in ,

Sekitar Majlis Pelancaran Blog For FT

Blog dah jadi satu fenomena baru dalam perkembangan media baru dunia siber sekarang ini. Mana-mana kita pergi, perkataan blog tak lepas dari mulut kita. Setiap kali kita bercerita dengan kawan-kawan, blog yang kita baca akan jadi topik perbualan. Apa gossip panas hari ini? Apa yang berlaku hari ini? Apa si anu buat hari ni? Semuanya boleh kita capai dengan satu klik, dengan hanya melayari blog, kita dapat maklumat itu dengan cepat.

Malah, Budiey rasa rakyat Malaysia sekarang yang boleh menulis dah ada blog mereka sendiri. Syabas buat korang yang dah ada blog.

Budiey rasa, tak sah hidup nih, kalau tak tulis blog dalam satu hari. Setiap kali lepas tulis blog Budiey rasa lebih lega. Memang betul, bagi sesetengah orang, menulis blog ni macam satu rutin yang dapat dijadikan terapi bagi dirinya. Melepaskan geram, release stress dan segala isi hati kita dapat kita bongkarkan dengan menulis blog.

Tahu tak pembaca-pembaca sekalian, dengan menulis blog juga korang akan memenangi hadiah lumayan? Bukan sesen dua ya, tapi korang boleh memenangi kereta Peugeot 308 VTI, KIA Optima 2.0, boleh menang motosikal, komputer dell, Blackberry bold, Sony Playstation… mmm macam-macam lagilah~!

Ha~ ini satu benda yang Budiey nak ceritakan.

Pada 5 Oktober 2009 lalu, Budiey dijemput untuk menyaksikan Majlis Pelancaran Blog For FT di ruang legar Pavillion KL. Sebelum pergi ke assignment ni, Budiey siang-siang dah melayari laman web www.blog4ft.com untuk melihat apa sebenarnya Blog Untuk Wilayah Persekutuan nih.

Rupa-rupanya, Blog4ft ni adalah satu peraduan untuk penulis blog. Idea ini dicetuskan oleh YB Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin selepas beliau dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Pertandingan ini dilancarkan dengan selamatnya oleh YB Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin sendiri.

Pertandingan ini diadakan untuk menggalakkan orang ramai terutamanya penulis blog untuk menulis mengenai perkara-perkara yang positif dan kreatif tentang ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Ketika sesi ucapan~

Ketika gimik pelancaran~

Budiey rasa, ini satu niat murni kementerian bagi mewujudkan banyak lagi bahan yang positif dalam internet atau carian di google atau di yahoo. Yelah, apabila para pelancong luar yang nak datang, mereka akan search kat internet tentang Wilayah Persekutuan, jadi bila ada cerita yang baik, mereka pasti nak datang ke Malaysia. Ini dah tentunya dapat meningkatkan jumlah pelancong kat Malaysia ni, betul tak?

Diadakan juga sketsa tentang Wilayah Persekutuan~Menarik~

Jadi, peraduan ni juga, Budiey rasa dapat menyemarakkan lagi aspirasi dan semangat konsep gagasan 1Malaysia yang mana penulis blog dapat mempromosikan perpaduan, meningkatkan persefahaman dan rasa kekitaaan di kalangan masyarakat Malaysia.

Budiey difahamkan ada 4 kategori iaitu Kategori Umum, Junior, Media Malaysia dan Antarabangsa.

Budiey pun kalau ada masa nak buat juga entri untuk contest ni… dan pastinmya dalam kategori Umum sebab Budiey bukan dalam kategori Media Malaysia sebab ianya khusus kepada syarikat media yang berdaftar dengan Kerajaan Malaysia sahaja.

Tajuk entry merangkumi semua aspek positif mengenai Wilayah Persekutuan : kehidupan, sejarah, senibina, budaya (apa sahaja tajuk yang terlintas di minda mengenai ketiga-tiga wilayah tersebut.

Pertandingan berlangsung selama 3 bulan bermula dari 5 Oktober 2009 sehingga 5 Januari 2010. Menariknya, setiap bulan ada 5 pemenang blog terbaik bagi setiap kategori.

Nak tahu hadiah-hadiahnya? Nah ambik ni dia. Lumayan bangat~!

Macamana? Berminat nak sertainya, korang kena tahu cara-cara untuk sertainya dengan masuk ke laman web ini: www.blog4ft.com atau www.blogforft.com

Senang saje, korang kena bercerita atau storytelling dengan gaya yang unik dan kreatif. Sebab juri-juri jemputannya pun memang power pasal blog ni…Budiey diberitahu, antara jurinya ialah blogger paling berpengaruh, Encik Akhiruddin Attan sebagai ketua juri. Selain itu, ada Tan Sri Elyas Omar, Tan Sri Dato’ Dr Lim Kok Wing, Datuk Wong Chun Wai dan Dato’ Sri Tony Fernandez.

Akhiruddin Attan

Pemenang peraduan ini akan ditentukan oleh orang awam sebanyak 30% melalui undian di laman webnya.

Budiey harap korang yang jadi pembaca blog ni pun dapat join pertandingan ini. Meh pakat ramai-ramai kita buat blog sendiri dan dapat duit yang banyak melalui menulis blog. Jomlah kita sertai peraduan ini. Terbuka untuk semua ya~

Selesai majlis, ada sidang akhbar untuk para media.

Oh, lupa nak habaq, majlis ini diacarakan oleh seorang pelakon yang duduk kat tengah dalam gambar ni, pernah tengok dia? Cuba teka siapa dia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Erra Fazira & Engku Aleesya di Rumah Terbuka Suria FM

Filem Dostana Sempena Deepavali di TV2