in ,

Synopsis Alien VS Predator 2

PERTEMPURAN TERHEBAT DI ANTARA DUA MAKHLUK ASING DI BUMI
Filem kedua paling popular tahun 2007, Aliens VS Predator – Requiem merupakan trilogi kedua dari AVP yang diterbitkan pada tahun 2004.

AVP Requiem ini mengisahkan pertempuran yang paling ganas yang pernah disaksikan di layar perak, apabila kedua-dua makhluk asing ini akan bertempur di Amerika. Ini kerana, kapal angkasa Predator telah terhempas di sebuah bandar di Colorado, Amerika.

Filem yang terbesar dan paling hebat tahun ini diarahkan oleh Colin dan Greg Strause dalam penampilan pertamanya. Pratonton filem ini tidak dapat diadakan pada persidangan komik ‘ComicCon’ pada tahun ini kerana terlalu ganas.

Saksikan, penaklukan dua spesis makhluk asing paling ganas dalam alam semesta pada 25 haribulan Disember di pawagan berhampiran anda.

[tags]Synopsis Alien VS Predator 2, trilogy, colorado maps, comiccon, gambar filem, trailer alien preadator, poster[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Fezrul Khan Pelakon Drama Jelatang & Girlfriend Teman Tapi Mesra

Anugerah Skrin 2007