Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






SATU LAFAZ BERBEZA RESAM

MENYUSURI PERKEMBANGAN ISLAM DI NEGARA-NEGARA BALKAN JUGA EROPAH MENERUSI SYAHADAH 4 “SATU LAFAZ BERBEZA RESAM” SEPANJANG RAMADHAN.

Bulan Ramadhan Al Mubarak menjengah lagi. Umat Islam seluruh dunia bakal menjalani ibadah puasa selama sebulan sambil membersihkan jiwa dari segala kekotoran dosa dan juga noda. Bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.

Di antara amalan-amalan yang dijalankan oleh setiap umat islam sepanjang bulan Ramadhan adalah berpuasa, menunaikan solat tarawikh serta membayar zakat fitrah.

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan  kali ini pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak mahu ketinggalan dengan mengajak semua penonton setia RTM1 dan RTM2 bersama-sama menonton rancangan berbentuk dokumentari, Syahadah 4 yang membawa para penonton mendekati perkembangan umat serta agama Islam di negara-negara Balkan juga Eropah seperti Sepanyol, Turki, Bosnia Herzegovina, Croatia, Slovenia, Greece, Albania, Kosovo, Romania dan Itali. Syahadah 4 dapat diikuti dalam dua versi, versi Bahasa Malaysia dan juga versi Bahasa Inggeris.

Syahadah Musim 4 yang tampil dengan tema “Satu Lafaz Berbeza Resam” merupakan kesinambungan kepada tiga siri Syahadah yang terdahulu. Seperti mana yang kita semua sedia maklum dalam siri pertama Syahadah pada tahun 2005, Syahadah telah menyusuri perkembangan Islam di negara ASEAN (Thailand, Brunei, Singapura, Indonesia, Myanmar), Australia, Arab Saudi dan China.

Pada tahun berikutnya Syahadah Musim Kedua, membuat liputan mengenai masyarakat Islam di negara China yang memaparkan cara hidup dan pencapaian masyarakat Islam di China. Manakala, pada tahun lepas Syahadah Musim Ketiga telah membawa penonton mendekati kegemilangan agama Islam di India. 

Krew penerbitan Syahadah 4 telah dibahagikan kepada tiga kumpulan yang mana setiap kumpulan diketuai oleh seorang penerbit penyelaras dan berdiri teguh dibelakangnya seorang penolong penerbit, dua orang jurukamera dan juga penulis skrip. Setiap kumpulan memberi tumpuan kepada lokasi tertentu.

Mereka yang menjadi tulang belakang kepada penerbitan  Syahadah 4 adalah Encik Ibrahim Hj. Ismail yang bertanggungjawab memebuat liputan di Greece, Kosovo, Itali dan Albania. Puan Syazariah Majidi (Bosnia Herzegovina, Croatia dan Sloevenia) dan Encik Zulkefli Mohd (Turki, Romania dan Sepanyol). Pelbagai suasana dan pengalaman menarik dirakamkan untuk tatapan penonton sepanjang bulan Ramadhan kali ini.

Semoga usaha murni ini dapat memaparkan realiti kehidupan, pegangan dan amalan masyarakat Islam sebagai satu inspirasi dan teladan kepada penonton. Seterusnya, memahami model Islam Hadhari sebagai wadah perjuangan Islam masa kini dan menyusuri laluan pejuang Islam terdahulu yang mengembara dan menyebarkan Islam kepada masyarakat dunia.

Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang keemasan menonton Syahadah 4, khas sempena bulan Ramadhan kali ini, yang bersiaran pada setiap hari sepanjang Ramadhan, jam 6.35 petang, hanya di RTM1. Manakala versi Bahasa Inggeris akan bersiaran di RTM2 pada jam 4.30 petang, setiap Isnin hingga Jumaat, Pada hari Sabtu dan Ahad pula akan bersiaran pada jam 5.00 petang.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Lafaz Cerai Pelik Mazidul Akmal Sidik
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert ke-6 Akademi Fantasia Tema Live Band!
  • KEMBARA SYAHADAH 4 PERKEMBANGAN ISLAM DI ALBANIA
  • Sah! Nora Danish Bercerai Kali Kedua Hamil 3 bulan
  • Step Forward 8TV
  • Isteri Radhi OAG Minta Cerai Kerana Ditiduri Lelaki Lain
  • Gambar Ning Baizura Nikah
  • 09.09.09 Lucky Number Wedding at Kuala Lumpur Tower
  • Pelakon Nora Danish Bersalin Dapat Anak Lelaki
  • Gambar Nikah Wedding Resepsi Tini Hot FM & Sol



  • Satu Komen untuk entri “SATU LAFAZ BERBEZA RESAM”

    1. sEcReT IdEnTiTy kata:

      rncngan cm nie mmg baik
      dia dakn msa bln posa…
      good…

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!