Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sebalik OverExpose Ally Iskandar & Rakaman Pertama Program ALLY



Korang perasan tak, sejak dua menjak ini, wajah Ally Iskandar sering muncul di kaca TV3. Boleh dikatakan setiap program temubual dan yang melibatkan pengacaraan di TV3, Ally Iskandar yang selalu berkaca mata itu akan diselitkan sebagai hos. Bermula dengan Wanita Hari Ini, kemudian, Muzik-Muzik dan Majalah Tiga… dan Ahad lalu, korang yang tengok Melodi bersiaran pasti akan tertanya-tanya, kenapa pula Ally diserapkan ke Melodi?

Korang tau tak kenapa? Budiey rasa semua ini adalah untuk persediaan awal dan strategi atau promosi hebat atau Budiey boleh katakan… ianya boleh meng-hype-kan nama ALLY. Bukan Ally Mc Beal tapi ALLY ISKANDAR… hehehe…

Sebagai pembuka tahun baru 2009, TV3 kini muncul dengan satu lagi program bual-bicara terbaru yang bakal mewarnai malam anda. ALLY bakal menemui penonton setia TV3 mulai esok, 31 Disember 2009 jam 11.00 malam. Program ini merupakan program bual bicara unik yang akan membicarakan tentang pelbagai isu kehidupan termasuklah sosial, pendidikan, hiburan, ekonomi, jenayah dan lain-lain.

Pada 31 Disember ini, Budiey tengok promo di TV3, khabarnya Ally menjemput pelakon yang sarat dengan kontroversi dan pernah digosipkan dengan Ally iaitu…, Fasha Sandha.

Rakaman episod pertama siri ini akan diadakan esok hari dengan membincangkan topik budaya ‘shopping’ lelaki dan wanita. Artis jemputan yang bakal menghiasai episod pertama ini adalah Fasha Sandha dan Shila OIAM.   

Sesi rakaman pertama untuk program bual bicara ALLY akan diadakan pada 31 Disember 2008 (Rabu), jam 3.30 petang di Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam.

Jangan lupa tonton ALLY… Budiey pun tak sabar nak tonton gak ni. Agak-agak boleh lawan Oprah? Huhu, jauh-jauh…

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip: Elyana dan Ally Iskandar Dating Bercinta?
  • Ally Iskandar Sah Putus Tunang
  • Profile Ally Iskandar
  • Jawaban Trivia: Jam Tangan Personaliti TV Ally Iskandar
  • Anuar Zain, Ning Baizura, Faizal Tahir di Rakaman Ghazal Rock
  • Amy Search, Ajai dan Ad Samad Jadi Tetamu ALLY
  • Wan Norazlin dan Juliana Aziz Tamu Program Ally Minggu Ini
  • Anugerah Juara Lagu Ke 24
  • Faizal Ismail & Erra Fazira Menang Cabaran Badminton Hot Fm AM Krew
  • Sekitar Pelancaran Showcase Anugerah Juara Lagu 22



    • dee

      x mungkin blh lwn O….

    • http://www.tv3.com.my Honeybee

      Fasha n Shila ke yg jdi jmputan? Tpi awat Ally duk sebut Fasha je .. haa.. tau le Ally syok kt FS ..

    • june

      ok mlm ni leh tgk..

    • ahmad_joe

      Nape Fasha Sundal je? X jemput Nora Danish skali?

    • huda

      salam,salam…….nak lwn oprah? oprah dah brape tahun ada talkshow sendiri…….perjalanan ally masih jauh…tapi…tak de yang mustahil kan….sebab ally memang pengacara yang bagus…go ally,go!…hehe……

    • poyo je

      ala, korang ni, berilah semangat sikit, itulah tabiat org kita, kalau yg dr luar tu, bagus je, camnelah kita nak maju..k, ALLY carry on, u can do it!!!

    • siti

      salam.rancangan ally ini merupakan satu rancangan yang banyak mengetengahkan isu semasa.

    • nik trg

      hmmm…minat sanat kat ally



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK