in

Amanda Imani Dipandang Rendah Sebab Syok Sendiri?

Semasa sidang media Anugerah Industri Muzik 17 lalu, Budiey pertama kali bersua dengan seorang gadis tinggi lampai. Senyumannya sentiasa tak lekang dari bibir. Wajahnya manis walaupun ketika itu penyanyi yang diramal akan menjadi popular tak lama lagi ini memakai skirt paras peha.

Amanda Imani, satu nama yang agak asing. Tiba-tiba namanya terselit dalam pencalonan AIM17 yang lalu. Maka, ramai yang tertanya siapakah si gadis manis ini?

Nama sebenar Amanda Imani Iskandar, berjiwa besar, positif dan keyakinannya cukup luar biasa. Dilahirkan di Kuantan, Pahang dan sangat mengkagumi suara Ning Baizura. Melahirkan 2 album penuh secara serentak dianggap satu idea yang sangat berani dan Budiey kira tak pernah dibuat orang lagi.

Bakatnya sangat versatile. Selain menyanyi, Amanda boleh menghasilkan lagu, lirik serta bermain gitar dan piano dengan baik. Hasil lagunya dikatakan begitu segar dan kini sudah mula diterima ramai. Album Inggerisnya tak lama lagi akan masuk ke pasaran Singapura. Tahniahlah Amanda.

Wajahnya yang muda jelita itu menarik perhatian ramai penerbit dan pengarah untuk menawarkannya sebagai pelakon. Namun, Amanda masih belum bersedia ke arah itu.

Lambat popular gara-gara dikatakan syok sendiri dan tak mendapat sokongan dan publisiti dari media menjadikan bakat Amanda beku seketika. Namun, hal ini tak jadi masalah kerana apa yang penting, masih ada insan di luar sana yang menghargai karya beliau.

Budiey juga berpeluang mendengar persembahan live Amanda Imani semasa bertandang di Media Nite Media Prima yang lalu. Ooohhh… suara dia mengancam juga.

Patutlah gadis yang masih lagi berusia 18 tahun ini menang dalam kategori Lagu Pop Terbaik – Bronze menerusi single pertamanya, Selamilah Cinta dalam Voice Independent Music Awards 2010 (VIMA) yang berlangsung di Mist, Bangsar pada 17 Januari lalu.

Menang dalam satu kategori sudah memadai. Walaupun 2 lagi kategori dicalonkan iaitu Penyanyi Pop Terbaik dan Penyanyi Wanita Terbaik di VIMA tapi itu tak mematah semangat Amanda.

Gambar Amanda Imani di Anugerah Industri Muzik 17

4583274694 4Fa743351D O | 4

4583274222 8E29A20A15 O | 5

4583275262 4Ae22B5D63 O | 6

4583273660 088740Aa53 O | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Stylistika Siti Singkap Evolusi Fesyen

Saksikan 64 Perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Astro