Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sinopsis, Poster, Trailer, Sneak Preview dan Info Syurga Cinta



POSTER FILEM SYURGA CINTA

Penerbit: David Teo
Pengarah: Ahmad Idham
Syarikat Penerbit : MIG Production Sdn. Bhd.
Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Keluarga
Format : 35mm
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 21 Mei 2009

Krew filem:
Raja Mukhriz: Pengarah Fotografi
Reanna : Pembantu Pengarah
Iqbal Mydin : Pengurus Produksi
Ollynn : Pengarah Seni
Mohd Zaini : Jurusolek Artis
Brian Ng (Kang) : Pereka Bunyi dan muzik

SINOPSIS FILEM SYURGA CINTA 

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.

Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah. 

Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi kembali hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku? Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA. 

TRAILER FILEM SYURGA CINTA

SENARAI NAMA PELAKON DAN WATAK

1. IRHAM (AWAL ASHAARI)
Seorang pemuda tampan yang berumur lingkungan lewat 20 an. Dibesarkan di luar negara oleh itu sikapnya banyak dipengaruhi oleh suasana barat. Selain daripada itu, didikan agama yang tidak pernah diberikan oleh kedua orang tuanya menyebabkan dia seorang yang jahil tentang agama. Ego dan pantang dicabar tetapi sangat romantik. Mudah untuk menangis.

2. SYUHADAH (HELIZA AF5)
Berumur awal 20-an. Seorang guru agama yang baru sahaja keluar dari universiti. Sangat penyabar dan mudah memaafkan serta memberi orang peluang. Di besarkan dengan penuh didikan agama oleh datuk dan arwah neneknya. Seorang gadis bertudung yang bukan sahaja ayu tetapi terserlah dengan sifat-sifat muslimah sejati. Suka membaca dan menambahkan pengetahuannya tentang agama.

3. IKMAL (HADZIQ TOM TOM BAK)
Ikmal seorang budak lelaki yang berumur 8 tahun. Seorang budak nakal tetapi cerdik dan petah apabila bercakap. Penuh dengan idea-idea yang bernas yang dipengaruhi dari kaca televisyen. Ikmal ialah seorang budak yang mendengar kata bukan sahaja guru tetapi juga kedua orang tuannya. Bersikap penyayang dan suka memerhati. Meletakkan guru agamanya (Syuhadah) sebagai sumber ilmu bagi pelajaran agama.

4. TAN SRI ZAKARIA (MUSTAPHA KAMAL)
Zakaria berumur lingkungan 50-an merupakan seorang ahli perniagaan yang disegani di Malaysia. Bapa yang sangat penyayang namun tanggungjawabnya sebagai bapa bagi mendidik anak-anak tidak terlaksana kerana dia sendiri sangat jahil di dalam agama. Seorang yang berfikiran terbuka dan tidak kisah apa sahaja. Suka membuat amal jariah dengan menderma dan sebagainya kepada insan yang memerlukan.

5. PUAN SRI MAHANI (DIAN P. RAMLEE)
Juga berumur di dalam lingkungan lewat 40-an. Dia ialah seorang isteri dan teman yang baik kepada Tan Sri Zakaria namun tidak dalam soal mendidik anak-anaknya. Sentiasa sibuk dengan persatuan datin-datinnya dan gila glamour. Suka menangis.

6. ALEX (SAM SAHEIZY)
Rakan baik kepada Irham ketika belajar di luar negara. Suka mencabar Irham dan juga merupakan seorang ”kaki perempuan”. Sikap baiknya ialah cenderung mempromosikan produk tempatan.

7. ZAINAL (FIZZ FAIRUZ)
Berumur lebih kurang Alex dan Irham yang juga merupakan teman baik Irham ketika belajar di luar negara. Juga suka mencabar Irham. Zainal mempunyai sikap baik iaitu suka mengikut kata-kata ibunya walaupun dia sendiri tidaklah berapa baik dalam soal-soal tertentu.

8. DATUK (HISHAM AHMAD TAJUDDIN)
Datuk kepada Syuhadah yang berumur lingkungan 60-an yang merupakan seorang datuk yang mempunyai sikap humor. Namun begitu, pandai dan arif dalam soal-soal agama dan mendidik Syuhadah menjadi seorang muslimah yang sejati.

SIARAN AKHBAR

Metrowealth (MIG) telah menghasilkan filem terbitannya yang ke-29 berjudul Syurga Cinta. Syurga Cinta mengetengahkan unsur keagamaan di dalam sebuah kisah cinta remaja masa kini. Pada awal pembabitannya, MIG menghasilkan filem pertama berjudul Syukur 21 yang juga sebuah filem berunsur keagamaan. Syurga Cinta yang skripnya dihasilkan oleh Panel Skrip MIG berasaskan konsep oleh David Teo ini diarahkan oleh Ahmad Idham.

