in

10 Perkara Menarik Tentang Fitri Hakim SELEPAS BERPISAH

MEMILIKI suara lantang dan bernada tinggi, Fitri Hakim sukses membawa lagu daripada single pertama, Selepas Berpisah dengan baik dan penuh emosi.

Artis solo terbaharu di bawah label KRU Music ini dijangka bakal menyaingi barisan penyanyi solo lelaki tempatan sedia ada dengan berbekalkan bakat dan komitmen tinggi yang diberikannya.

Lagu Selepas Berpisah nyanyian anak muda berusia 21 tahun ini sebenarnya dihasilkan oleh Edry Abdul Halim untuk nyanyian kumpulan KRU.

Bagaimanapun kerana penyampaian Fitri Hakim yang sungguh baik ketika demo yang diadakan pada sesi ujibakat telah menambat hati Edry dan abangnya, Norman untuk memberikan single tersebut eksklusif untuknya.

Nampaknya, Edry begitu menaruh harapan tinggi agar lagu Selepas Berpisah yang dinyanyikan Fitri Hakim itu mampu melonjakkan artis baharu naungan syarikat rakamannya itu sebaris dengan penyanyi-penyanyi solo lelaki lain dalam industri hiburan tanah air yang ada sekarang ini.

Menurut Fitri Hakim,  lagu Selepas Berpisah yang bergenre balet itu menceritakan kepedihan hati dilalui seorang lelaki yang dikecewakan oleh insan dicintai kerana wujud orang ketiga dalam perhubungan mereka.

10 Perkara Menarik Tentang Fitri Hakim dan Lagu SELEPAS BERPISAH

10 Perkara Menarik Tentang Fitri Hakim dan Lagu SELEPAS BERPISAH

1. Fitri Hakim Bin Omar Walid (Fitri Hakim) merupakan anak bongsu daripada 4 adik beradik.Fitri Hakim dilahirkan pada 30hb Mac 1993
2. Fitri Hakim dilahirkan di Hospital Bukit Ibam, Pahang.
3. Bakat seni Fitri Hakim mula menonjol seawal usia 6 tahun.
4. Pencapaian Fitri Hakim dalam bidang seni memenangi tempat ke 3 Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan, RTM Kuching, Sarawak pada tahun 2003. Naib Juara Bintang Klasik Nasional Peringkat Kebangsaan tahun 2010 dan merupakan Naib Juara Bintang RTM pada tahun 2012.
5. Fitri Hakim pernah dianugerahkan sebagai Ikon Berpotensi di dalam program `IKON KEM BINTANG BINTANG’ di Tvi@ ASTRO 180.
6. Beliau sering diundang untuk mengadakan persembahan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi seperti majlis membabitkan kerabat DiRaja,VIP, makan mlam, pentas, karnival serta program rakaman TV.
7. Penemuan bakat Fitri Hakim untuk menjadi artis di bawah KRU Music apabila demo pertama nyanyian Fitri Hakim menerusi lagu `Selepas Berpisah’ berjaya menambat hati Norman dan Edry Abdul Halim.
8. `Selepas Berpisah’ merupakan lagu ciptaan Edry Abdul Halim adalah untuk KRU tetapi selepas Fitri Hakim berjaya menyampaikan lagu dengan stailnya yang tersendiri Edry memutuskan lagu itu adalah untuk Fitri Hakim.
9. `Selepas Berpisah’ mengisahkan tentang keperitan yang dihadapi insan yang mengalami kekecewaan dalam perhubungan dan cuba bangkit untuk meneruskan kehidupan selepas perpisahan itu dengan redha bukan pasrah akur tanpa rela.
10. Fitri Hakim yang memegang prinsip hidup usaha tangga kejayaan merupakan seorang anak muda yang cekal untuk berjaya dalam bidang seni yang diceburi dan diharap mampu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kad Touch N Go Edisi Khas Filem Zombi Kilang Biskut

Selebriti Terkenal Rozita Che Wan Sah Hamil