Mahu Tiket Percuma Malam Final One In A Million?

Ramai pembaca bertanyakan kepada Budiey, mana nak dapatkan tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan LIVE finalis One In A Million yang akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam. Untuk info pembaca, tiket-tiket boleh didapati secara PERCUMA di bilik pengawal Sri Pentas, Bandar Utama mulai sekarang dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Selain itu juga, anda berpeluang untuk memenangi tiket-tiket ini melalui 8TV Quickie, Fly FM dan 8TV Celebrity Chat.

Pada malam final, pintu akan dibuka seawal jam 6 petang dan akan ditutup jam 7.30 malam. Siaran langsung akan bermula pada jam 8.30 malam dan anda dinasihatkan untuk datang ke stadium seawal yang mungkin bagi mendapatkan tempat duduk yang strategik. Surau disediakan untuk anda di Stadium Melawati. Jadi, jangan lupa untuk solat Maghrib.

Siapa yang akan jadi juara? Ha, nasib finalis, Aweera, Tomok dan Esther di tangan anda! Undi mereka sekarang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis, Poster, Trailer, Sneak Preview dan Info Syurga Cinta

GUA Lancar Drama Mingguan Lelaki Lakonan Fazren Rafi, Sari Yanti, Memey Suhaiza