in ,

Majlis Pratonton Ngorat Meriah Dengan Hilai Tawa Penonton

Majlis Pratonton Ngorat Meriah Dengan Hilai Tawa Penonton

Jumaat lalu, bertempat di Cathay Cineplex, e@Curve, telah berlangsungnya Majlis Pratonton Ngorat, filem terbaru terbitan dan edaran Grand Brilliance. Majlis yang serba ringkas dan santai ini dimulai dengan ucapan dari pengarah filem Ngorat, Professor Madya Abd Razak Mohaideen diikuti dengan sepatah dua kata dari Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin.

IMG_3335

Dewan begitu riuh dan gamat dengan gelak tawa penonton terutamanya Aaronators yang terhibur dengan adegan-adegan lucu serta kelainan yang dipaparkan oleh Aaron Aziz atau “Arjuna Kasih” sepanjang tayangan filem tersebut.

Sejurus selepas tamatnya filem, penonton memberikan tepukan yang gemuruh dan laman sosial Twitter Grand Brilliance dihujani dengan ‘tweet’ berkenaan Ngorat di mana penonton memuji lakonan, jalan cerita dan lagu-lagu filem Ngorat. Antara “tweet” menarik yang diterima termasuklah:-

@NadyaSalvatore: “Tengok #Ngorat tergelak2 sampai menahan perut. Kelakar tengok gelagat #ArjunaKasih. Lain dari lain betul..”

@TiniZulkepli: “Filem #Ngorat very simply tak berat sangat nak fikir jalan ceritanya :)”

@effreenaezzaty: “Filem #Ngorat is super cute and super best!”

@ctsuziela83: “Wanna go see #Ngorat again”

@ina_cun: “@Aaron535Aziz #Ngorat bessttt watak abang memang totally different.. good job abang!”

@Qarl_Haiqal: “#Ngorat was fun-watching. Entertaining. Ada chemistry among the casts. Menghiburkan.”

Ngorat berkisarkan watak Ijam (Iedil Putra), seorang teruna yang sering malang dalam dunia percintaan. Dia kemudiannya diketemukan dengan Arjuna Kasih (Aaron Aziz), seorang doktor cinta yang menyediakan tips-tips bagi membantu mendapatkan Ijam (Iedil Putra) seorang teman wanita.

Filem ini bukan sahaja menyerlahkan bakat melawak Aaron Aziz sebagai ‘love guru’ tetapi juga keberkesanan lakonan Erra Fazira kerana karakternya seakan tomboi dan sangat lantang. Iedil Putra pula mula menyerlahkan bakat yang sedia ada dengan lakonan yang bersahaja tetapi penuh bertenaga. Iedil yang memegang watak utama dalam filem Ngorat dikatakan berjaya mencuit hati penonton dengan telatah komedi beliau sehingga ke penghujung tayangan filem.

Jangan lupa saksikan filem Ngorat yang bakal mengorat anda pada 4 Oktober 2012 kerana anda pasti akan terhibur dengan gelagat komedi lakonan Iedil Putra, Aaron Aziz, Eera Fazira dan ramai lagi!

Filem Ngorat merupakan sebuah filem produksi dan edaran Grand Brilliance.

Segala maklumat lanjut tentang filem ini termasuk gambar belakang tabir boleh diperolehi di laman facebook www.facebook.com/ngorat.

Gambar Sekitar Majlis Pra Tonton Filem Ngorat
Erra Fazira

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Iedil Putra

Iedil Putra

Erra Fazira

DJ Nas-T

DJ Nas-T

Tengku Iesta

Tengku Iesta

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shanel Shanty Calon Kategori Rakaman Album Terbaik

Tony Fernandes is GQ India’s International Businessman of the Year