Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sekitar Majlis Berbuka Puasa Majalah EH! dan Hotel Nikko



Semalam, Budiey telah dijemput untuk menghadiri satu majlis berbuka puasa anjuran Majalah EH! dan Hotel Nikko bersama kanak-kanak istimewa.

Boleh tahan jugak la grandnya. Tahniah kepada warga EH! dan Blu Inc kerana telah berjaya menganjurkan majlis semeriah ini. Seramai 200 orang kanak-kanak istimewa daripada Rumah Nur Salam, Rumah Nur Hikmah dan juga para pelajar Sekolah Kebangsaan Alam Damai telah diraikan dalam suasana yang penuh keriangan. Yelah, masa ni lah diorang akan merasa dapat duit raya dan hadiah sebelum waktu yang sepatutnya.

Dewan besar Grand Ballroom Hotel Nikko juga turut diceriakan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat iaitu Datuk Faizah Mohd Tahir.

Selebriti juga ramai yang datang. Yang datang pula berpasangan pulak tu. Yelah, diorang kan dicop pasangan bercinta. Mestilah datang berdua. Nanti, kalau datang asing-asing nanti haruslah kena gossip mereka ni telah berkelahi dan berpisah. Antaranya Intan Ladyana bersama Kevin Zahri, Scha dan Fahrin Ahmad (ehem ehem, masuk ni dah dua kali Budiey lihat mereka bergandingan. Tahniahla Fahrin, Scha pun cantik what!), Nita Malaysian Idol dan Zahid. Selain itu, majlis diserikan dengan kedatangan artis seperti Bob AF, Noryn Aziz, Siti Sarah, Jaclyn Victor, Nine Umbrella dan Mila.

Juga budak-budak AF pun ramai datang. Oh lama betul tak jumpa dengan diorang. Yelah, Budiey ni mana dijemput untuk hadir ke majlis atau acara atau sidang media anjuran Astro kan? Orang cakap, Budiey dah kena GAM dan kena senarai hitam oleh PR Astro? Aiyo kesian betul kat I kan? Tak pelah.. nak buat camna.

Jadi, inilah masanya Budiey ambil gambar selebriti Astro sepuas-puasnya. Antara yang datang ialah Riz, Toi Nadia, Lutfya, Mila dan beberapa lagilah. Gambar tak boleh letak kat sini, nanti orang Astro marah kat Budiey. Kui kui kui… siapala I kan?

Pelbagai jenis permainan diadakan untuk meraikan kanak-kanak ini seperti nyanyian lagu raya, joget lagu raya dan juga sesi soal jawab bersama hos pada malam itu iaitu Ybhg Dato’ Mahadzir Lokman. Wah, mesti mahal Hotel Nikko bayar pengacara sehebat abang Mahadzir kan. Mmm, kira ok lah tu. Tengoklah standard dia camna kan?

Seramai 20 orang pelajar daripada Eagle Scout Group SMK St John telah menghiburkan penonton dengan pertunjukan istimewa Tepuk-tepuk.

Majlis telah diakhiri dengan pemberian hadiah istimewa sumbangan Blu Inc Media Sdn Bhd, Dutch Lady dan juga Hotel Nikko Kuala Lumpur.

Bergambar bersama pelakon drama Fizow dan wartawan glamer, Miss Ayu dari GUA.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 1428H / 2007M
  • Hotel Halal Berbuka Puasa Kedutaan Asing
  • VIDEO BOB NYANYI LAGU RAYA DI MAJLIS BERBUKA BLU INC
  • Majlis Berbuka Puasa Warga Emas dan Anak-Anak Yatim anjuran KL FM di The Legend Hotel
  • Senarai Hotel Halal Pakej Berbuka Puasa 2010
  • Shamsul@Bazaar Ramadan TV3
  • Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga Bersamamu Maytower Hotel
  • Jom Berbuka Puasa Bersama Tv9
  • Selebriti Raikan Anak Yatim di Hotel Coronode KL
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia



  • 3 Komen untuk entri “Sekitar Majlis Berbuka Puasa Majalah EH! dan Hotel Nikko”

    1. edzlin007 kata:

      baru tau budiey kena gam dgn astro. nape lak budiey? sesuka ati je drg ni

    2. abby kata:

      Nak gamba Mila

    3. azhar kata:

      wah budiey you ni glamer sakan dapat jumpa artis, selebriti ye… tapi I yang paling tak dapat lupakan lagenda dunia seni tanah air.. Arwah Abg Sudir…I jugak seorang peminat setianya yang mempunyai tulisan dan lukisan kartun yang menyerupai Arwah Abang Sudir dan pernah melukis kartun di majalah URTV pada suatu ketika dahulu setelah pemergian Arwah Abg Sudir ke Rahmatullah.. AL-Fatihah… dia idola I.. dan sampai sekarang I tak jemu mendengar lagu-lagunya…kepada semua artis contohilah sikap Arwah Abg Sudir…

      P/S: Imej I.. pasti tak ketinggalan berkaca mata hitam yang menjadi “trademark” I…Baju Melayu pilihan.. Den Wahab…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK