Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Siapa Juara Pertandingan Akhir Juara Asyik 2009



26 JULAI 2009 : PENENTU JUARA PERTANDINGAN AKHIR JUARA ASYIK 2009

Setelah kejayaan  penganjurannya kali pertama tahun 2007 mencari bakat-bakat baru penyanyi dan pemuzik, ASYIK fm sekali lagi menganjurkan satu pertandingan nyanyian iaitu pencarian bakat nyanyian secara solo pula. Pertandingan penciptaan lagu-lagu moden melibatkan pelbagai genre pop komersial, asli, dangdut, raggae dan rock komersial dari kalangan kaum Orang Asli ini pasti menjanjikan kelainan dari pertandingan yang dianjurkan oleh RTM sebelum ini.

Setelah menjengah 10 lokasi uji bakat Juara ASYIK 2009 di seluruh Semenanjung. Sambutannya amat menggalakan dan seramai 453 orang peserta yang datang telah diuji bakat oleh juri profesional yang dilantik oleh pihak penganjur pertandingan di setiap lokasi berlangsung uji bakat. Manakala 40 orang peserta  telah pun terpilih dipanggil untuk saringan seterusnya yang telah pun berlangsung baru-baru ini.

8 orang peserta telah pun terpilih untuk berkongsi Pertandingan Akhir Juara ASYIK 2009  yang akan berlangsung pada 26 Julai 2009 (Ahad), jam 8.30 malam di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Dominasi lima finalis perempuan berbanding tiga finalis lelaki membariskan nama-nama Noraini Abu (18 tahun), Azizi Jafri Awang (22 tahun) dan Maznah Majid (24 tahun) yang masing-masing berasal dari Pahang. Manakala dua peserta dari Perak, Wah Moliz Bah Lon (18 tahun) dan Mazuan Bah Gajah (19 tahun) di samping Noraliza Iskandar Zulkarnain (30 tahun) dari Selangor, Ramlan Abak (25 tahun) dari Kelantan dan Nora Hafizah Nordin (23 tahun) dari Johor.

Berbangga dilahirkan daripada pelbagai suku kaum Asli berbeza seperti Jakun, Temuan, Semai dan Temiar, mereka pastinya menjanjikan persembahan mantap dengan dua lagu melibatkan lagu wajib oleh komposer amatur masyarakat Orang Asli dan lagu pilihan, terdiri daripada lagu popular masa kini. Skim pemarkahan mengambil kira dari segi vokal, persembahan dan penampilan mereka di pentas.

Finalis dikenali Noraini tampil dengan lagu Epoujh (Ku Nanti) dan lagu pilihan Dan Sebenarnya (Yuna), Noraliza nyanyikan lagu Tinggal Kenangan dan lagu Dikir Puteri (Noraniza Idris), Wah Moliz dendangkan lagu Bintang dan Kalis Rindu (Elyana), Ramlan pula sampaikan lagu Sinar Gemerlapan dan Gadis Bertudung Putih (Kumpulan May), Azizi dengan lagu Maafkan ku dan Situasi (Kumpulan Bunkface), Nora Hafizah mempertaruhkan lagu Yeacheded Penayak Hak Mayik (Cinta Palsu) dan Ku Intai Cinta Dalam Rahsia (Jeslina Hashim), Mazuan dengan lagu Hanya Dirimu Dalam Hatiku dan Penghujung Rindu (Jamal Abdillah) juga peserta terakhir, Maznah menyampaikan lagu Aku Di Sini dan Tak Mungkin Kerana Sayang (Kumpulan May).

Kategori Pencipta Lagu Terbaik pula membariskan nama-nama OTG, Kak Ham, Long Exsan, Nizam, Jaafar Salleh, Mustaffa, Anisa Rosli dan Remy dengan lagu-lagu terbaru ciptaan mereka untuk dinyanyikan lapan finalis bertanding.


