in ,

Gambar Fezrul Khan Pelakon Drama Jelatang & Girlfriend Teman Tapi Mesra

Walaupun tak ramai pelakon popular yang membintangi drama Jelatang, namun drama ini tetap ada bisanya. Temanya lain sikit walaupun masih menyentuh tentang cinta. Drama arahan Adam Hamid yang memenuhi slot Lestary di TV3. Katanya, banyak benda yang tidak logik dan di luar batas penceritaan realiti. Namun, bagi Budiey… rasanya memang kisah macam ni tak dinafikan boleh berlaku dan sudah berlaku. Cuma mungkin jarang kita jumpa. Lagi pun, Marisa Yasmin yang memegang watak Alima tu nampak muda sangat la kan? Tema… “Apabila nafsu menguasai akal dan cinta menjadi taruhan maka hilanglah pedoman, pincanglah persaudaraan.” Drama hebat ini diterbitkan oleh JS Foo di bawah penerbitan Asia Media Content Sdn Bhd. Selain pelakon popular Intan Ladyana, pelakon seperti Marisa Yasmin, Fezrul Khan, Aman Shah dan Ryzal juga turut menghiasi drama ini.

Sinopsis Drama Jelatang:

Jelatang mengisahkan sebuah kisah cinta, kasih sayang seorang ibu dan dendam yang menjadi tunjang kepada drama bersiri ini. Kepincangan terjadi apabila Suria jatuh cinta kepada bapa tirinya, Razlan setelah ibunya, Alima menghalangnya mengahwini Zaid. Alima tidak bersetuju dengan pilihan Suria kerana Zaid merupakan anak kepada bekas teman lelaki yang pernah menodainya. Alima tidak berterus-terang kepada Suria mengenai sejarah hitamnya itu.

Razlan cuba memujuk Suria yang sedang bersedih tetapi akhinya mereka saling jatuh cinta lantaran Razlan tidak mendapat kepuasan batin daripada isterinya Alima yang 20 tahun lebih tua daripadanya. Mereka menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuan Alima dan sudah jauh terpesong. Salman, anak lelaki Alima menghidu perbuatan sumbang mereka dan bersemuka dengan Razlan supaya meninggalkan perbuatan terkutuk tersebut. Namun, Razlan enggan dan mengugut akan menceraikan Alima jika hal ini sampai ke pengetahuan ibunya itu.

Gambar pelakon utamanya, yang memegang watak Razlan kini tersebar di internet….

[tags]jelatang, drama, gambar gf Fezrul Khan, Marisa Yasmin, Fezrul Khan, Aman Shah, Ryzal, drama lestary, Adam Hamid, js foo, pemenang anugerah juara lagu, winner drama terbaik, anugerah skrin 2007, lirik teman tapi mesra kelate, pemenang anugerah skrin, cinta nan satu, girlfren hot, pelajar ukm, uitm, uia, sinopsis jelatang, pic britney spears shopping[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Cintaku Forever Lakonan Yusri KRU & Revalina S Temat

Synopsis Alien VS Predator 2