in

Rangkaian Radio Media Prima Terus Kukuh Di Pasaran Radio

Tahniah kepada Hot FM! Walaupun tidak berjaya merampas takhta Nombor Satu sebagai Radio No. 1 Malaysia… namun sekurangnya Hot FM AM Krew yang dikendalikan oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail kekal sebagai ‘Breakfast Show’ nombor 1 di Malaysia bagi kategori pendengar yang berumur dari 10 – 24 tahun. Hot FM terus kekal sebagai stesen radio nombor 2 di Malaysia.

Fly FM mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio Inggeris nombor 2 di Malaysia bagi kategori pendengar yang berumur bawah 30 tahun.

Kedua-dua stesen berjaya mencatatkan jumlah masa mendengar (TSL – Time Spent Listening) yang jauh lebih tinggi berbanding pesaing lain di dalam pasaran radio.

Rangkaian Radio Media Prima – HOT FM & FLY FM terus mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio No. 2 secara keseluruhan dan juga stesen radio Inggeris No. 2 di Malaysia untuk lingkungan umur bawah 30 tahun.

Berdasarkan hasil kajian terkini oleh Nielsen Media Research, HOT FM dengan catatan jumlah hampir 4 juta orang pendengar telah berjaya menghampiri kedudukannya dengan radio No. 1 Malaysia berbanding hasil kajian yang dijalankan pada awal tahun ini. Program “breakfast”, pagi dan tengah hari di Hot FM mucul di kedudukan nombor 1 bagi kategori pendengar sasaran, seterusnya mencipta impak dan saingan dalam pasaran di samping memberi lebih pilihan kepada pendengar dan pengiklan.

Sementara itu, FLY FM terbukti masih menjadi pilihan pendengar bawah 30 tahun terutama daripada kalangan pelajar dan eksekutif muda. Dalam keputusan kajian yang dijalankan baru-baru ini, FLY FM terus mencatatkan kenaikan jumlah masa mendengar (TSL – Time Spent Listening) yang jauh lebih tinggi berbanding pesaing terdekat. Dengan catatan jumlah pendengar urban lebih 80%, ini menunjukkan bahawa para pendengar FLY FM kebanyakkannya terdiri daripada golongan isi rumah yang memiliki pendapatan terkumpul sebanyak RM4000 sebulan.

“Ini merupakan satu keputusan yang baik memandangkan kami telah berjaya mengukuhkan kedudukan di dalam industri dan mencapai kedudukan No.1 dalam kategori demografi sasaran. Tambahan lagi, saingan di dalam industri radio kini semakin sengit dan membuka lebih ruang untuk meningkat dari segi keuntungan dan kreativiti. Saya percaya dengan sokongan padu daripada pihak pengurusan Media Prima serta usaha sama daripada semua staf, kami akan terus kukuh sekaligus meningkatkan lagi kedudukan di pasaran. Kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada klien dan pihak agensi yang menaruh sepenuh kepercayaan kepada kami dan yang paling penting ialah kepada para pendengar kami yang setia. Mereka inilah merupakan asset utama kami.” menurut Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul.

Mengulas tentang hasil keputusan kajian yang terbaru, Ketua Radio Media Prima Berhad Ahmad Izham Omar berkata, “Kedua radio stesen telah mendapat sokongan yang amat padu daripada pendengar sejak di awal perlancaran stesen ini tidak lama dahulu. Strategi yang stesen kami gunakan ialah dengan sentiasa memperbaiki kualiti stesen yang merupakan tunjang utama kejayaan cemerlang kami. Saya amat berbangga dengan pasukan kami yang berdedikasi yang bekerja keras dan fokus dengan kerja mereka untuk memperbaiki mutu kualiti industri radio secara berterusan. Pendengar telah bersuara!”

Sejak perlancaran FLY FM pada bulan Oktober 2005 dan HOT FM pada bulan Februari 2006, kedua-dua stesen telah menunjukkan impak yang memberangsangkan dan berjaya mencatatkan jumlah pendengar hampir 4.5 juta setiap minggu secara keseluruhan.

Frekuensi HOT FM
Lembah Klang 97.6 FM, Ipoh 104.5 FM, Pulau Pinang/Alor Setar 88.2 FM, Melaka 104.3 FM, Johor Bahru 90.1 FM, Kota Kinabalu 87.7 FM, Kuching 94.3 FM, Kuala Terengganu 105.5 FM, Kuantan 92.4 FM

Frekuensi FLY FM
Lembah Klang 95.8 FM, Pulau Pinang 89.9 FM, Ipoh 87.9 FM, Seremban 98.6 FM, Melaka 94.0 FM, Johor Bahru 102.5 FM, Kuala Terengganu 107.5 FM, Kuantan 87.6 FM

Profil Rangkaian Radio Media Prima:-
Sebagai salah sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia, Media Prima Berhad merupakan antara kumpulan pelaburan bersepadu media terbesar di Malaysia. Dengan menggunakan konsep radio komersial dengan format programming yang terperinci. FLY FM dan HOT FM diuruskan dan beroperasi sebagai syarikat subsidiari Media Prima Berhad iaitu Max-Air Play Sdn Bhd dan Synchrosound Studio Sdn Bhd.

Kejayaan kedua-dua stesen ini telah meningkatkan peluang menerusi pengiklanan yang efektif dengan kadar yang kompetitif. Para pengiklan telah diberi pilihan untuk menjalankan kempen mereka menerusi pelbagai medium iaitu secara on air, on ground, dan/atau menerusi SMS. Ini dapat membantu dalam mengukuhkan lagi penjenamaan stesen di samping mencapai keputusan yang boleh diukur oleh para pengiklan. Menerusi sokongan yang berterusan daripada para pendengar, FLY FM dan HOT FM akan terus memastikan kesegaran dunia radio dan membawa program yang ada ke tahap yang seterusnya.

[tags]hot fm, Frekuensi HOT FM, Frekuensi FLY FM, media prima profile, Hot FM AM Krew, fara fauzana profile, gambar Faizal Ismail, Sasha Saidin Elite Salyo Priyanto kahwin, gambar sasha saidin kahwin, Danielle Danny Beeson, Lydia Ibtisam, Ummi Nazeerah[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Best Years di 8TV Lakonan Charity Shea, Bramdon Jay McLaren

‘ONE IN A MILLION’ di 8TV Mulai 16 November Ini!