Sejauh Mana Kreatifnya Video Muzik Faizal Tahir Sampai Syurga?
Ramai penyanyi beranggapan muzik video adalah sesuatu yang sangat penting dalam melayari legasi seni mereka. Dengan adanya video klip dapat menyuntik satu impak positif seolah ianya satu hadiah untuk dikenang dan bernilai buat peminat mereka.
Mungkin atas dasar itu, Faizal Tahir mahukan yang terbaik dalam video klip mereka. Untuk melahirkan sesuatu yang terbaik bukan mudah. Faizal Tahir terpaksa mengambil risiko apabila dia bersetuju untuk melakukan 60 peratus pengambaran klip video ‘Sampai Syurga’ di dalam air.
Bukan satu gimik, bukan satu cerita yang direka-reka namun pemenang empat Anugerah Industri Muzik (AIM) ini dikatakan hampir lemas sewaktu pengambaran dan menyebabkan Superman Malaysia ini fobia untuk berenang lagi.
Lagu Sampai Syurga dipetik dari album ‘Aku.Muzik.Kamu’ yang menjadi pertaruhan kedua selepas lagu ‘Mahakarya Cinta’. Kemunculan muzik video sulungnya adalah merupakan kesinambungan dari kejayaan demi kejayaan yang diraihnya pada tahun ini.
Keunikan lagu Sampai Syurga telah diterjemahkan dalam satu video klip yang begitu bermutu dan mempunyai nilai sentimental tersendiri. Selain bermain piano di atas air, dalam video klip ini, Faizal Tahir juga terpaksa bergerak seolah menari dalam air bersama ‘kekasih hati’nya. Adegan Faizal Tahir bermain piano dibuat di sebuah studio yang menggunakan latar permukaan air dengan penataan cahaya yang agak unik seolah-olah Faizal bermain piano di dalam air.
Penggambaran muzik video ini merupakan satu pengalaman berharga buat Faizal di mana beliau turut mendapat peluang bekerjasama dengan perenang berirama kebangsaan, Katrina.
Muzik video ‘Sampai Syurga’ ini mengisahkan tentang cinta sejati seorang lelaki yang meratapi pemergian kekasihnya. Walaupun diperlihatkan segala kenangan manis mereka bersama, muzik video ini sebenarnya menceritakan segala dugaan dan cabaran yang terpaksa lelaki ini hadapi dalam menempuhi kehidupan sehariannya tanpa kekasihnya.
Muzik video ini telah mendapat sentuhan dari pengarah Douglas Khoo dan telah menjalani penggambarannya pada 12 Mei 2008 di Commercial Hub Studio dan juga Pusat Akuatik Shah Alam, Malaysia. Apa yang menariknya tentang muzik video ini adalah ia menampilkan kumpulan koir dan juga penggambaran dibuat di dalam air.
Menerusi saluran 8TV Malaysia, peminat-peminat Faizal Tahir telah menyaksikan tayangan muzik video Faizal Tahir yang pertama buat julung kalinya, secara eksklusif. Di samping itu, peminat juga berpeluang menyaksikan rakaman di sebalik tabir pembikinan muzik video ini.
Satu lagi sejarah tercipta buat Superman Malaysia, Faizal, selepas kejayaan besar yang diraih beliau di Anugerah Industri Muzik 15 (AIM 15). Faizal kini dapat tersenyum lebar apabila muzik video sulung beliau telah disiarkan menerusi stesen 8TV pada 16 Jun 2008 (Isnin), pada pukul 9.30 malam. Kepada peminat di Singapura juga, anda boleh menontonnya di Youtube.
Kebanyakan peminat mengatakan mereka begitu teruja dengan penghasilan muzik video ini dan tidak sangkal lagi video klip ini adalah satu permulaan yang baik dan kemungkinan besar dapat meraih anugerah video klip terbaik di AIM tahun hadapan.
Video klip Faizal Tahir dapat ditonton…
Tags: Video Muzik
Tags: Faizal Tahir, Video MuzikClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





August 6th, 2008 at 12:32 pm
good one. but my all time fav video from malaysia is still Sejuta Impian by Casey.. its cool
and also
Malayneum and Kabus Ribut by Butterfinger!
August 7th, 2008 at 12:08 pm
wah… terujalah!
December 30th, 2008 at 1:20 pm
wow…it’s impress me..
the bes mv i had watch….
good job bb!!
January 5th, 2009 at 4:33 pm
fan music video:
http://www.youtube.com/watch?v=aW7kNcKI970
April 29th, 2009 at 6:58 pm
faizal tahir boleh!!!!!!
May 18th, 2009 at 9:23 am
‘Music video’ “Sampai Syurga” seperti yang kita lihat itu bukanlah hasil inspirasi & kreativiti Faizal Tahir sebenarnya. Keseluruhan idea adalah daripada pengarah ‘music video’ tersebut. Faizal pernah mengatakan idea & kreativiti beliau untuk penghasilan ‘music video’ “Sampai Syurga” tidak boleh digunapakai kerana melibatkan kos yang tinggi.
Saya yakin idea asal Faizal adalah lebih kreatif daripada ‘music video’ yang sedia ada itu.
Lagipun jika diperhatikan, jalan cerita ‘music video’ itu tidak sama seperti lirik lagu. Mungkin Faizal hanya mengikut sahaja apa yang telah diaturkan oleh pihak pengurusannya. Sebab nanti kalau banyak sangat bangkang orang kata memandai-mandai pulak.
Masalah Malaysia dalam pembikinan ‘music video’ ni adalah tak cukup bajet, kononnya.
‘Music video’ Malaysia ni jangankan kata kreativiti, dari segi warna pun masih tak menarik.
All the best to Ahmad Faizal Bin Mohd Tahir!
KEEP ON ROCKIN’
November 18th, 2009 at 4:27 pm
at least kite sbg rakyat malaysia perlu menghargai hasil kerja orang2 yang terlibat dalam industri hiburan ini.. tak kisahlah secara lgsung atau tidak..nak2 yg dibelakang tabir tu lagi lah pnting….kurang budject atau tidak bukan persoalan..yang pnting kita sama2 menyokong industri malaysia kita khususnya warganegara malaysia sendiri….jangan lh kita asyik nk protes aje.itu buruk ini buruk…yang itu x real yg ini x real…..hasil kerja seseorang itu akan menjadi lebih bagus bila adanya insan yg tahu menghargai…….chill..