in , ,

Synopsis & Review 30 Days Of Night Lakonan Josh Harnett

Synopsis 30 Days Of Night
Filem 30 Days Of Night merupakan sebuah karya genre thriller seram yang diadaptasikan dari sebuah novel grafik yang mempunyai judul yang sama. Cerita ini bermula apabila sebuah pekan yang terpencil, iaitu Barrow yang terletak di Alaska dikatakan mengalami keadaan malam sepanjang tiga puluh hari dalam setahun tanpa menerima sebarang cahaya matahari. Dari sini, bermulalah kisah apabila sekumpulan pontianak (vampire) mula menyerang pekan tersebut untuk mendapatkan makanan. Mereka telah memutuskan perhubungan pekan tersebut dengan dunia luar.

Sheriff di pekan terbabit yang bernama Eben (Lakonan Josh Harnett) bersama-sama dengan bekas isterinya, Stella (Lakonan Melissa George) terpaksa bertungkus lumus dalam menyelamatkan penduduk-penduduk Barrow dari menjadi mangsa kekejaman pontianak tersebut. Apakah kesudahan cerita ini? Adakah penduduk-penduduk pekan tersebut tewas di tangan pontianak itu?

Cerita yang telah mendapat kutipan sebanyak 27 juta di US ini pasti akan mendebarkan dan memberikan kejutan kepada anda. Saksikan 30 Days Of Night, pada 1hb November ini di pawagam-pawagam bagi mengetahui jawapannya. 

Ulasan Filem dari Kaca Mata Penulis Sensasi Selebriti (Rizal)
Pada 29 Oktober 2007 (Isnin), Sensasi Selebriti dijemput oleh Buena Vista untuk menghadiri Majlis Pra Tonton Media Filem 30 Days Of Night di GSC Mid Valley. Terima kasih atas jemputan. Sensasi Selebriti telah menghantar Rizal sebagai wakil media ke sana. Terima kasih Rizal kerana sudi menjadi co-author di Budiey.com. Berikut adalah titipan dari Rizal tentang ulasan serba ringkas tentang filem seram thriller ini.

Filem 30 Days Of Night memberikan satu perspektif baru bagi peminat-peminat filem seram yang menggunakan pontianak sebagai objek utama cerita. Jika dibandingkan di antara filem Blade, Underworld dan beberapa filem pontianak lagi, 30 Days Of Night berada dalam kelasnya yang tersendiri.
 
Jalan cerita yang cukup menarik, dengan adegan-adegan yang akan membuatkan jantung anda tidak akan berhenti berdegup. Adegan-adegan kejutan menjadi satu tarikan kepada 30 Days Of Night.
 
Dari segi kesan khas, 30 Days Of Night memberikan kepuasan kepada peminat-peminat kesan khas. Untuk pengetahuan anda, di dalam 30 Days Of Night anda akan menyaksikan pembunuhan beramai-ramai yang cukup memberikan kesan berbanding dengan filem-filem yang lain. Tahniah untuk kumpulan kesan khas yang memberikan satu pengalaman yang cukup menarik.
 
Namun, agak mengecewakan apabila lakonan Josh Harnett yang membawa watak Eben, memberikan ekspresi yang sama seperti di dalam Black Hawk Down, Pearl Harbour, Sin City, Black Dahlia dan banyak lagi. Tiada banyak perubahan yang dapat ditonjolkan oleh Harnett. Namun, tidaklah begitu mengecewakan dalam menghidupkan watak Eben ini. Mungkin, Harnett, akan menjadi tarikan penonton-penonton wanita ke panggung untuk menyaksikan kehenseman atau kekacakannya. Huhu!

Dari segi perspektif yang lain pula, mungkin penonton akan bertanya dari mana datangnya pontianak yang menyerang pekan tersebut. Kerana kemunculan pontianak itu adalah secara tiba-tiba. Biarpun, ianya menyatakan bahawa sudah beratus tahun mereka cuba untuk menyakinkan penduduk di situ berkaitan kewujudan mereka. Mungkin ini satu strategi pengarah untuk membuat prequel 30 Days Of Night.
 
Secara keseluruhan, 30 Days Of Night mendapat 3 bintang. 3.5 bintang untuk kesan khas. 3 bintang untuk jalan cerita. 2.5 bintang untuk pembawaan dan penghayatan watak.[tags]ulasan filem Filem 30 Days Of Night, tgv.com.my, utusan malaysia, kritikan filem, hollywood movies, josh hartnet profile, sinopsis filem hollywood, sinopsis Filem 30 Days Of Night, hantu telanjang, pontianak bogel, seks hantu, jin bertanduk, vampire seksi, gambar hantu pocong, pengecut, sinopsis ciplak, lu punya filem, barrow, kekasih gelapku youtube, trailer Filem 30 Days Of Night, Synopsis film, soundtrack Filem 30 Days Of Night, act preview, behind scene Filem 30 Days Of Night[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Terima Kasih Kepada Sponsor Bulan Oktober 2007

Gambar Siti Nurhaliza Ayu Jelita Sangat Berlakon Jadi Azizah Awek P. Ramlee