in ,

Tari Tirana

TV3 sentiasa memberikan kelainan menerusi progr am -progr am yang disajikan. Terbaru, ia muncul dengan satu lagi siri drama muzikal berjudul Tari Tirana. Ini merupakan kali pertama TV3 menyiarkan drama bersiri muzikal untuk sajian penonton setianya.

Tari Tirana mengisahkan seorang gadis bernama Tirana yang berusaha untuk menubuhkan kumpulan tariannya sendiri bagi memasuk pertandingan tarian namun terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan. Siri ini akan menemui penonton TV3 mulai 25 Ogos 2009. 

Tari Tirana dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Wan Sharmila, Shaz Jazle, Ammar, Noryati Taib, Faizul, Ruzana Ibrahim, Zaefrul Nordin dan Zaibo.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bunga Raya Untuk Su Tin Lakonan Wan Hanafi Su, Louisa Chong

Siti Nurhaliza Terima 7 Per 88 Bahagian Harta Pusaka Bapa