in

Senarai Pemenang Pertama Peraduan MENANGI KEMBARA KE MARS

Budiey nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang (+1) yang akan berpeluang untuk ke Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat, untuk menyaksikan Bruno Marsmenyanyikan lagu popular Uptown Funk secara langsung di Marquee Club di Hotel Cosmopolitan yang terkenal di dunia pada MALAM TAHUN BARU – SEGALA PERBELANJAAN DITANGGUNG.

Untitled

[dropcap]C[/dropcap]emburu betul dengan mereka yang menang ni. Budiey pun nak ikut jugak. Ada tak sesiapa yang sudi taja Budiey ke Las Vegas? Nak ikut jugak!

Yonder Music hari ini mengumumkan 3 pemenang pertama pertandingan “MENANGI KEMBARA KE MARS”:

1. Muhammad Zuhairi bin Zakaria
2. Chen Meng Chun
3. Khoo Ying Shu

Seramai pemenang (+25) akan terbang ke Vegas untuk menonton persembahan Bruno Mars pada malam Tahun Baru

Untitled

YONDER MUSIC MENGUMUMKAN TIGA PEMENANG PERTAMA PERTANDINGAN ‘KEMBADA KE MARS’

“3 pemenang setakat ini dan lagi 22 untuk dipilih,” kata Adam Kidron, CEO dan Pengasas Yonder Music Inc, sambil menambah: “Sambutan bagi Kembara ke Mars amat luar biasa dengan hampir 30% senarai lagu baru dalam Yonder mengandungi lagu Bruno Mars, iaitu langkah pertama untuk menyertai pertandingan ini.”

“Saya gembira dapat ke Vegas untuk melihat Bruno Mars menyanyi di Vegas. Bila terbaca mengenai pertandingan ini di The Star saya seakan tidak percaya – dan lebih tidak sangka akan memenanginya. Hinggakan terpaksa cubit diri sendiri untuk sedari yang ianya menjadi kenyataan.” kata Muhammad Zuhairi

Langkah kedua adalah untuk pengguna Yonder menggalakkan pengguna lain untuk melanggan senarai lagu Yonder kerana TRIPS TO YONDER dianugerahkan kepada pengguna paling aktif (“Hit Paling Tinggi”) di Yonder dengan sekurang-kurangnya satu lagu Bruno Mars perlu ada dalam senarai lagu.

Untuk maklumat lanjut, layari www.yondermusic.com

Untitled

Mengenai Yonder Music
Yonder Music adalah perkhidmatan langganan-percuma yang menyediakan akses tanpa-iklan ke berjuta-juta lagu untuk dimuat turun, dimain dan dikongsi pelanggannya. Yonder Music memuat turun lagu dan (yang berkaitan) bila mereka menstrim dan secara automatik mengikuti sesuatu program (senarai lagu, carta, apbum atau trek) dengan mencipta satu pengalaman seakan mendengar radio yang mengetengahkan algoritma penemuan sosial yang menunggu kelulusan hak paten, bagi membina sebuah Magic Library™ pada gajet pengguna.

Yonder Music sedang mendemokrasikan perniagaan muzik dengan menyerap kosnya ke dalam perkhidmatan, dengan itu memenuhi kehendak 99% pelanggan jalur lebar mudah alih yang tidak selalu membayar untuk muzik digital, dan membayar artis san komposer daripada kelompok pendapatan berlesen secara perkadaran terus berdasarkan berapa kali jumlah lagu mereka dimainkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Penonton Premiere With Budiey – Filem KRAMPUS

Penyanyi Muda Jadi Mentor dalam MENTOR MILENIA