in

Alex Yoong, Syed Farradino Omar In Person Di Astro Awani

Jadi anda fikir anda kenal personaliti kegemaran anda? Jangan begitu pasti!

Astro AWANI, saluran 501, saluran berita dan ehwal semasa 24 jam pertama di Malaysia, sekali lagi membawakan pembaharuan kepada kaca TV anda dengan In Person, rancangan bual bicara unik yang ke udara setiap minggu.

In Person akan disiarkan setiap hari Selasa jam 11.30 malam bermula 14 April.

Ikuti temubual bersama warga Malaysia yang telah berjaya mengukir nama di dalam bidang mereka – peneraju industri, tokoh-tokoh usahawan dan bintang-bintang terkenal – bersama hos Syed Farradino Omar yang giat memujuk mereka berkongsi rahsia kejayaan masing-masing sambil bercerita tentang minat mendalam mereka dalam bidang lain. Aktiviti santai yang diminati personaliti itu menjadi latarbelakang kepada rancangan ini.

Menurut Rozina Aziz, Pengurus Besar Astro Awani, “In Person merupakan rancangan kedua yang diterbitkan di dalam Bahasa Inggeris oleh Astro AWANI selepas Focus Economy, yang bermula siaran 9 Mac lalu”.

“Seperti Focus Economy, In Person merupakan satu rancangan yang unik dan dilancarkan tepat pada masanya. Ia memberikan anda peluang untuk melihat bagaimana mereka yang berjaya merancang perjalanan karier mereka untuk dijadikan inspirasi oleh penonton sambil melihat apa yang dilakukan mereka jika mempunyai masa lapang.” 

Di dalam episode pertama, saksikan mengapa bekas pelumba F1 negara, Alex Yoong, tidak dapat menjauhkan diri dari aktiviti-aktiviti lasak, tak kira di litar mahupun di atas air dan dengar perkembangan terkini personaliti menarik ini. Sambil menjawab soalan-soalan, Alex mengajar hos Syed Farradino Omar untuk menceburi sukan yang digemarinya, luncur air!

Bersama Syed Farradino Omar menemubual Alex Yoong untuk mengetahui aktiviti kegemarannya selain
daripada menjadi Pelumba F1 negara.  

Saksikan In Person pada jam 11.30 malam, setiap Selasa, di Astro AWANI, saluran 501.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Embun Mutiara Lakonan Eira Syazira, Mas Muhaini, Awal Shaari

Paul Blart Mall Cop Movie Trailer Poster Synopsis