Menjadi sebahagian daripada tanggungjawab penggiat filem yang merupakan medium berpengaruh mendidik masyarakat untuk memaparkan sesuatu yang mampu dijadikan tauladan. MIG menganggap cara sebegini mampu mengimbangi pelbagai medium lain yang dilihat mampu memesong akidah dan minda remaja di era globalisasi ini. Kebimbangan terhadap gejala sosial menjadi salah satu agenda terpenting negara untuk menanganinya dan MIG cuba memainkan sedikit peranan dalam menjayakan usaha tersebut.  

Syurga Cinta akan mengupas kehidupan dua Melayu Islam dengan dua akidah atau pegangan yang jauh berbeza. Pertama yang mengagungkan gaya hidup barat dan seorang lagi yang masih teguh mempertahan keimanan kepada Islam dan nilai-nilai ketimuran. Pertembungan dua gaya hidup inilah yang akan menonjolkan nilai yang akan menyentuh dan menggeletek hati para penonton. Biarpun filem Syurga Cinta ini mengutarakan kisah cinta namun, ia tetap mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri apabila ia akan digarap melalui pendekatan Islamik.

Barisan pelakon yang menjayakan filem Syurga Cinta ini terdiri daripada pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Awal Ashaari, Mustapha Kamal, Dian P. Ramlee, Hisham Ahmad Tajuddin, Fizz Fairuz, Shaheizy Sam dan Wazata Zain. Syurga Cinta juga  memperkenalkan Heliza AF5 di layar perak sebagai heroin dan pelakon kanak-kanak yang terkenal melalui rancangan Tom Tom Bak iaitu   Hadziq yang berusia 8 tahun semasa pengambaran. Pemilihan pelakon ini dibuat berdasarkan kesesuaian watak dan kehendak skrip selain menyediakan barisan pelakon pelapis untuk industri perfileman Malaysia di masa akan datang.

Syurga Cinta akan menemui penonton seluruh Malaysia bermula 21 Mei ini.

SNEAK PREVIEW BABAK-BABAK MENARIK DALAM SYURGA CINTA

The Making of… Sebalik Tabir Filem Syurga Cinta


PART 1


PART 2


PART 3

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Sinopsis Filem Dukun
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Poster & Trailer X-MEN: FIRST CLASS
  • Sinopsis Filem PapaDom Arahan Afdlin Shauki
  • Sinopsis Cinta U Turn Lakonan Fasha Sandha, Awie & Fiza Elite
  • Gambar Sneak Preview M-IFW di The Garden
  • Promo: Dapatkan Majalah Cinema Online Keluaran Mei Sekarang!
  • Video Adik Hadziq Tom Tom Bak Baca Skrip Filem Syurga Cinta



    • http://- Gurls

      saya amat meminati awal ashari dan heliza.Cerita ni pun menarik dan kelakar.

    • aiza syazwen

      sye sgt minat awal sbb dier smart…….

    • NURIMSUE

      TAK SABO NAK TENGOK HELIZA AND AWAL BERLAKON…SINOPSIS CTER YG SY NANTI2KAN …

    • http://ana_muslim@homail.com ana_muslim

      assalamualaikum…..wah!!!!!!!! rasa x sabalah nak tonton filem ni….minat kat pelakon2 kat dalam citer2…..harap mendapat sAMbutan yang lumayan………….wassallam..

    • gurlz_pretty.com

      wow….bestnye citer…baca sinopsis pun dah tau betapa bestnye citer nie..bila laa film SYURGA CINTA akan terbit…x sabar

    • Raudah

      asalamualaikum
      tak sabarnya nak tgk
      tak sabar nak tgk
      tak sabar nak tgk

    • BARD

      HELIZA MEMANG ADA BAKAT X SABAR NAK TENGOK NI…
      COMEL HELIZA

    • nana

      best gak kalau awal berlakon

    • angah

      msti best.heliza comey

    • ateh

      cam best je cite ni sb ade Heliza

    • niza@87

      mesti gempak bl filem ne kua t kan,xsbr nk g tgk huhuhuhuhuhuhu,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

    • mirazaty

      Really like this film..
      Mcm intresting..
      I will make sure that I will watch this film..

    • http://farahaiena@yahoo.com misteri

      best giler citer ni tak de le teruk mcm citer2 yg lain

    • nienie

      nampak best je ….lain drpd yg lain …..satu pembaharuan ………i must watch this movie……..can’t wait…….sweet….

    • pinky gurl

      cerita ni ok lak,bnyk selit unsur agama,tp time crita awal2 2 bnyk unsur erm……fham2 jak lak…k lak….apa pun crita ni meletup punya arh…..

    • NeIdA

      x sbr nk tggu 21 Mei ni nk tgk cter Syurga Cinta..yg psti cter ni msti gmpk dgn glak ktawa..

    • ana_muslimah

      cerita ni macam ala2 kiamat sudah dekat ke.

