Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Siti Nurhaliza Terima 7 Per 88 Bahagian Harta Pusaka Bapa



Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menerima tujuh daripada 88 bahagian harta pusaka peninggalan arwah bapanya, Tarudin Ismail. Keputusan itu dilakukan selepas abang penyanyi itu, Ayie atau nama sebenarnya Saiful Bahri membuat permohonan sijil faraid sebagai syarat untuk menguruskan harta si mati.

Pembahagian harta mengikut hukum faraid dapat mengelakkan perselisihan faham dan pergaduhan antara waris. Ayie berkata, harta pusaka arwah bapanya itu adalah seperti tanah dan duit simpanan. Namun, selebihnya, dia enggan mengulas lanjut.

“Tidak perlulah saya beritahu lebih tentang harta itu sebab ia agak peribadi. Setakat ini, saya berpuas hati dengan pembahagian harta yang diputuskan oleh mahkamah dan tidak mempunyai masalah antara adik-beradik,” katanya yang hadir di mahkamah itu bersama ibunya, Siti Salmah Bachik.

Hakim syarie Mohamad Shakir Abdul Hamid juga telah meluluskan pembahagian faraid kepada enam adik-beradik Siti yang lain di mana setiap anak lelaki mendapat 14 per 88 bahagian manakala setiap anak perempuan mendapat 7 per 88 bahagian harta arwah Tarudin.

Dalam pada itu, peguam syarie Ahmad Badri Idris memaklumkan lebihan harta arwah akan diberikan kepada balunya, Siti Salmah. Anak-anak Allahyarham Tarudin adalah Saiful Lizan, 40, Saiful Bahri, 37, Siti Nor Saida, 33, Siti Nurhaliza, 30, Mohd Ali, 28, Siti Nor Saerah, 25 dan Mohd Hafiz, 21. Sementara seorang lagi abang Siti, Saiful Suhairi, telah meninggal dunia ketika berusia 11 bulan. Arwah Tarudin meninggal dunia pada 15 Februari lalu akibat serangan jantung. [sumber]

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kes Syariah di TV9
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah ABPBH2011
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Gambar Siti Nurhaliza di Sambutan Hari Ibu Bersama Siti Nurhaliza 2012
  • Dato’ Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Gambar Siti Nurhaliza di National Folk Museum Korea
  • Video Siti Nurhaliza Jadi Tetamu JOHARA di Radio ERA
  • Siti Nurhaliza di Sidang Media Bio Siti Nurhaliza History Channel



  • 3 Komen untuk entri “Siti Nurhaliza Terima 7 Per 88 Bahagian Harta Pusaka Bapa”

    1. obefiend kata:

      i hope she gave away that percentage to a charity. she is already rich. will do wonders to her charity too…

    2. Reena Shah kata:

      charity …… even a real pious human will not budge off when comes to $$$$$$$$$$.

    3. AIYIN kata:

      alhamdulillah…semoga datuk siti dan keluarga bermuafakat adik beradik selama lamanya
      semoga tabah menghadapi dugaan dan cabaran… takziah di ucapkan

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK