in , ,

Selebriti Terkenal Rozita Che Wan Sah Hamil

Syukur, akhirnya pelakon Zain Saidin, 30 tahun akan menimang cahaya mata setelah isterinya, Rozita Che Wan telah mengesahkan beliau telah hamil menerusi laman Instagram miliknya pada pada jam 3 petang tadi. Setelah hampir tiga bulan disatukan dan telah berbulan madu di luar negara, Zain Saidin dan Rozita Che Wan pastinya tak sabar untuk menimang anak hasil pernikahan ini.

TONTON VIDEO: Sekitar Majlis Akad Nikah Rozita Che Wan & Zain Saidin

rozita che wan hamil

Inilah foto alat ujian kehamilan yang dimuatnaik dalam Instagram milik Rozita Che Wan.

Kali terakhir menemubual pasangan ini, Budiey ada bertanyakan tentang beberapa orang artis yang telah memberikan tips berguna untuk mudah dapat anak dan menurut Zain pula dia dan Rozita Che Wan mahu mencuba cara tradisional untuk dapat anak.

Rozita Che Wan telah berkongsi sekeping gambar di Instagram yang menunjukkan alat ujian kehamilan berlatar belakangkan sebuah majalah yang menunjukkan keputusan positif dengan status. Che Ta mengetahui sedang mengandung selepas melakukan sendiri ujian kehamilan selain turut gembira kerana dapat memberikan seorang anak buat suaminya.

“Alhamdulillah.. syukur dengan nikmat Mu ya Allah.. amin.”

Di Instagram milik Che Ta sekarang ini, ramai sekali peminat yang telah menghulurkan ucapan tahniah.

Zain Saidin Zain Saidin & Rozita Che Wan Bergelar Suami-Isteri

[dropcap]C[/dropcap]he Ta tidak memberikan butiran lanjut mengenai kandungannya itu. Sebelum ini Zain pernah meluahkan perasaan gembiranya bahawa Rozita berkemungkinan besar sudah mengandung. Rozita belum membuat pemeriksaan doktor lagi dan Zain menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya jika Rozita benar-benar mengandung.

Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam. Rozita juga mempunyai dua cahaya mata anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Budiey di sini ingin mengucapkan tahniah buat Che Ta dan Zain. Tak sabar nak tengok gambar anak Zain & Che Ta. Mesti cute dan comel. Yelah, selepas diasak dengan soalan bila dapat anak dan nak anak lelaki atau perempuan, akhirnya pasangan ini dah dapat menutup soalan itu dengan berita gembira ini.

Soalan seterusnya, apa jantina anak pasangan ini? Bagi Zain, dia nak anak perempuan dan lelaki. Manakala Rozita Che Wan pula mahu anak lelaki. Apa-apa pun apa yang Budiey doakan semoga kandungan Che Ta sentiasa sihat dan selamat melahirkan anak nanti.

Sementara itu, di tengah kekalutan mencari kemanakah hilangnya pesawat MH370, ada yang beranggapan bahawa berita gembira yang dikhabarkan oleh Rozita Che Wan ini sekurang-kurangnya dapat meredakan kegelisahan kita.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

10 Perkara Menarik Tentang Fitri Hakim SELEPAS BERPISAH

National Geographic Channel Siar Cosmos A Spacetime Odyssey