    • malikah bahjah

      agak2 box ofice x citer ni,cbe tyg kt indon,da sambutan tak?mcm deme tyg citer deme kt tmpt kiter

    • http://yahoo.com nyna

      eiYT!!!x cBR2 nuCk tgOK ctEw niEYh..genTY beSh taNn…dA plAkONN2 dye sMArt teUTame…awAL,eliZA;n;ajiK…eiYH tOL2..x cbr dA nieYhh…

    • samuel drogba

      dlm bnyk2 bank, bank pe yg org xske pegi..
      jwpn dy…bankrap

    • http://www.myspace.com/farishziegler farish ziegler

      TAHNIAH heliza atas pencapaian kejayaan pertama kamu. semoga kamu berjaya dan jadi serorang pelakon dan penyayi yang terbaik ok. from farish 0122202656

    • Kasih Abadi

      betul adik hadzeq tu dah meninggal dunia?
      ada khabar angin cakap mcm tu.
      kalau x betul saya mintak ampun dan maaf.

    • CutE_GuRlZ

      Assalamulaikum…………..

      Saye rase tak sabar tengok citer “syurga cinta” coz citer ini menarik sangat2 n lucu….first time saye tengok di sebalik tabir saye dah suka citer ini and saye rase tak sabar nak tengok…..saye suka tengok heliza n awal b’lakon coz korang memang nampak padan sangat…..sebelum saya nak undur diri saya harap citer syurga akan menarik minat semua untuk menonton citer ini…okeylah…bye2….dAa2….

    • shazwani

      tak sabarnya nak tengok filem ni!confirm BOX OFFICE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    • lina91

      bestnya cite ni! walaupn x tgk lg…ada bnyk unsur dlm cerita ni…sesuai untuk semua peringkat umur…harap2 masuk BOX OFFICE!
      bgs2! hidup filem malaysia!

    • zizi

      mula2 buat jahat lepas tu baik pula ape kene nie hahahhh

    • hida

      assalamualaikum……………..harap cter nie tak sama cam filem ayat2 cinta

    • aida

      harap2 filem ni dapat memberi nafas baru kepada industri perfileman negara… sekurangnye ada la filem yang dapat memberi impak yang besar kepada industri dan juga penonton… lagipun kesemua pelakon hebat2 belaka… all the best 4 ‘SYURGA CINTA’

    • Pingback: Adib

    • http://adz_lina1130@yahoo.com daisy’s

      lebih kurang mcm cerita indon jer
      cerita kiamat sudah dekat…tul tak..???

    • ezueden

      hahh bguzz..
      mang sy sokong cita nie 100%..

    • http://www.melayuboleh.tv Melayu Boleh

      bagus!
      kekuatan cerita ni ialah watak Syuhadah yang betul mempunyai hati yang kental terhadap maruah dan agama..
      aku fikir mmg cerita ni wujud dalam realiti..
      satu tamparan bagi lelaki yang sama watak dengan Irham kene reject dengan manusia yang bergelar “Wanita”..

    • seha

      em…cter yg menarik…
      bley dijadikan tauladan…

    • comel

      sy meminati watak awal n heliza…
      mrk berdua mmg sesuai digandingkan dalam lakonan..
      manakala watak ikmal sgt mencuit hati..

    • yanz

      leh x sy nk tau soundtrack citew nie??? sy suka bunyi seruling 2.. sy ngah mencari saper y men seruling 2 n lagu apew y dimainkan.. plss.. tlg sesaper bgtau kt saya.. noridzianzulkfly@yahoo.com

    • IenaJB

      yanz..bukan ke yg main seruling tue kumpulan mohram coz sempat tgk sape yg sampaikan muzik tue…

      tapi crite nie mmg best…rugi kalo korang tak tgk…
      crite yg penuh pengisian dari awal hingga akhir babak..
      tak meleret seperti sesetengah filem…
      filem yg menghiburkan dan tidak sesekali membosankan..
      good job ahmad idham…
      hope gandingan awal ashari n heliza kembali ke panggung wayang…
      seronok sgt…=)

      abg budiey…nanti sampaikan salam buat semua yg terlibat dlm ‘SYURGA CINTA’..the great movie this year…

    • sally

      tak sabarnye nak tengok tapi exam……………………..tak leh kuar g tngok wayang

    • http://- fieyzafiey

      suke glerr tkg abg awal ngan kq.heliza…kan best klu couple.citer syurga cinta tue memang touching glerr ..smoge trus success..annayong haseyo!!!!!!!!!!!!!!!

    • EyKa

      bezt r law dowang brlkon 2 owg..law btol2 lgy bezt..sy memg mnat abg awal n heliza…

    • asufi

      saya bru je tengok muvie nih, memang best giler! i luv it, i luv awal oops hehe, i luv haziq, lakonan mereka bernas lh….cume heliza tu skrip die mcm tak real je kan, asyik2 mcm nak ceramah…klu mcm tu hari2 bf mesti lari sebab kene lecture je..hehe
      neway memang bagus ceta ni, 1st muvie yang lain dari yang lain yang tak wasted duit aku haha



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK