in

Review Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur

MANDARIN ORIENTAL KUALA LUMPUR : SINGGAHAN MEWAH DI DI SEBELAH MENARA BERKEMBAR!
oleh Shah Shamshiri

Dengan kedudukannya yang strategik benar-benar bersebelahan Menara Berkembar Petronas KLCC, Mandarin Oriental Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel yang paling sesuai didiami sekiranya anda ingin meneroka ibukota metropolitan Kuala Lumpur. Yang pasti, ia adalah satu-satunya hotel di KL yang paling dekat dengan Menara KLCC.

Sangat berhampiran dengan stesen PUTRA Transit Aliran Ringan (LRT) serta pusat membeli-belah Suria KLCC, hotel gah lima bintang ini juga menawarkan pilihan bilik yang terbaik dengan pemandangan terhebat ibu negara. Di luar jendela anda, pasti dapat melihat Menara Berkembar KLCC serta bangunan-bangunan pencakar langit yang tersergam indah.

Deluxe City View Room

Kesemua bilik dan suite hotel ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan terbaik dan tercanggih bertaraf dunia. Segalanya menjadi lebih menarik kerana Mandarin Oriental KL turut menyediakan pangsapuri eksekutif (executive apartments) buat para tamu yang ingin tinggal lebih lama di situ. Unit-unit pangsapuri ini juga mempunyai lebih banyak kemudahan seperti sebuah dapur kecil dan ruangan yang lebih besar.

Yang teristimewa di hotel ini juga adalah bilik-bilik khas Mandarin Oriental Club yang sangat eksklusif. Bilik-bilik ini mempunyai ruangan daftar-masuk (check -in) serta ruang makan yang berbeza dari para tetamu hotel yang lain.

Jika para pengunjung mendaftar masuk di kaunter resepsi utama, penghuni Mandarin Oriental Club ada kaunter khas buat mereka sahaja. Malah mereka juga bersarapan di ruangan istimewa buat penghuni Club dan boleh memesan makanan dan minuman di situ sepanjang hari.

Sultan Lounge

Hotel ini juga terkenal dengan restoran-restoran hebatnya yang menyediakan hidangan paling lazat di ibukota. Antara restorannya termasuklah Mosaic, yang menyajikan makanan tempatan dan antarabangsa sepanjang hari serta The Mandarin Cake Shop yang menyajikan pastri berkualiti tinggi buatan hotel sendiri seperti kek, roti, macaroon dan cokelat.

Lai Po Heen pula adalah restoran untuk masakan Cina yang enak, manakala Wasabi Bistro, menyediakan restoran Jepun yang mempunyai pilihan makanan berinspirasi California-Jepun terbaik. Untuk hidangan lazat dan minuman segar, Cascade Restaurant and Bar menawarkan semua ini sambil berlatarbelakangkan keindahan bangunan-bangunan tertinggi Kuala Lumpur di samping keindahan taman KLCC. Tidak lupa juga Mandarin Grill dan MO Bar yang sentiasa menyajikan hidangan paling eksklusif di hotel ini.

Hotel Lobby

Sultan Lounge pula terkenal sebagai salah satu tempat bersantai paling popular di ibukota , serta Casbah, yang bermaksud ‘istana atau mahligai’ unggul sebagai kelab malam popular yang turut menghidangkan makanan selain minuman dan hiburan yang menarik. Sambil menikmati muzik terkini alunan DJ popular, para tamu bebas bergerak di antara dua tempat ini sehingga jam 3 pagi!

Dengan pelbagai kemudahan hotel yang lain seperti kolam renang yang melengkapi pemandangan indah KLCC, spa khas buat memanjakan diri, dewan-dewan serta ruangan istimewa, gimnasium tercanggih dan lain-lain lagi, nama serta kehebatan hotel ini benar-benar seperti sebuah mercu tanda kontemporari yang tersemat di tengah-tengah ibukota.

Casbah - Seating area & bar

Lounge on the Park

Swimming Pool

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAIN Live in Concert at KL Live

Hiburan Santai D’ Pantai Dekati Artis