 
Dan salah seorang juri profesional Encik Mohd Rashid Chekman selaku yang dilantik oleh pihak penganjur mengakui, “ASYIK fm bijak meletak satu pentas yang baik untuk remaja Orang Asli yang berbakat dalam bidang nyanyian mencuba nasib. Malah kami berpuas hati dan ada dikalangan belia Orang Asli yang datang diuji bakat ternyata boleh menyanyi dengan baik, tahu menyanyi mengikut tempo dan yang paling penting penghayatan yang baik. Kerana markah yang tinggi diberi kepada suara, tempo dan penghayatan,” ujarnya.

Beliau turut yakin dan percaya usaha ASYIK fm mengcungkil bakat di kalangan remaja atau belia Orang Asli, mencapai matlamatnya untuk melahirkan bintang yang ternama dipersada nyanyian.

Sementera itu penyertaan bagi kategori penciptaan lagu-lagu dari kalangan masyarakat Orang Asli juga mendapat sambutan yang menggalakan. Pihak ASYIK fm berpuas hati dan lagu-lagu ciptaan itu dinilai oleh Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM yang diketuai oleh Encik Ahmad Ali.

Menariknya, finalis Pertandingan Akhir Juara ASYIK 2009 yang mengungguli Johan dijanjikan hadiah lumayan berupa wang tunai RM10 ribu, Naib Johan menggondol wang tunai RM8 ribu dan tempat ke tiga menerima wang tunai RM6 ribu yang masing-masing disertai trofi dan sijil. Malah pemenang kategori Pencipta Lagu Terbaik turut menerima wang tunai RM 3 ribu disamping trofi dan sijil.

Pengacara majlis menggandingkan juruhebah Asyik fm yang popular, Rozima dan Ivan Toh sepanjang dua jam bersiaran secara langsung.

Justeru sama-samalah memeriahkan malam Pertandingan Akhir Juara ASYIK 2009  berlangsung pada 26 Julai 2009 (Ahad), jam 8.30 malam di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur dan bakal disiarkan di TV2 dan saluran 180 ASTRO RTM.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pencarian Bakat Baru Dalam Juara Asyik 2009
  • Mazuan Juara Pertandingan Akhir Juara Asyik 2009
  • Siapa Pemenang Final My Starz LG Musim Ke-2?
  • Gambar Bakal Juara Ford Model Supermodel of the World Malaysia 2009
  • Brownees & Car Crash Hearts Ke Final Rentak Juara
  • Sekitar Sidang Media Pertandingan Akhir Juara Asyik 2009
  • Juara Pesona Nona Musim Ke-3
  • Profile Iesya
  • Pemenang Finalis Tiru Gaya Artis AJL 26
  • Konsert Akhir Gangstarz TV3: Flava, The Lima, Infinatez, Mendua?



    • http://yahoo Budektemuan

      memang la ada hatik nak nyanyik, tapik cam ne suara nyap sedap, akuk gelik kang gibut pulak. Payah lak oang tuhik nak tangkal….he…he…..nyanyi kat bilik air boleh le…nyaya ong ni memang slalu tido lambat ka tiap2 aik, cian…… masa tu aku dah mimpik…

    • http://asyikfm tok batin

      saya tok batin …………bagi pendapat .saya …tentang juara asyik…..ni semua bagus…….saya mewakili semua tok batin di malaysia ni terima kasih tak terhingga kepada pihak RTM …kerana memberi peluang kepada masyarakat orang asli …..untuk tengahkan bakat yang terpendam……..ini adalah program yang muhibah….dalam misi satu malaysia……kepada pihak asyik fm semua staff RTM…. dan pihak media-media…….jutaan terima kasih……..harap pihak RTM dapat memberi ruang yang seadilnya kepada artis…..artis orang asli yang berada dalam dunia seniman…………

