in ,

Sinopsis Drama Kecuali Cintamu

Drama Kecuali Cintamu

Ruby Sujak (Haleeda) telah berkahwin dengan Effendi Sulaiman (Aman Shah), seorang ahli perniagaan yang berjaya. Perkahwinan yang semakin hambar membuatkan Ruby memberi sepenuh perhatian kepada syarikat penerbitan ANEKA NOVA-nya. Tanpa pengetahuan Ruby, Vivian Thang (Janet Khoo) yang berpura-pura menjadi kawan baiknya menjalinkan hubungan sulit dengan Effendi. Vivian bercita-cita untuk merampas Effendi dari Ruby.

Ruby dan Effendi mempunyai dua orang anak, Jaslina Effendi (Siti Saleha) dan Badrul Effendi (Zain Ruffedge). Masa tidak dapat mengubah cinta sebenar Ruby – Alias Baharuddin. Walaupun saling mencintai, Ruby telah memutuskan hubungan dengan Alias untuk berkahwin dengan Effendi yang merupakan seorang lelaki berada.

Alias sedar yang kemiskinannya yang membuatkan Ruby meninggalkannya. Walaupun begitu, cintanya pada Ruby tetap utuh hingga ke hari ini. Rahsia yang disimpan Ruby ialah, bapa sebenar Badrul ialah Alias.

Zalikha Ali (Nanu Baharudin) telah berkahwin dengan cinta sejatinya, Alias Baharuddin. Walaupun Alias datang dari keluarga yang tidak berada, Zalikha telah jatuh cinta dengan kejujuran serta kebaikan Alias yang bekerja dengan bapanya. Namun, dengan kebijakan Alias, dia telah berjaya membina empayar Gatra, milik keluarga Zalikha. Alias kini dikenali sebagai Kamarul Baharuddin (Mustapha Kamal), seorang pemilik syarikat penerbitan yang terkenal.

Zalikha dan Kamarul mempunyai dua orang anak bernama Zack dan Suria. Setelah lama berkahwin, perkahwinan mereka semakin hambar. Pada waktu yang sama, Zalikha telah mengambil Badrul bekerja di Gatra Moda sebagai jurugambar. Mereka mula rapat dan ini membuatkan Badrul bertambah sukar untuk menyorok identiti sebenarnya sebagai anak Ruby.

Azran (Riz Ainuddin) pula ialah seorang mekanik yang bekerja untuk kedua-dua keluarga Ruby dan Zalikha. Dia mula mengenali Jaslina dan Suria. Walaupun Jaslina sombong, Azran mula jatuh cinta padanya. Suria pula menaruh hati pada Azran. Jaslina mengulangi kesilapan ibunya Ruby dengan menolak cinta Azran kerana kedudukan Azran. Suria pula mengikut jejak langkah Zalikha dengan memberi cintanya pada Azran walaupun mereka dari status yang berbeza.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Sertai Kuiz Bapaku Sayang di Suria FM

John Q dan What A Girl Wants di TV2