satu segmen khas bersama dengan Dayang Nurfaizah dan Atilia di mana mereka ditugaskan untuk membawa sebuah lagu yang popular sepanjang 25 tahun dalam industri muzik Malaysia. Bermakna, Siti tidak akan membawa lagu sendiri. Mungkin Siti akan bawa lagu dari lagenda muzik Malaysia. Untuk Atilia, Budiey rasa pasti penyanyi itu akan membawa lagu ibunya sendiri, Salamiah Hassan.

Kesemua persembahan yang pastinya hebat ini akan diiringi oleh kumpulan pemuzik profesional, diketuai oleh Pengarah Muzik, Aubrey Suwito. Pasti muzik lebih gempak!

Manakala barisan artis yang diberi peluang dan penghormatan untuk menyampaikan trofi kepada pemenang-pemenang pada malam kemucak AIM15 nanti terdiri daripada:

  1. Alif Aziz
  2. Anne (Hot.FM)
  3. Ben (Fly.FM)
  4. Daniel Lee
  5. Datin Julie Sudiro
  6. Diddy
  7. Dr Fazley
  8. Elyana
  9. Farawahida
  10. Kartini (Hot.FM)
  11. Mila
  12. Pete Teo
  13. Sean Ghazi
  14. Shebby Singh
  15. Sohaimi Mior Hassan

Majlis penuh gilang gemilang dan paling berprestij untuk mengiktiraf hasil kerja penggiat industri muzik ini akan dihoskan oleh pengacara hebat dan sensasi iaitu Afdlin Shauki dan Adibah Noor. Setengah jam sebelum malam kemuncak disiarkan secara langsung, ntv7 juga akan menyiarkan lintas langsung acara ‘karpet biru’ sebagai Kemuncak.

Bagi peminat di luar sana yang masih belum mendapatkan tiket untuk menyaksikan AIM15 boleh berbuat demikian dengan menghubungi Cik Sha di talian 03- 4044 5388 untuk membuat tempahan tiket AIM15.

Semoga Kemuncak AIM 15 nanti bakal menghidangkan sebuah persembahan hebat untuk santapan semua peminat seni muzik tanahair. Kepada pembaca Sensasi Selebriti yang join, kita jumpa di sana ya!

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Gambar Amy Search di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Senarai Giliran Persembahan Anugerah Juara Lagu 22
  • Gambar Datuk Sharifah Aini di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Gambar Siti Nurhaliza @ Anugerah Industri Muzik 1998
  • Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular 2007
  • Senarai Penuh Pemenang Anugerah Planet Muzik 2008
  • Senarai Lagu Persembahan & Penyampai Festival Filem Malaysia 21
  • Sistem Penjurian Festival Filem Malaysia
  • Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07



    Dapatkan Info Insuran Takaful di sini!



    Jom layan blog Pedagang IT!



    Mau Beli Batik Bermutu? Klik Sini!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!




  • Selamat Datang Ke Blog Sensasi Selebriti!

    time January 8th, 2007 | category Category: Blog |
    comment 7 Comments »

    Salam,

        Selamat datang ke blog Sensasi Selebriti. Ini merupakan entri pertama di mana sejarah baru bakal dicatatkan. Ekoran daripada Blog Infotainment yang mengalami sedikit masalah ketika loading dan juga hosting yang terlalu lambat, saya telah memutuskan untuk melakukan satu perubahan sempena 2007 ini! Semoga dengan platform baru dan juga web hosting khas untuk blog ini menyenangkan anda untuk melawatnya.

        Maka, lahirlah blog budiey.com dengan tagline “Sensasi Selebriti” yang pada saya agak sukar untuk dijelmakan pada peringkat awalnya. Namun, dengan usaha yang tekun, saya telah berjaya mempelajari sistem baru dengan menggunakan WordPress sebagai enjin untuk blog ini. Berbeza dengan blogdrive dan blogger, WordPress memerlukan sedikit masa untuk saya terus mempelajari sesuatu yang baru.

        Mengapa memilih genre hiburan? Saya memilih untuk meneruskan penulisan tentang dunia hiburan kerana ianya menjadi minat saya untuk bersuara melalui tulisan dan melontarkan pandangan tentang dunia hiburan semasa.

        Oleh itu, saya akan terus meningkatkan lagi mutu serta gaya penyampaian demi memantapkan blog ini. Dengan itu, Budiey ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan serta sambutan yang begitu menggalakkan dari anda semua.

        Semoga dengan berpindah ke blog baru ini, bakal menyuntik satu pembaharuan, gaya ulasan yang lebih segar dan lebih memberi kepuasan buat anda pembaca budiman.

        Jangan malu-malu untuk menulis komen dan melontarkan kata-kata anda di sini. Segala komentar yang anda berikan, sememangnya saya hargai.

        Sekian, terima kasih.

    Blog ini telah diaktifkan pada 7 Januari 2007, hari Ahad.

    Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Showcase Meet Uncle Aznil Times Square First World Hotel Genting Highlands
  • Zi Lin Zhang Miss China PR crowned Miss World 2007
  • BOY MEETS WORLD
  • Pavarotti Opera Legend Dies At 71
  • Nicole Richie Gives Birth And Share Maternity Ward With Christina Aguilera!
  • Siti Nurhaliza Datuk Khalid Sambut Ulangtahun Pertama Perkahwinan 1st Wedding Anniversary
  • Sean Kingston’s “Beautiful Girls” World Tour LIVE in Kuala Lumpur
  • Across The Universe Review: ABOUT THE CHOREOGRAPHY
  • SEPETANG BERSAMA NEGERIFM, TRAXXFM & ARTIS
  • DANCING FOR THE DREAM



    Dapatkan Info Insuran Takaful di sini!



    Jom layan blog Pedagang IT!



    Mau Beli Batik Bermutu? Klik Sini!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!






  • Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK