Esther, Aweera dan Tomok Buat Rompakan Bersenjata?

KUALA LUMPUR: Dua orang lelaki kurus kering, termasuk seorang gadis putih gebu dipercayai ketua rompakan telah berjaya melarikan wang RM1juta dalam rompakan nekad di sini, tepat jam 3 petang tadi. Ketiga-tiga mereka tidak memakai topeng keselamatan atau topi kaledar sebaliknya hanya memakai cermin mata hitam yang dipercayai dibeli di pasar malam.

Rompakan yang memang dirancang dari semalam itu berlaku di sebuah kelab hiburan Pulse yang terletak di lantai 1, Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur sebaik sahaja tiga orang bersenjatakan mesin gun M16 memasuki kelab itu secara tiba-tiba.

Suasana panik giler menyelubungi suasana seketika . Ternyata rompakan itu menjadikan ramai pelanggan di situ diam seribu bahasa tetapi ironinya, tidak sedikit pun memporak-perandakan keadaan. Seolah-olah pengunjung merelakan perbuatan terkutuk perompak itu.

Disyaki kemungkinan besar perompak menggunakan ilmu hitam untuk memukau semua orang yang sedang lepak-lepak di situ. Suasana jadi bertambah panik apabila perompak melepaskan beberapa das tembakan, namun alhamdulilahlah semua terselamat dan tiada nyawa yang melayang.

Dalam drama tembak menembak petang tadi, dua orang mangsa yang dipercayai individu yang menyimpan sebuah cek besar bernilai RM1 juta telah diserang oleh tiga orang perompak ganas ini. Seorang daripada mereka ialah Mat Salleh yang dipercayai seorang juri di One In A Million yang kritikannya agak pedas jugek. Tidak cukup dengan mengugut untuk menembak, perompak juga meraba-raba seluruh badan mangsa kecuali di kawasan kemaluan dengan tangan kirinya. Namun, mangsa berkali-kali memberi penjelasan bahawa wang sejuta itu tidak berada di bawah jagaannya.

Sesi ugutan dan pujuk rayu sedang berlangsung.

Mangsa kedua ialah seorang CEO sebuah TV yang banyak memaparkan drama dan program TV berbentuk urban.

Apa ni mangsa pun sempat lagi ketawa terbahak-bahak. Katanya, geli jugak kena rompak.

Setelah diugut dan diraba mangsa telah menunjukkan di mana wang sejuta itu sebenarnya berada…

Akhirnya, perompak menyerang seorang wanita yang dipercayai seorang pengacara yang gambarnya pernah disiar di blog dan di forum-forum. Tetapi pengacara dan penyanyi hip hop ini tidak kisah sangat apa orang nak cakap pasal dia.

Pengacara ini akhirnya tewas di tangan perompak. Kata dia… “Nah ambiklah wang sejuta ni, tapi dengan satu syarat!”

Akhirnya, perompak telah menemui wang yang diidamkan oleh mereka. Mmmm… dalam bentuk cek. Huhu!

Ambiklah dengan satu syarat…. iaitu…

Untuk mendapatkan wang sejuta, semua ‘perompak’ dikehendaki melontarkan vokal emas mereka di One In A Million.

Itulah dia… gimik ketika memperkenalkan tiga orang finalis One In A Million petang. Ganas tak? Kiro ganah doh tu weh! Kawe dok situ, berdebar doh, ingat ko ada rompakan sungguh! Huhu, ruponya… rompakan olok-olok jah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Esther, Tomok dan Aweera, Siapa Juara One In A Million?

Sinopsis, Poster, Trailer, Sneak Preview dan Info Syurga Cinta