    • http://asyik.fm jamal adilkah

      Saya berbangga kerana rtm berjaya menghasilkan satu program yang baru untuk masyarakat orang asli bg saya ianya amat baik dan berharap akan berterusan tetapi alangkah baiknya jika program tersebut dijayakan oleh artis-artis serta pengacara dari masyarakat orang asli sendiri, bg saya tak perlu la menjemput artis-artis yg dah glamer mcm misha omar tu, kan artis-artis masyarakat orang asli ramai.sepatutnya program mcm nie artis orang asli harus diutamakan barulah masyarakat lain akan lebih mengenali mereka, barulah artis-artis orang asli boleh cari makan. tak lah bakat-bakat mereka terkubur begitu saja.. dah la program2 lain pun artis Orang Asli kurang mendapat jemputan. bila program sendiri byk artis luar plak, klu ada artis orang asli pun sekadar undangan dan lagu yg disampaikan pun pendek je. klu nk dibandingkan dengan esther serta boy clifford yang terpampang pada tiket itu jauh lebih bagus itam jelmol serta agek seniroi,ramsa yang dah bertahun-tahun lamanya menceburi bidang seni nie cuma kurangnya di tonjolkan oleh media jd nama-nama ini tenggelam di telan zaman.. saya harap masa2 akan datang pihak2 tertentu akan lebih peka dan prihatin terhadap artis2 masyrakat orang asli.

    • http://yahoo nyaya

      ha… ha… samak la akuk pun… macam tuk la gayaknyak selalunyak akuk tdo lewat dah macm kejak jaga dah… nak tanyak ko nin kejak kat manak kalau ko dtg kl bgtahuk la.. bulih kenal2… ari nin akuk cuti tolong2 mak belik brg2 adak buat majlis seken.. adik akuk ari tuk masuk pertandingan kalah pun nyap apak la… yang penting semangat tuk adak.. so nak clbrte seken la untk diak…. ko tahuk la ken manak satuk adik akuk.. sebab diak suwang hajak temuannyak… ko enternet pakai apak P1 wimax kah brdband ka atau pakai tel. umah punyak ?

    • http://asyik.fm jamal adilkah

      Saya orng biasa je..yang minat dgn seni masyarakat orang asli.Saya harap suatu ari nanti ada la artis dari kalangan masyarakat orang asli yang muncul namanya sebaris mawi,siti nurhaliza x pun lebih lg seperti MJ tapi media massa harus memainkan peranannya..Kalau getah kalu tak di toreh manakan dapat susunya begitulah juga dengan bakat2 masyarakat orang asli kalau x di tonjolkan sampai bila2 tetap di takuk lama la..

    • http://yahoo Budektemuan

      Akuk kejak ngaja kat puchong, cikgu sekolah rendah jek. Oh….. 2 adik ong, nasib baik akuk nyap kutuk lebih2. Kaba kat dia lain kali nyanyi la lagu yang key tinggi heket, bahuk juri bagi banyak markah dan jangan sedih2. Akuk pakai broadband maxis, bahuk hajan, ada la 4 bulan. Kena la balaja IT ceket, takut anek murid lebih2 , maklum la budek ari ni lebih advance.

    • Bah Kulup Pisang

      4 annie sekampung jgak ler……………2 yg wat kta bangga ne,bkn bau bacang kentut pun leh bau……..jgn marah ha.

    • http://yahoo nyaya

      oh… cikgu la ko nin..slamt gelap cikgu… sekolah rendah orang kitak kah? puchong kat sg. rasah kah.. tuk tempat mak akuk tuk… ayah akuk uwang lanjan mak uwang nun… sayang akuk nyap dapat jemput ko dtg umh akuk ari nin.. didi nyap buat plan awal2.. ttba hajk buat adak la tai 2 3 org dj asyik fm dtg kamil, busu adak la betinak suwang tuk dj jugk tapik akuk nyap tahuk la apak namak diak… akuk balik umh dah sekarang nin…. adak la buat joget2 jugak.. tapik pk esok pagi nk kejak lagik malas la…

    • http://yahoo Budektemuan

      Ngaja kat SK Putra Perdana sklh campur. Wah ………meriah nampaknya siap ada joget lag. Nyap apa la… akuk pun dah lamak nyap p joget, mata cepat ngantuk la baik tido hajan. Joget2 gak kejak kna pegik, jangan malas2 kang bos marah.

    • http://yahoo nyaya

      ko adak kekawan kah yang kejak kat bursa saham… nyap pun sapak2 yang tahuk tentang saham… akuk nak tanyak la kat diak.. sebab adak member akuk nin rasaknyak jenis yang nyap bertauliah punyak la… diak suruh akuk jual saham akuk buat mask sekarang nin.. tapik akuk nyap berapak pastilah apak niat diak.. diak kejak samak 1 office dgn akuk jugak la… kalau adak la… itupun akuk nak pandangan percuma hajak la… kalau yang bebyr punyak adak la.. kalau adak nantik akuk bgtau la apa namak saham nyak.. k kalau adak la..

    • http://yahoo Budektemuan

      Hap, la. akuk pun bukan tahuk sangat tentang saham ni. Ada banyak modal boleh le, risiko tinggi. Akuk kalu saham 4D magnum/toto tahuk la…he…

    • http://yahoo nyaya

      nyap apak la kalau hap tuk… akuk tanyak hajak manak tahuk ko adak kkwn yang tahuk hapo… saham akuk pun bukan akuk suwang yang keluar modal tapi syer dengan company tumpang namak diak hajak… jadiknyak adaklah dalam 2 3 % dari keuntungan syarikat dari seluroh malaysia brunei dan singapore… lupak kan la tentang tuk… ko adak sambut hari rayakah tahun nin…

    • akiya

      Syabas dan tahniah kepada yang berjaya, kepada yang gagal cuba lagi gelangang masih terbuka. Majukan diri untuk bangsa OA, hidup OA

    • http://yahoo Budektemuan

      Ko ni dah kiro oang bisnes la banyak tul saham. akuk nyap sambut manak2 gaya, tapi adik ipar akuk kat melaka da sambut tahun bahuk cinak, akuk pun tumpang sekaki la. Kat kampung ada juga yang sambut tahun bahuk, akuk pegik gumak dia oang hajak la.

    • http://yahoo nyaya

      bisnes pun atas uwang jugak.. walau pun tahuk la selok belok bisnes nin tapik modal belum adak… taget tuk rasaknyak lamak lagik nak jadik boss nin.. yak la nak dekat masuk kubur jugk la.. kalau nak di ikutkan ekonomi sekarang la.. nyap dpt simpan banyak nyap.. bilak dapt hajk banyak seken duit adak hajak hal nyak mcm tahuk2 hajak masaalah nin.. selalunyak gituk la akuk nin.. masak sales tengah bagus komisen pun banyak time tu la.. keta usak la hapak la.. ko adak bisnes apak kongsi2 la dgn akuk… bisnes top up pun ok jugak la… adak hap?

    • http://yahoo nyaya

      hai cikgu dah g bercutikah,… nyap dengar kaba brite pun… anak akuk pun dah g bercuti jugak kat serawak… joa tanggung la sebab diak pelajar cemerlang… nasib baik la buat masak skang nin anak akuk ada dengar ckp la… hrp2 smpi la diak besr isuk boleh dengr ckp… takut jugk pk budek2 skang bilak dh pandai pakwe2 isuk tuk malas la pulak jadiknyak… cikgu nin dh adak ank lum…

    • http://yahoo Budektemuan

      Tahniah la ,arap diak lebih cemerlang blajar sampai universiti, payah dah nak dengar oang kitai la ni sekolah baik2, selalu sekerat jalan hajan. Kna pandang la kawan diak kalu yang beri semangat tuk ok. Geli kawan ajar bendak nyap elok hajan. Akuk hap enek, nyap kawin lag. Lain kali kalu ada apak2 boleh anta kat email : neslikatan@yahoo.com.my

    • damak

      aku peminat lagu org asli…….hidup org kita

    • emirza

      memang sepatutnya menggunakan bahasa melayu kerana itu adalah bahasa kebangsaan.apa sekali pun you all make it true



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK