Radhi Study Go! Radhi OAG Dari Rock ke Ulat Buku?
Artis kegemaran rock di Malaysia beralih dari mikrofon ke buku? Aoa citer? Dah takde modal? Dah takde energy nak melompat-lompat dah ke? Huhu!
Sanggupkah anda meninggalkan gaya hidup sebagai artis rock untuk kembali belajar di kolej? Artis rock tempatan yang tersingkir dari Sehati Berdansa, Radhi dari band alternatif OAG sanggup melakukannya!
Peluang yang diberikan kepadanya untuk kembali ke alam kolej dan diberi status sebagai pelajar istimewa telah memberi Radhi kebebasan untuk menukar dari satu kursus ke kursus yang lain. Rancangan realiti terbaru, Radhi, Study, Go! menemui para penonton di stesen 8TV pada setiap hari Ahad, jam 10 malam.
“Rancangan Radhi, Study, Go! merupakan sebuah rancangan realiti baru yang perlu ditonton kerana ia menggambarkan personaliti seorang selebriti di dunia realiti. Penonton di rumah berpeluang untuk berkongsi pengalaman suka duka Radhi sebagai seorang pelajar kolej dan dapat menyaksikan telatahnya yang nakal tetapi mencuit hati. Selain dari mengikuti pengalaman Radhi mengikuti kuliah di kolej tempatan, program ini juga dapat memberi peluang kepada peminat OAG untuk mengenali Radhi dengan lebih dekat sebagai seorang bapa yang periang serta penyayang ini. Radhi merupakan pilihan terbaik untuk program realiti ini kerana dia diminati melalui muzik yang dibawanya serta penampilannya yang bersahaja sesuai di kalangan pelajar kolej.” - Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Penjenamaan di 8TV, Cik Airin Zainul.
Segi College telah dijadikan institusi terbaik untuk mengendalikan program ini. Radhi terpaksa meninggalkan hidupnya sementara sebagai ahli muzik dan menggantikannya dengan buku-buku kuliah dalam menyesuaikan dirinya sebagai seorang pelajar kerana kehidupan sebagai seorang pelajar kolej bukanlah satu perkara yang disangkakan mudah.
Di sepanjang program ini, Radhi akan diperkenalkan kepada kursus-kursus yang berlainan seperti Fotografi, Perawatan, dan Muzik. Kursus-kursus ini mungkin tidak sukar untuk dipelajarinya tetapi bagaimana pula dengan kursus seperti Kejuruteraan Kimia, Pengurusan Hotel atau kursus Automotif?

Radhi bukan sahaja akan diberikan tugasan-tugasan ilmiah yang memerlukan buku-buku sebagai bahan rujukan tetapi juga kerja-kerja praktikal seperti membuat sabun, mengurus tadika dan bekerja di hotel.
Adakah Radhi akan meneruskan perjuangannya sebagai pelajar? Adakah kolej tersebut akan bersabar dengan kelakuan artis rock seperti Radhi atau rela melihat Radhi meninggalkan kolej tersebut?
Segala persoalan akan terjawab dengan menonton rancangan realiti terbaru ini di 8TV pada setiap hari Ahad, jam 10 malam. Radhi, Study, Go! Juga boleh ditonton di Astro melalui saluran 708.
Technorati Tags: radhi, tv programme, rock mp3, reality tv, lirik oag, radhi over, radhi bercerai, majlis kahwin radhi, sharifah aleya kahwin, weddin sharifah aleya photo, online foto roundpic, dr halina mohd yunus, nori abdullah badawi, fashion zaman 60 an, airin zainul, go under, tips study smart, channel axn, music video, courses
Tags: Blog, airin zainul, channel axn, courses, dr halina mohd yunus, fashion zaman 60 an, go under, lirik oag, majlis kahwin radhi, music video, nori abdullah badawi, online foto roundpic, radhi, radhi bercerai, radhi over, reality tv, rock mp3, sharifah aleya kahwin, tips study smart, tv programme, weddin sharifah aleya photoBaca artikel lain yang berkaitan:









December 9th, 2007 at 3:38 pm
tau meniru jer diorang ni. tommy lee goes to college, diorang pon nak buat jugak. carik ler idea sendiri!
December 9th, 2007 at 9:20 pm
tak kkisahle..sama jgk mcm m.idol tu..mari kita tgk camana pulak series kali ini
December 10th, 2007 at 4:09 pm
radhi not a living legend far yet….!
apsal buat ini utk die…
tiru.. tiru.. tiru… malaysia boleh la sgtkan…
December 12th, 2007 at 10:10 pm
ramao lagi artis yang occay.. radhi? hmmm…. malaysia x abis2 buat reliti how tiruan… bukan dpt sambutan pun
January 17th, 2008 at 12:56 pm
bab industry ni suka mniru memg leh trima…ktndusan idea bru agknya…cuma Radhi…hmmm he just doing his job..at least education programme xlah boring sgt…but still hav da dfrent…radhi just special student but Tommy btol2 study knn??
January 18th, 2008 at 9:58 am
as’kum..
c’mon la..badiuzaman,jgn la perlekehkan radhi..radhi punya sikap dan cara tersendiri ok apa..bab tu dia terpilih tu..slumber poyo..ngeh3..
papun,kunnti radhi ari ahad nie..i love o@g….
March 27th, 2008 at 9:35 pm
hye…. best la cite nie kn
July 24th, 2008 at 2:47 pm
fuyohhh…swak boleh…suport radhi….idola oag
August 7th, 2008 at 4:50 pm
msti cute radhi jd dak nerd…i lap u radhi…
August 14th, 2008 at 6:19 pm
Pokoknya Radhi O.A.G memg best….
November 13th, 2008 at 1:47 pm
klu radhi jd pa2 pun..,rdhi tetap comey….