Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sinopsis Drama Embun Mutiara Lakonan Eira Syazira, Mas Muhaini, Awal Shaari



Sinopsis Drama Embun Mutiara

Epilog perjalanan kisah Embun Mutiara memaparkan tentang adik beradik bernama Embun dan Mutiara yang dilahirkan pada tahun yang sama dan sering dikenali sebagai kembar tidak seiras.

Namun ternyata sikap mereka langsung berbeza kerana personaliti Embun suka mengarah, mengejar glamour dan bercita-cita untuk menjadi model terkenal.

Manakala Mutiara bersikap mesra, rendah diri, bijak dan sederhana. Mereka tinggal di banglo mewah bersama ibu mereka, Athiera, pakcik saudara, Hadi dan pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat, Mek Nab.

Athiera merupakan ibu tunggal yang masih cantik dan pandai mendidik anak-anaknya. Dia memantau setiap pergerakan anaknya serta tidak suka anaknya terjerumus di dalam bidang hiburan.

Tambahan pula dia sendiri duduk di bawah telunjuk abangnya, Hadi yang merupakan usahawan yang bermata duitan dan sentiasa mengutamakan wang dan kemewahan dalam semua aspek termasuk memilih calon adik iparnya mahupun menantu yang bakal mengahwini anak saudaranya. Namun, Athiera mempunyai rahsia besar yang masih tersimpan kemas dari pengetahuan sesiapa.

Embun berkenalan dengan jurugambar iaitu Roni secara kebetulan ketika dia tercicirkan gambarnya sewaktu menghadiri sesi ujibakat. Roni merupakan jurugambar bebas dan dia benar-benar terpesona dengan kejelitaan Embun. Embun yang pada mulanya berhasrat untuk mempergunakan Roni mulai jatuh cinta dan akhirnya mereka merancang untuk berkahwin.

Namun, Embun memungkiri janjinya dengan kejadian yang mengaibkan apabila Embun dua kali berturut-turut lari dari pertunangan dan perkahwinan demi menghadiri ujibakat menjadi model. Mutiara menjadi galang ganti dengan terpaksa berpura-pura mengantikan Embun sebagai pengantin sehingga Roni sendiri akhirnya terpikat dengan keluhuran Mutiara dan mengahwininya. Mutiara mula tersepit! Apakah kesudahan kisah cinta tiga segi ini dan apakah rahsia yang Athiera simpan?

Untuk mengetahui lebih lanjut, saksikan Embun Mutiara setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam bermula pada 10 April 2009 di TV3!

Tags: , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Pre Wedding Eira Syazira & Azad Jazmin
  • Gambar Seksi Pelakon Ku Milikmu Eira Syazira Berkemban
  • Gambar Eira Syazira dan Esma Danial Kahwin?
  • Sekitar Pelancaran Drama Embun Mutiara Arahan Heykal Hanafiah
  • Drama Ku Milikmu Lakonan Adzriefaiz dan Eira Syazira
  • EKSKLUSIF: Eira Syazira & Azad Jazmin Nikah 16 September Ini
  • 25 Selebriti Peraga Baju T Ulangtahun TV3
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Ngangkung
  • Fizo Omar dalam Drama Jersi 9
  • Eira Syazira dan Azad Jasmin Bercinta Dalam Anak Mami Mek Ani



    • yus

      nice story…ilike it.

    • kamil

      sape bdk2 FATC uitm kenal mas muhaini? tlg aku syok kt dia apa fs / fcbk / email dia..tlg email kt aku sorg..plz.. min_warak@yahoo.com
      aku nk bkln la ngan dia..niat suci..ikhlas nak bkln ngan dia..
      dia ada ciri2 yang mak aku suke..so plz kwn..bgtau la kalau yg tau..
      yg x tau xper.. nice to chat2 kt sini yer = ) salam kwn2 ..daaa

    • poyoman

      mas muhaini ni asl org mane??… dia yg berlakon filem wayang yg jd sengau 2 kan??…. tp cerita nie mmg best… brape episod ek cite nie???… ada sesape tahu plzzzz gthu yerk….

    • http://yeenrawk.blogspot.com yeen

      nak nama barisan pelakon die boleh tak



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK