in ,

Shanel Shanty Calon Kategori Rakaman Album Terbaik

Budiey nak ucapkan tahniah buat penyanyi Shanel Shanty James kerana album beliau berjudul Perjalanan telah dicalonkan dalam Top 5 Anugerah Industri Muzik Ke-19 dalam kategori Rakaman Album Terbaik.

Untuk menggondol anugerah ini, Shanel bakal bersaing dengan nama-nama yang besar seperti Hafiz Hamidun (Zikir Terapi Diri), Jamal Abdillah (Raja Pop 2), Kat Hassan (Menggoda) dan Nora (Hikmah).

Namanya bukan asing dalam industri hiburan Malaysia sebenarnya kerana pernah menjadi finalis untuk program realiti Audition di NTV7 pada tahun 2004. Setelah keluar dari program Audition, Shanel menerima banyak tawaran dan beliau juga banyak buat persembahan di hotel termasuklah sebagai artis residen di Hotel Prince & Residence, Bukit Bintang selama 2 tahun.

Budiey pernah menonton persembahan dan lakonan Shanel semasa beliau terlibat dengan teater muzikal The Mod Musical – Shout bersama Ning Baizura dan Nikki.

Walaupun Shanel masih mampu mengecapi populariti sebaris dengan penyanyi baru, namun Budiey lihat gadis asal Ranau, Sabah ini begitu bersemangat untuk memperkenalkan bakat nyanyiannya dengan menghasilkan album penuh sendiri. Album ini diterbitkan oleh Kevin Chin menerusi Euphoric Pte. Ltd. Dari album ini, Shanel berpeluang untuk bekerjasama dengan komposer-komposer hebat seperti Azlan Abu Hassan dan beberapa komposer dari Indonesia.

Pastinya, album sulung Shanel yang mempunyai 8 buah lagu ini membuka ruang yang luas untuk mengembangkan bakat. Apatah lagi bila namanya terselit di kalangan yang terbaik dalam AIM19. Ini membuktikan penyanyi berusia 33 tahun ini ada kesungguhan untuk rakam album sulungnya sebaik yang mungkin.

Lagu Diciptanya Hawa yang menjadi lagu tema Drama Qismah sedikit sebanyak menonjolkan nama Shanel.

Ikuti Temubual Budiey Bersama Shanel Shanty di Sidang Media AIM19:

Good luck!

AIM19 Calon Top 5 AIM19

Shanel

Shanel

Shanel

Shanel

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KL 48 Hour Film Project 2012

Majlis Pratonton Ngorat Meriah Dengan Hilai Tawa Penonton