in

Stylistika Siti Singkap Evolusi Fesyen

Berita baik untuk semua peminat penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza! Meskipun agak awal berbanding kelaziman, TV3 bakal menjalani sesi rakaman program muzikal “unik” bersama beliau, sebuah sajian istimewa penonton setia bagi hari raya Aidilfitri yang bakal tiba!

Khas untuk para peminat sempena Aidilfitri, “Stylistika Siti” merupakan program muzikal istimewa berkonsepkan “evolusi fesyen” Datuk Siti sendiri selama 15 tahun berkecimpung sebagai anak seni dan menampilkan beberapa pereka fesyen yang penah berkolaborasi dengan beliau seperti Radzwan Radzwil, Michael Ong dan Rizman Ruzaini.

Datuk Siti juga menjemput Noh (Hujan) untuk sama-sama menyerikan lagi Stylistika Siti!

Berikut ni sedikit info tentang rakaman Stylistika Siti. Peminat yang nak hadir perlulah memakai baju raya. Barulah happening!

Tarikh : 13 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 7.30 mlm (Rakaman bermula jam 9.00 mlm)
Tempat : Sri Pentas 2
Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Antara fesyen-fesyen yang digayakan oleh Siti…

Semasa mendendangkan sebuah lagu di majlis resepsinya

Dato’ Siti Nurhaliza hadir di Majlis Resepsi Ning Baizura

Fesyen Siti Nurhaliza di ABP 2007

Semasa satu persembahan di Dataran Merdeka

CT di Anugerah MACP kat Kuantan

Ketika persembahan P.Ramlee The Musical di Istana Budaya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama GELORA DI HATI SARA Lakonan Rosyam Nor, Fauziah Latiff

Amanda Imani Dipandang Rendah Sebab Syok Sendiri?